in ,

Sinopsis Drama BUDAK USIN

Baru-baru ni, masa party hari jadi Budiey, sempat menemubual pelakon utama drama BUDAK USIN iaitu Akhbar Latefi. Jom tengok kat Youtube Budiey Channel.

Drama komedi terbaru terbitan Radius One Sdn Bhd bertajuk Budak Usin akan menemui penonton di slot Iris TV3.

Dibintangi oleh Akhbar Latefi, Shamsul Ghau Ghau, Shanie, Zalif Sidek dan ramai lagi. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini akan ditayangkan mulai 16 Oktober pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 6:30 petang di TV3.

Drama BUDAK USIN

Iris: Budak Usin
Tarikh Siaran : Setiap Isnin – Khamis, bermula sejak 16 Oktober 2018
Masa Siaran : 6.30 petang – 7.00 malam
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.
Pelakon : Adik Akhbar Latefi, Shamsul Ghau Ghau, Syanie, Zalif Sidek, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika

Sinopsis Drama BUDAK USIN

Drama genre komedi keluarga ini merupakan ‘spin-off’ kepada drama Budak Ijat. Mengisahkan sebuah keluarga yang harus berdepan dengan pelbagai isu berkaitan buli, persepsi serta diskriminasi oleh orang lain selepas berpindah dari kampung ke sebuah bandar besar.

Usin (adik Akhbar Latefi) ialah seorang budak yang petah bercakap, comel dan berpewatakan menarik. Walaupun dia terpaksa menempuhi pelbagai cabaran hidup, tetapi dia tidak pernah mengalah atau tewas dibuli oleh seorang pelajar nakal bernama Syafik. Sebaliknya, Usin sentiasa perjuangkan apa yang betul dan salah, seakan-akan dia ialah seorang hero.

Di rumah, Usin harus melayan karenah keluarganya pula. Bapanya Rahim (Shamsul Ghau Ghau), berubah menjadi seorang yang kedekut dan berkira setelah ditipu pelanggan.

budak usin

Abangnya yang bernama Hud (Zalif Sidek) pula bercita-cita untuk menjadi seorang jurulatih zumbah terkenal, manakala kakaknya Najwa (Njua P. Ramlee) sedang mengejar impian untuk menjadi pelakon terkenal. Ibu kepada Usin iaitu Imah (Syanie) pula sentiasa dicemburui oleh jiran sebelah rumahnya, Naquyah (Mak Ude), yang pantang melihat Imah lebih daripadanya.

Naquyah akan lakukan apa saja untuk buat Imah dibenci jiran tetangga. Persoalannya, bagaimanakah Usin dan keluarganya terus cekal dan hidup bahagia di samping dikelilingi oleh orang-orang yang dengki terhadap mereka?

Untitled

Untitled

Drama BUDAK USIN

Drama BUDAK USIN

Drama BUDAK USIN

Drama BUDAK USIN

Drama BUDAK USIN

Drama BUDAK USIN

Saksikan drama-drama hebat TV3 ini! Setiap drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama DAHLIA: ISTERIKU ‘MEM’ BESAR

Sinopsis Drama MENCARI QIBLAT