in ,

Dayangku Intan, Ayai Illusi & Joey BPR Dalam Dimensi Legenda Tema DALAM HATI ADA TAMAN

Dayangku Intan, Ayai Illusi, dan Joey BPR Dalam Dimensi Legenda Tema “Dalam Hati Ada Taman” di TV1

Slot Dimensi Legenda yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) minggu ini, 21 Oktober, pukul 9.00 malam terus mengambil tempat menghiburkan penonton setia saluran TV1.

Dimensi Legenda Tema DALAM HATI ADA TAMAN

Memperkenalkan tema ‘Dalam Hati Ada Taman’ yang pastinya dapat membangkitkan memori manis zaman percintaan pasangan kekasih satu masa dulu, RTM menghimpunkan artis yang terkenal dengan lagu-lagu malar segar tentang percintaan muda mudi era 60-an, 70-an, dan 90-an.

DALAM HATI ADA TAMAN

Legenda lagu rock leleh yang dirakamkan di Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri Julai lalu menampilkan artis terkenal Dayangku Intan, Ayai Ilusi dan Joey BPR.

Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid mencipta nama sebagai penyanyi era 1980-an bakal muncul dengan seleksi lagu popularnya bertajuk ‘Semakin Rindu Semakin Sayang’, ‘Karang di Lautan Sepi’, dan ‘Berpaut Di Dahan Cinta’.

DALAM HATI ADA TAMAN

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Ayai yang juga penyanyi Kumpulan Illusi? Artis kelahiran Johor ini mengubat kerinduan peminat dengan pilihan tiga lagu bertemakan cinta yang memperkenalkannya dalam industri seni termasuklah lagu ‘Inang Bujang Dara’, ‘Segalanya Kuterima”, dan ‘Puisi Cinta’.

Segmen Memori Untukmu

Berbeza dengan program lain, Dimensi Legenda dalam setiap episod siarannya memperkenalkan artis baharu muncul dalam segmen Memori Untukmu, iaitu slot mengenang kembali lagu-lagu popular dendangan penyanyi yang sudah tiada.

Segmen Memori Untukmu minggu ini mendedikasikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Fotograf. Merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga pertengahan dekad 90-an yang menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Kemunculan Fotograf sebagai artis rakaman di tengah-tengah kehangatan irama rock menguasai persada muzik tanah air seangkatan dengan kumpulan Mega, XPDC, Ekamatra, Gamma dan Ariwatan yang menghasilkan album pertama Iramanya Menggetar (1989), 7:30 Psikosis (1990), Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Artis dipilih Arul RJ mendendangkan lagu ‘Di Alam Fana Cinta’ dan Nashrine RJ pula menyanyikan lagu ‘Luka Seribu Rindu’.

Kemunculan penyanyi Joey vokalis Kumpulan BPR melengkapkan tema minggu ini dengan lagu yang masih menjadi siulan sehingga kini iaitu ‘Harum Subur di Hati’, ‘Aku Hanya Serangga’ dan ‘Dari Sinar Mata’.

Persembahan diakhiri denga nyanyian semua artis menghiburkan penonton dengan lagu ‘Seruan’ nyanyian asal Kumpulan Lefhanded.

DALAM HATI ADA TAMAN

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

DALAM HATI ADA TAMAN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama MENCARI QIBLAT

TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA Tersenarai Finalis Filem Asia Terbaik