in , ,

Sinopsis LEGENDA PUTERI QASEH Lakonan Qasrina Karim, Yusri, Lisa Surihani

Francais Fantasi Legenda Kembali Dengan ‘Legenda Puteri Qaseh’ Yang Menampilkan Bintang-Bintang Baharu & A-Listers

Dengan kejayaan telefilem ‘Legenda Puteri Bulan’ dan ‘Legenda Puteri Felora’, Astro Ceria kini membawakan siri pertama daripada francais ‘Legenda’ iaitu ‘Legenda Puteri Qaseh’. Francais ‘Legenda’ direka bertujuan untuk menjana kisah-kisah klasik fiksyen yang moden sejajar dengan perubahan waktu. 

ASTRO_1430

Selain daripada itu, ‘Legenda Puteri Qaseh’ turut melihat francais ini dikembangkan dalam bentuk drama rantaian untuk memenuhi kehendak para penonton di pelbagai platform Astro terutamanya mereka yang menggemarkan ‘binge watching’ atau penstriman. 

ASTRO_1425

Malah Astro Ceria akan memperkasakan genre penceritaan yang turut merangkumi genre superhero untuk tahun 2023 demi memperkukuhkan posisi Astro Ceria sebagai destinasi saluran tempatan utama untuk kanak-kanak dan golongan muda di negara ini. 

Menerusi penceritaan 9 episod ‘Legenda Puteri Qaseh’ berkisarkan seorang gadis bernama Qaseh berhati mulia yang mendapat tahu bahawa dirinya merupakan seorang puteri dari kerajaan KayaJaya. 

Dengan kemangkatan kedua orang ibu bapanya, kini kerajaan tersebut diperintah oleh bapa saudaranya, Raja Sulung. Qaseh dibawa kembali ke istana Kayajaya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang puteri. Dalam menjalani kehidupan baharunya, Qaseh berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran demi mengembalikan kebaikan ke kerajaan KayaJaya. 

‘Legenda Puteri Qaseh’ diterajui bintang baharu yang semakin bersinar di persada seni kita Qasrina Qarim sebagai Puteri Qaseh, nama yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan media sekarang, Daniel Fong sebagai Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib Puteri Qaseh. 

ASTRO_1440

‘Legenda Puteri Qaseh’ juga dibintangi para pelakon A-lister Norman Hakim sebagai Raja Sulung serta penampilan istimewa Datin Lisa Surihani sebagai Pemaisuri Kalsom dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi. Manakala runut bunyi berjudul ‘Takkan Mengalah’ dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. 

Saksikan ‘Legenda Puteri Qaseh’ bermula 9 Januari setiap hari Isnin pada jam 9 malam di Astro Ceria (Saluran 611). Tayangan episod pertama turut merupakan tayangan istimewa dengan tontonan ulung berdurasi satu jam yang padat dengan penceritaan permulaan siri ini.

Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box dengan Pek Entertainment. Whatsapp “Nak ASTRO” ke 03-9543 3838.

ASTRO_1434

 “Kisah fantasi begitu sinonim dengan golongan muda di mana minda usia sebegini begitu reseptif terhadap imaginasi yang tiada batasan. Tatkala usia beginilah, kebanyakkan mereka ingin melayari pengembaraan dunia yang berelemenkan magis dan fantasi.  

Bahkan, hiburan Hollywood tidak pernah henti dari menghasilkan kandungan-kandungan seperti ini dengan interpretasi penceritaan berdasarkan pergerakkan masa dan budaya popular di kalangan segmen penonton tersebut. 

Farah Fauzana Zainol Kamar (Pengurus Kandungan Kanak-Kanak Astro)


Di Astro Ceria, kami mempunyai kapasiti dan kemampuan untuk menjana kandungan-kandungan yang mengutamakan kandungan positif dalam membentuk generasi yang senantiasa mahukan kandungan yang lain daripada lain dan dipenuhi dengan elemen fantasi yang berimaginatif tinggi. ‘Legenda Puteri Qaseh’ berpaksikan pemodenan kisah klasik fiksyen yang menerapkan elemen self-discovery serta girl empowerment di kalangan mereka pada usia muda dan menggalakkan mereka menguatkan jati diri.

