in , ,

Foto Telefon Bimbit Samsung Galaxy S24 Ultra Tertiris di Internet

Pelancaran siri Samsung Galaxy S24 dijangka akan dibuat pada 17 Januari 2024 dan memandangkan tarikh tersebut kian hampir, mungkin lebih banyak maklumat mengenainya akan tertiris.

Terkini, foto yang didakwa sebagai Galaxy S24 Ultra pula telah tersebar di internet.

Foto Telefon Pintar Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan Tertiris di Internet

Sekilas pandang, telefon pintar berwarna perak berkenaan kelihatan seperti Galaxy S23 Ultra. Namun, jika diteliti dengan lebih dekat lagi, foto telefon pintar berkenaan menunjukkan Galaxy S24 Ultra kelak mungkin akan mempunyai skrin dan permukaan yang lebih rata.

Tatasusunan kameranya juga kelihatan masih lagi kekal sama dengan empat buah kamera. Tidak dapat dipastikan sama ada telefon pintar di dalam foto berkenaan menggunakan kerangka titanium seperti yang diuar-uarkan di internet atau menggunakan Armor Aluminium seperti yang digunakan pada siri S23.

Foto Telefon Pintar Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan Tertiris di Internet

Samsung dijangka akan mengumumkan siri Galaxy S24 pada 17 Januari menerusi sebuah acara khas yang diadakan di San Jose, California. Pra-tempahan dikatakan akan bermula sejurus pengumuman rasmi tersebut dibuat dengan jualannya bermula seminggu selepas itu.

Foto Telefon Pintar Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan Tertiris di Internet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips Untuk Memaksimum Prestasi Samsung Galaxy Tab S9 Ultra Anda

Sinopsis Drama Keluarga Rafeah Buat Kecoh Dalam Kami Orang KL