in ,

Single Duet Aziz Harun dan Hannah Delish Berjudul HANA

Sebuah karya melangkaui sempadan negara, itulah magis yang cuba dicipta Aziz Harun dan Hannah Delisha menerusi single duet mereka yang berjudul ‘Hana’ hasil ciptaan penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir bersama Mike Chan dan Romeo.

Single terbitan bersama oleh Faithful Music dan Warner Music Malaysia ini diharap dapat memberi nafas segar kepada industri muzik di rantau ini apabila ianya menggandingkan dua anak muda berbakat besar berasal dari Brunei dan Singapura yang menyanyikan karya ciptaan anak watan Malaysia.

Aziz Harun Dan Hannah Delisha - Hana

“Kami berharap gandingan Aziz yang berasal dari Brunei dan Hannah yang berasal dari Singapura menerusi lagu ‘Hana’ ini dapat memartabatkan lagi muzik tempatan di rantau ini,” ulas Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Bahagian Dosmestik Warner Music Malaysia.

Bakal memberikan lebih impak, lagu ini turut diangkat sebagai runut bunyi drama ‘Alamatnya Cinta’, sebuah karya adaptasi daripada drama popular Korea ‘Full House’. Drama arahan Bernard Chauly dan dibintangi oleh Hannah Delisha dan Hisyam Hamid ini bakal ditayangkan di Astro Ria pada 20 Ogos nanti.

Single ‘Hana’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 3 OGOS 2018. Manakala video muzik rasmi ‘Hana’ boleh ditonton di saluran Youtube Faithful Music sejak 7 OGOS 2018.

Lirik
Hana – Aziz Harun & Hannah Delisha

VERSE 1:
Ey apa khabar kamu
Adakah kau berpunya lagi
Dengarkan lah lagu ku
“Said” hey bila nak bertemu
Senyum mu tetap bermain di mindaku
Ku rasa kau perlu tahu

PRECHORUS:
Oh di antara berjuta
Engkaulah satunya
Wanita yang ku cinta
Ohh padanlah

CHORUS:
“baby baby baby”
Hana kau buatku lupa
Hati yang pernah terluka kerna cinta
Ku milikmu selamanya

Hana kau buat ku bahgia
Tak mungkin ada serupa
Kamu saja cintaku sampai ke syurga

Hana oh Hana
Sampai ke syurga
Hana

VERSE 2:
Selama ini puas ku nanti
Bilakan kau bertanyakan diri ini
Haruskah aku yang memulakan dahulu

PRECHORUS:
Oh di antara berjuta
Engkaulah satunya
Wanita yang ku cinta
Ohh padanlah

CHORUS:
“baby baby baby”
Hana kau buatku lupa
Hati yang pernah terluka kerna cinta
Ku milikmu selamanya

Hana kau buat ku bahgia
Tak mungkin ada serupa
Kamu saja cintaku sampai ke syurga

BRIDGE:
Kamu aku tahu kita
Mahukan yang terbaik saja
Kamu aku inikah cinta

Kamu aku tahu kita
Mahukan yang terbaik saja
Kamu aku inikah cinta

CHORUS:
Hana kau buatku lupa
Hati yang pernah terluka kerna cinta
Ohhh ku milikmu selamanya

Hana kau buatku lupa
Hati yang telah lama yang luka
Ku milikmu selamanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Konsert Big Stage Minggu Ke-3 Cover Sama-Sama Up

Kad Hadiah Netflix Kini Ada di Malaysia