Bukan itu sahaja, barisan pelakon ‘Legenda Puteri Qaseh’ terdiri daripada mereka yang baharu serta berpengalaman. Qasrina merupakan antara pelakon di negara kita yang ramai anak-anak muda memandang tinggi terhadapnya. Dia merupakan idola positif dan pesona Qasrina sesuai membawa watak Qaseh yakni tunggak utama siri ini. Kami turut memperkenalkan wajah-wajah baharu, Daniel Fong yang memegang watak Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib Puteri Qaseh. Kami kagum dengan dedikasi dan komitmen mereka.  Manakala, kami terharu dengan penglibatan Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim yang membuat penampilan istimewa dalam siri ini. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton pasangan suami isteri popular ini bersama di skrin. 

Akhir sekali, jangan pernah henti bermimpi kerana mimpi itu boleh menjadi realiti. Kami berharap agar generasi muda terinspirasi dengan ‘Legenda Puteri Qaseh’ yang sarat dengan penceritaan positif dalam dunia yang penuh dengan imaginasi dan fantasi. Nescaya, Baik Hati Cerminan Diri.” – – Farah Fauzana Zainol Kamar (Pengurus Kandungan Kanak-Kanak Astro)

ASTRO_1435

Shamyl Othman (Penerbit Eksekutif, Red Communications) pula berkata:

 “Apabila Astro Ceria datang kepada Red Communications untuk menerbitkan siri seterusnya francais Legenda, kami tahu bahawa projek ini pasti akan datang dengan beberapa cabaran. Tetapi dengan tunggak utama merupakan seorang wanita muda, kami tidak teragak-agak untuk menyahut cabaran tersebut. Kami merasakan siri ini bakal memperkasakan lagi ramai gadis-gadis muda serta menjadi pengalaman tontonan yang harus ditonton oleh seisi keluarga. 

Menerusi ‘Legenda Puteri Qaseh’, kami mahu menceritakan kisah seorang remaja perempuan yang mempunyai hati baik namun aspirasinya diduga. Dia masih mampu mencari kekuatan dalam dirinya untuk menghadapi cabaran mendatang. Kisah ini turut menceritakan bagaimana dia mengetahui asal-usulnya yang berasal dari dunia fantasi kami, KayaJaya. Kami menyelit kisah-kisah cabaran yang ramai pasti dapat kaitkan diri mereka. Qaseh mengharungi pelbagai onak dan duri untuk membuktikan kemampuan dia sebagai seorang puteri. 

Mereka yang berniat buruk mahu Qaseh gagal dengan memaksanya berkompromi dengan prinsip hidupnya iaitu kemuliaan hatinya. Perjalanan Qaseh turut didukung oleh sahabat-sahabatnya, Bella, Zaindaya dan bapa, Hidayat. Qaseh juga mendapat sokongan laksamana kacak, Andika. 

Kami berharap agar pengembaraan dunia fantasi ini mampu menarik minat bukan sahaja golongan kanak-kanak, mahupun remaja tetapi juga seisi keluarga. Perjalanan Qaseh pasti akan menyentuh hati mereka yang menonton.” 

ASTRO_1446

PECAHAN WATAK SIRI ‘LEGENDA PUTERI QASEH’

Qasrina Karim: Puteri Qaseh

Bella Dowanna: Laila

Norman Hakim: Raja Sulong

Aziz M.Osman: Hidayat

Daniel Fong: Laksamana Andika

Chelsia Ng: Che Sri Chan Lee Za

Satthiya Kandi: Zaindaya

Chew Kin Wah: Tabib Chan Teck Tuck

Datin Lisa Surihani: Permaisuri Kalsom

Datuk Yusry Abdul Halim: Raja Budi

Legenda Puteri Qaseh KV Group Vertical

SINOPSIS SIRI ‘LEGENDA PUTERI QASEH’

Qaseh, seorang penjual nasi lemak yang baik hati, terpaksa mencari jalan untuk bebaskan ayahnya, Hidayat, yang telah ditangkap kerana mencuri. Qaseh, bersama temannya, Laila, mendapatkan bantuan ajaib dari Tabib Chan. Dengan kuasa sakti Tabib Chan, Qaseh dan Laila bertukar pakaian ala-ala orang istana dan berjaya menyelinap masuk ke Majlis Hari Keputeraan Raja Sulong. Namun, ketika mencari ayahnya, Qaseh ‘tertarik’ dengan Gong Diraja Ajaib yang hanya boleh berbunyi bila dipukul oleh kerabat Diraja KayaJaya. Apa yang Qaseh tidak tahu ialah gong ini bakal mengubah hidupnya selamanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Memajukan Era Skrin Baharu dengan Neo QLED 2023 Baharu

Sinopsis Drama SEINDAH CINTA Lakonan Hazama & Sarah Hildebrand