in

Senarai Penuh Konsert Big Stage Minggu Ke-3 Cover Sama-Sama Up

Konsert Big Stage di pusingan kedua minggu lalu menyaksikan bintang Fara Hezel, 22, menjadi peserta pertama yang tersingkir untuk musim ini. Bertemakan ‘Lit Throwback’, setiap bintang diberi cabaran untuk menyanyikan kembali lagu-lagu yang pernah popular sekitar tahun 90-an hingga awal 2000 yang mana Fara Hezel memilih untuk menyanyikan lagu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ nyanyian asal Anis Suraya.

Senarai Lagu DUET SAMA-SAMA UP di Konsert BIG STAGE Minggu Ke-3

Walaupun berasa kecewa kerana beranggapan mampu untuk bertahan lebih lama dalam pertandingan ini, namun beliau akur dengan keputusan yang diumumkan.

Dalam pada itu, seluruh penonton di dewan turut gempar apabila salah seorang peserta ‘Big Stage’ iaitu Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 25, yang mendendangkan lagu ‘Ku Tak Akan Bersuara’ dendangan asal Nike Ardila pada malam tersebut pengsan sesudah menamatkan persembahan.

Keadaan menjadi sedikit kelam-kabut sehingga pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad memanggil pasukan perubatan dan terpaksa menghentikan siaran yang sedang berlangsung secara ‘live’ pada ketika itu. Namun, keadaan berjaya dikawal apabila mereka mengumumkan yang Baby Shima sudahpun kembali sedar dan berada dalam keadaan yang stabil setelah dikejarkan ke hospital.

Untuk konsert pusingan ketiga yang bertemakan ‘Cover Sama-Sama Up’ pada minggu ini, setiap bintang ‘Big Stage’ diberi cabaran untuk membuat persembahan secara duet dengan pasangan artis jemputan.

Sissy Iman bakal berduet bersama Ara Johari, Afieq Shazwan & Haqiem Rusli, Tajul & Wany Hasrita, Wani Kayrie & Hael Husaini, Sarah Suhairi & Ismail Izzani, Andi Bernadee & Indah Ruhaila, Ariff Bahran & Ayda Jebat, Baby Shima & Zizi Kirana serta Shafiq Farhain & Shiha Zikir. Bagaimanakah bentuk persembahan mereka pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan kelak.

Siaran Langsung Konsert Big Stage (Minggu Ketiga) pada 19 Ogos 2018 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Siapakah yang bakal tersingkir pulak pada minggu ini?

Ariff Bahran Nyanyi Lagu SEJARAH MUNGKIN BERULANG di Konsert BIG STAGE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iflix Tayang Siri Original KL GANGSTER UNDERWORLD

Single Duet Aziz Harun dan Hannah Delish Berjudul HANA