in , ,

Single KU BERHARAP, Hasil Dari Pengalaman Sebenar Cash Farhan

Muhamad Asyrol Farhan atau lebih dikenali sebagai Cash Farhan merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 Januari 1996 di Hospital Besar Kemaman, Terengganu. Cash Farhan mula berjinak di dalam bidang muzik ketika beliau melanjutkan pelajaran di Yonsei University, Korea Selatan pada tahun 2016.

Menarik tentang Cash Farhan, selain menyanyi beliau juga mahir bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Korea dan juga Bahasa Mandarin. Selepas pulang ke tanah air beliau menyambung pembelajarannya dalam bidang muzik di Academy Of Recording Arts .

KU BERHARAP, Hasil Dari Pengalaman Sebenar Cash Farhan

Cash Farhan mengorak langkah pertama dalam menceburi industri muzik tanahair ini dengan menghasilkan single pertamanya pada tahun 2019 yang berjudul ‘Trust’. Lagu tersebut berjaya mendapat tontonan hampir 60,000 di Youtube.

Selepas itu , beliau menghasilkan 3 lagu dalam berkumpulan bersama Big Shot Squad iaitu Big Shot Anthem , Ini Tanah Kita dan Hari Mulia.

‘Ku berharap’ merupakan single kedua Cash Farhan . Lagu ini merupakan kisah sebenar yang di lalui oleh beliau. Cash Farhan pernah menjalani hubungan mesra dengan seorang gadis dari Korea Selatan namun mereka terpaksa berpisah baru-baru ini dan dari situlah lagu ini tercipta .

‘Ku Berharap’ menceritakan tentang harapan seorang lelaki kepada bekas kekasihnya yang mana lirik lagu ini lebih kepada luahan hati Cash Farhan sendiri , bukan penulisan yang ditulis melalui imaginasi.

Lagu ini juga mempunyai dua lagi versi iaitu versi Inggeris dan versi Korea . Cash Farhan berhasrat untuk melancarkan kedua-dua versi ini jika lagu ini mendapat sambutan yang memuaskan.

Cash Farhan 3
Cash Farhan 2

Lirik Lagu KU BERHARAP

Artist Title Composer Lyricist

Hadirnya dirimu di dalam duniaku 

Kebahagian yang t’lah kau berikan 

Terima kasih atas segalanya

Kisah kita sampai di sini saja

Ku berharap kau tetap slalu bahagia

Tanpaku di sisi mu

Dengarkanlah melodi indah yang ku ciptakan khas buatmu

Bahagialah selalu teruskan hidupmu

Ku amat memahami sukarnya buatmu

Tuk meninggalkanku untuk selamanya

Terima kasih atas segalanya

Kisah kita sampai di sini saja

Ku berharap kau tetap slalu bahagia

Tanpaku di sisi mu

Dengarkanlah melodi indah yang ku ciptakan khas buatmu

Bahagialah selalu teruskan hidupmu

Kaulah yang terbaik

Yang pernah ku miliki

Open up your arms Start moving on

I gotta let you go

Ku berharap kau tetap slalu bahagia

Tanpaku di sisi mu

Dengarkanlah melodi indah yang ku ciptakan khas buatmu

Bahagialah selalu teruskan hidupmu

Ku Berharap….

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yonnyboii Lancar Single BOLEH BLA Bangkitkan Semangat Menghadapi Kata Nista

Glistening Stars By The Coast, Hard Rock Hotel Desaru Coast Turns 2