in , ,

TV9 Tampil Dengan Wajah Baharu #JANJIHAPPY Destinasi Hiburan Satu Keluarga

Tahniah Buat TV9 Yang Kini Telah Tampil Dengan Wajah Baharu #JANJIHAPPY Destinasi Hiburan Satu Keluarga. Jom Tengok Program Terkini dan Berita di TV9. Janji Korang Happy!

Sejak bulan Ogos, TV9 sudah melakukan perubahan secara berperingkat dengan mengaktifkan waktu perdana lebih awal kepada pukul 6.00 petang. 9 September 2021 dipilih sebagai tarikh yang dinantikan bagi saluran TV9 tampil dengan wajah baharu untuk menjadi destinasi hiburan keluarga dalam kalangan penonton setianya. 

Menurut Cik Sherina Nordin, Ketua Pegawai Operasi TV9, “Selari dengan pembaharuan program TV9 yang lebih rileks dan santai, kami telah berkolaborasi dengan Datuk Rosyam Nor, Alif Satar, Amyra Rosli, Naim Daniel dan Zharif Zhafri selaku rakan-rakan TV9 yang mewakili dua komponen utama (DNA) TV9 iaitu keluarga (family) dan kepentingan masyarakat (community interest). Trend masyarakat menonton TV sudah berubah sejak pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan pada tahun lepas. Inilah waktu yang sesuai untuk TV9 memperkenalkan pembaharuan di slot waktu dan kandungan program supaya kekal relevan. Kami berharap agar TV9 menjadi destinasi keluarga anda yang dapat menemui kepuasan, keriangan dan menikmati sajian program yang lebih santai.”

“Waktu perdana di TV9 bermula pada pukul 6.00 petang dengan program animasi, diikuti dengan Buletin TV9 pada 7.00 malam, seterusnya program bual bicara baharu, Sembang Viral, Senario, drama-drama menarik seperti Budak Intern, The Venom’s Tale (Thailand), Flower of Evil (Korea) serta slot Kuasa 3 Malam yang menampilkan 3 filem popular tempatan dan Bollywood dalam satu minggu. Tidak lupa juga dokumentari khas bersempena dengan Hari Malaysia iaitu Menjulang Takzim Jalur Gemilang. Hujung tahun nanti, InsyaAllah kita akan sajikan drama siri yang baru Keluarga Untuk Disewa dan Mr Millenium,” jelas Cik Sherina lagi. 

Tv9 Tampil Dengan Wajah Baharu #Janjihappy Destinasi Hiburan Satu Keluarga

Sidang media maya TV9 #JanjiHappy telah berlangsung pada petang ini bersama-sama dengan rakan-rakan TV9, Datuk Rosyam Nor, Alif Satar, Amyra Rosli, Naim Daniel, Zharif Zhafri serta barisan pelakon daripada Budak Intern iaitu Intan Najuwa, Syafi Tee, Bella Dowanna dan Malek McCrone. Turut hadir ialah Cik Sherina Nordin, Ketua Pegawai Operasi TV9 dan Encik Mohd Redzuan Abdul Manap, Ketua Pengarang Berita, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima. 

Bermula dari pukul 6.00 petang, TV9 menyiarkan seleksi program animasi terbaik dari dalam dan luar negara. Selain animasi Nickelodeon yang menjadi pilihan utama penonton cilik, TV9 telah menyiarkan Legends of Dawn: The Sacred Stone bermula 5 September 2021, setiap hari Ahad, 6.00 petang. Legends of Dawn: The Sacred Stone diadaptasi daripada Mobile Legends: Bang Bang, sebuah permainan video iaitu arena pertempuran dalam talian berbilang pemain yang sangat popular dalam kalangan pemain MOBA. 

Tv9 Tampil Dengan Wajah Baharu #Janjihappy Destinasi Hiburan Satu Keluarga

Slot berita waktu perdana di TV9 kini dikenali sebagai Buletin TV9, program berita nombor 2 negara tampil lebih relevan, padat dan lebih diyakini dengan memaparkan siaran berita sejam lebih awal. Buletin TV9 juga memaparkan 4 segmen mingguan menarik iaitu Pintu Rezeki, Bijak Tani, Cari Pahala dan Tradisi Kita. Dapatkan sumber berita komuniti dan jenayah paling awal bersama-sama dengan barisan pembaca berita baharu dan sedia ada iaitu Zharif Zhafri Abdul Aziz, Ahmad Barr Zainal Abidin, Intan Syazwina Suhaimi, Nur Affiza Azmi, Wan Saifulizam Wan Ahmad, Shamellya Norazizi dan Zaira Sri Zakaria.

Sembang Viral, sebuah kapsul berdurasi 10 minit yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Fedtri Yahya bakal bersiaran pada setiap hari, pukul 7.30 malam bermula 13 September 2021. Mereka akan membincangkan isu – isu yang dikongsikan netizen di media sosial dari perspektif Islam secara santai bersama – sama dengan ahli panel jemputan.

Tv9 Tampil Dengan Wajah Baharu #Janjihappy Destinasi Hiburan Satu Keluarga

The Venom’s Tale yang kini sedang hangat disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.30 malam akan bertukar waktu siarannya kepada pukul 7.40 malam bermula 13 September. Drama popular Thailand ini mengisahkan sebuah cinta tiga segi antara dewi ular, putera raja dan tunangnya pada 500 tahun lepas. Demi memiliki lelaki itu, dewi ular telah menjampi putera raja itu bahawa dia akan menjelma sebagai ular setiap kali tibanya malam bulan purnama.

