in ,

Sinopsis Drama DAHLIA: ISTERIKU ‘MEM’ BESAR

Diterapkan dengan nilai-nilai kekeluargaan, keharmonian dan kerohanian, drama-drama ini bukan sahaja boleh ditonton untuk mengisi masa lapang bersama keluarga, tetapi boleh juga dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat.

Saksikan drama komedi yang berjudul Isteriku Mem Besar yang akan bersiaran pada 13 Oktober 2018 dengan 20 episod, mengisi slot Dahlia TV3.

Drama Isteriku Mem Besar menampilkan ramai pelakon yang hebat antaranya Arash Moh, Amyza Aznan, Mawar Rashid, Azhar Osman dan ramai lagi. Drama Isteriku Mem Besar akan mengisi slot Kelakarama di TV9 dan anda boleh menonton lebih awal menerusi portal tonton.com.my.

Untitled

Dahlia: Isteriku ‘Mem’ Besar
Tarikh Siaran : Setiap Sabtu & Ahad, bermula sejak 13 Oktober 2018
Masa Siaran : 6.58 petang – 8.00 malam
Pengarah : Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
Produksi : A-Ten Alliance Sdn. Bhd.
Pelakon : Amyza Aznan, Arash Mohd, Mawar Rashid, Amirul Faqeem, Isqandar Syahidan, Azhar Osman, Hasnah, dato Ahmad Tamimi, Sharissa Haris, Hafizuddin fadzil, Nor Albaniah, Dalimawati, Zul Genting, Norin, Numan Chalie, Azhar Amir, Reza Hasbi, Abby Nor, Shahrul Naim, Baby Nicky

Sinopsis DAHLIA: ISTERIKU ‘MEM’ BESAR

Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan yang amat besar seseorang perlu lakukan seumur hidup, ini kerana ianya bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh. Perkahwinan melibatkan dua insan yang sanggup bertolak ansur dan kuat bersabar kerana mereka harus sentiasa bersama, tidak kira susah atau senang. Ikuti kisah Azizi (Arash Mohd) dan Maziah (Amyza Aznan), pasangan yang telah lama berkahwin namun hubungan mereka berubah menjadi dingin kerana masing-masing mempunyai perspektif yang berlainan.

Azizi yang penat bekerja di kota bercadang untuk pulang ke kampungnya, dan bersara dengan aman serta ditemani oleh ahli keluarga tersayang. Namun, konflik bermula apabila isterinya Maziah tidak bersutuju dengan cadangan Azizi. Baginya, gaya hidup mereka sekarang tidak sesuai untuk kehidupan kampung. Berjayakah Azizi mencari ketenangan yang diidamkan olehnya selama ini? Adakah Maziah akhirnya akan bersetuju untuk berpindah ke kampung bersama seluruh keluarganya?

Untitled

Untitled

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

149 Lagu P. Ramlee Diisytihar Warisan Kebangsaan 2018

Sinopsis Drama BUDAK USIN