Tv9 Tampil Dengan Wajah Baharu #Janjihappy Destinasi Hiburan Satu Keluarga

Bersesuaian untuk penonton remaja, jangan ketinggalan untuk menonton Budak Intern lakonan Intan Najuwa, Syafie Tee, Bella Dowanna dan Malek McCrone bermula 22 September 2021, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.30 malam. Drama 16 episod ini mengisahkan suka duka sekumpulan pelatih industri yang baru hendak menjinak dalam industri pengiklanan. Bainun, Izzy, Ryan dan Karl mempunyai sebab sendiri untuk bekerja sepenuh masa selepas latihan industri tamat. Selepas habis waktu kerja, mereka sering menghabiskan masa di sebuah kafe milik kepada kakak Karl. 

Bagi peminat K-drama, pastikan terus menonton Flower of Evil lakonan Lee Joon Gi dan Moon Chae Won pada hari Rabu dan Khamis, 10.00 malam dan hari Jumaat pada pukul 10.30 malam. Baek Hee Sung ialah seorang suami dan bapa yang penyayang tetapi dia mempunyai sebuah sejarah hitam yang bakal memusnahkan kebahagiaan hidupnya. Tambahan pula, isterinya, Cha Ji Won ialah seorang anggota polis yang mula menemui bukti-bukti baharu dalam kes jenayah lama dimana ia telah menggambarkan Baek Hee Sung sebagai pembunuh bersiri. 

Keseronokan menonton filem kegemaran di TV9 bukan saja akan berganda malahan ia akan menjadi kuasa tiga apabila anda dapat menonton 3 filem popular tempatan dan Bollywood pada setiap minggu menerusi Kuasa 3 Malam. Saksikan barisan filem hebat, yang antaranya termasuk filem lagenda Kuch Kuch Hota Hai, pada setiap Selasa, 9.30 – 11.00 malam dan setiap Sabtu dan  Ahad, pukul 8.30 – 10.30 malam. 

Kerjasama strategik antara TV9 dan WOWSHOP terus memaparkan kandungan yang lebih segar dan mengukuhkan penjenamaan pada waktu siang dalam memastikan penonton TV9 “Janji Happy”! Pelbagai promosi menarik disediakan sepanjang September antaranya adalah pulangan tunai sebanyak RM9 bersempena dengan sambutan ‘Janji Happy’ dan ‘WOW You, 3 Million’. Promosi ini akan berlangsung dari 13 hingga 30 September 2021 menerusi rancangan Sembang Viral. Pastinya ramai yang tidak mahu ketinggalan dan terus terpaku di depan kaca TV!

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, TV9 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia akan menyiarkan dokumentari khas, ‘Menjulang Takzim Jalur Gemilang’ pada 16 September (Khamis), pukul 8.30 malam. Program ini memaparkan sejarah di sebalik nama Jalur Gemilang, bendera kebanggaan Malaysia. Apakah kepentingan bendera dalam perspektif Islam? Dan apakah peranannya dalam pembinaan negara? Semuanya akan terjawab dalam dokumentari ini.

Program-Program Menarik di TV9

LEGENDS OF DAWN: THE SACRED STONE

Mulai 5 September 

Setiap Ahad, 6.00 petang – 6.30 petang

BULETIN TV9

Setiap Hari, 7.00 malam – 7.30 malam

SEMBANG VIRAL

Mulai 13 September

Setiap Hari, 7.30 malam – 7.40 malam

THE VENOM’S TALE

Setiap Isnin – Khamis, 7.30 malam – 8.30 malam

(Mulai 13 September, 7.40 malam – 8.30 malam)

SENARIO

Setiap Jumaat – Ahad, 7.30 malam – 8.30 malam

(Mulai 17 September, 7.40 malam – 8.30 malam)

KUASA 3 MALAM

Setiap Selasa, 9.30 malam – 11.00 malam

Setiap Sabtu & Ahad, 8.30 malam – 10.30 malam

Kuch Kuch Hota Hai

14 September, Selasa, 9.30 malam – 11.00 malam

BUDAK INTERN

Mulai 22 September

Setiap Rabu & Khamis, 9.30 malam – 10.00 malam

CHAMSARANG: FLOWER OF EVIL

Setiap Rabu & Khamis, 10.00 malam – 11.00 malam

Setiap Jumaat, 10.30 malam – 11.30 malam

MENJULANG TAKZIM JALUR GEMILANG

16 September 2021, Khamis,

8.30 malam – 9.30 malam

Gunakan #JanjiHappy untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. Jingle TV9 ataupun lagu Janji Happy ini adalah lagu ciptaan oleh John Jeeves, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Omar K, dinyanyikan oleh Alif Satar & Naim Daniel. Nantikan video muzik Janji Happy yang akan dapat disaksikan bermula pada 17 September nanti. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airasia 2020 | 23

Dah Lengkap Vaksinasi? Jom Terbang Ke Langkawi dengan Tiket Serendah RM12 Sehala

Shaheizy Sam Murung | 24

Sinopsis Drama Bersiri HASRAT TERSIRAT, Konflik Keluarga Berebut Harta Pusaka