in , , ,

Singgah-Singgah Blog: Seni, Kanvas & Muid Latif

Kita biarkan suasana semalam yang panas bertukar menjadi dingin. Kita biarkan semalam yang hangat itu disejukkan dengan menjadikannya satu teladan dan ukuran.

INTRO: BIARKAN SEMALAM YANG HANGAT

Saya percaya, hidup dalam dunia yang sementara ini, kita perlu melayan kerenah-kerenah manusia. Tidak dapat tidak, kita tidak boleh lari daripada cabaran ini. Namun, kadangkala ada masa kita tidak perlu melayan sekiranya ia hanya membuang masa kita yang sangat berharga.

Saya harapkan kesejukan hati datang kembali. Saya dambakan kedinginan. Sedingin bayu malam ini yang masih sudi menyapa wajah. Masa terus berdetik dan saya terus mahu menulis.

Sebagai manusia yang mempunyai jiwa dan hati, pastinya tersentuh dengan bayu-bayu yang sentiasa setia menyejukkan perasaan. Gelodak rasa itu saya biarkan ke tepi. Saya terus membiarkan sisa-sisa hari ini dikecapi dengan penuh ketenangan, tanpa sebarang rasa terkilan, tanpa secebis rasa yang tidak kena. Dan aku membiarkan masa membuktikan kebenaran.

Muid Latif
Obourius, by Muid Latif. (cc) licensced under creativecommons.

Basically the final work I did uses single jellyfish image (the one I had illustrated and trace in Illustrator). Then I create multiple layers and repeat all the jellyfish into different positions and colors.

SIAPA MUID LATIF?
Sepanjang terlibat dalam penulisan blog yang cenderung dengan dunia seni, saya bertuah kerana dipertemukan dengan insan-insan yang cukup kreatif. Antaranya ialah seorang pereka web dan grafik seni yang menggelarkan dirinya Muid Latif. Beliau juga seorang penulis blog yang menulis tentang dunia reka digital, kreativiti minda dan seniman jalanan. Pada saya, blog Muid lebih kepada jurnal hidup seorang visualiser. Karya seninya memang sesuatu yang WOW!

Lagi gambar menarik Muid: Flickr Fotografi Muid

Pernah namanya tercatit di laman web rasmi filem CINTA di atas ulasan membinanya tentang filem yang mencetuskan fenomena luar biasa itu. Ini bermakna, beliau bukan sahaja telus, terbuka dan sangat peka dengan isu-isu yang melibat dunia laman web dan grafik, namun Muid seorang penulis yang peka dengan persekitaran seni hiburan tanahair. Yea, bukankah seni hiburan dan seni grafik ada hubung kaitnya.

Mengenali Muid, mengajar saya bahawa seseorang penulis perlu kreatif dan berfikir di luar kotak. Dalam dunia yang serba mencabar ini, penulis yang miskin dengan idea akan statik, tidak berjaya untuk berubah dan ketinggalan ke belakang.

Saya rasa bertuah kerana Muid sudi ditemubual menerusi alam maya. Senang sekali menemubual di zaman siber ini. Di jendela yahoo mesengger pun kita boleh menyoal selidik… apatah lagi dengan menggunakan email.

Pertemuan pertama dengan Muid ketika menghadiri majlis berbuka puasa dan pra-tonton filem The Red Kebaya itu membenih satu hubungan yang baik. Mungkin kerana itu, saya senang sekali mengajak Muid untuk ditemubual. Terima kasih Muid atas masa dan kesudian anda ya!

Muid Latif

Berikut adalah temubual eksklusif bersama Muid Latif:

1. Apakah definisi weblog pada pandangan saudara?
Blog adalah sebuah diari berbentuk digital yang disampaikan melalui world wide web (www).

3. Boleh ceritakan sedikit tentang latar belakang diri anda?
Seorang insan yang dibekalkan bakat dan kreativiti dari Allah Taala. šŸ˜‰ Dasarnya saya seorang seniman yang berubah rentak hidup menjadi seorang pereka, illustrator, artist grafitti, perunding kreatif, ideologis dan seorang ahli perniagaan.

4. Apakah tagline blog anda? (kalau ada) Berikan pengertian tagline itu kepada anda?
“Loveble in-between-creative established Malaysian Web Spinner, Oriental Art Activist, a visualizer, street artist, freestyle choreographer & dancer doing tap on the floor and all that matters.”

Ia membawa personality saya yang bagaikan langit yang sebentarkala mendung dan lain hari ceria. Seorang yang peramah, yang mementingkan seni tradisi asia, seorang penari gaya bebas dan apa-apa yang menjalinkan rentak kehidupan.

5. Cerita sedikit di sebalik penubuhan blog anda?
Pada mulanya blog saya disisipkan dalam portfolio saya. Dahulunya ia menjadi diari digital yang banyak menceritakan tentang kerja rekaan saya dan rintihan kehidupan seorang pereka. Sekitar 2001, designer digemparkan dengan RSS newsfeed yang mengunakan aturcara PHP/MySQL, sekarang blogspot menjadi trend. Mengikut analisis Architecture Information Japan, Blogger akan menjadi golongan penting untuk dunia siber.

6. Siapakah yang banyak memberi dorongan kepada saudara dalam bidang penulisan blog?
Saya banyak membaca, terutama artikel dari rakan-rakan saya, Carole Guevin (netdiver.net), Yoel (CreativeBehavior.com), Frederik Samuel ( frederiksamuel.com/blog/), Pengarang buku seperti Dan Brown, Mirch Albom, serta blogger terawal seperti bluekhairi/fairy, Nizam Zakaria dan tidak lupa adik saya, Abby Latif.

7. Apa yang menjadi motivasi / inspirasi anda untuk menulis?
Selain blogger yang disanjungi seperti Yasmin Ahmad, Saya mendapat motivasi untuk menulis (antaranya) oleh kerana pengaruh watak Carrie (Sarah Jessica Parker) dalam “Sex And The City”, filem-filem Woody Allen (Anything Else), cerita-cerita foreign (Science of Sleep, Amelie, A Very Long Engagement, etc), dan banyak lagi. Kini, saya lebih sedar, ramai pembaca saya terdiri dari pelbagai bidang membuatkan saya serius dalam menulis blog.

8. Siapakah sumber inspirasi / ikon anda dalam bidang penulisan blog?
Banyak. Tetapi antara blogger yang menjadi inspirasi saya ada dua orang. Yang unggul, ialah Yasmin Ahmad dan Awan. He’s such an amazing and talented blogger. Bahasanya buat kita berfikir sejenak tentang kehidupan. Lebih menarik, identiti awan adalah dirahsiakan dan kami pernah bersua tanpa sedari yang saya pernah bertemu dengan beliau in-person.

9. Boleh saudara senaraikan 3 penulis blog yang paling saudara hormati dan 3 penulis yang anda benci (kalau ada)? Awan, Nizam Zakaria (kenalan lama 1998), dan Yasmin Ahmad. Saya mendapat lebih banyak kenalan dan penggunjung dari rakan-rakan adik saya, yang juga suka blogging. Kalau nak membenci tu, rasanya tak elok kerana semua orang ada hak masing-masing untuk blogging dan membicarakan apa yang mereka inginkan.

10. Apakah faktor yang membuat sesuatu blog itu hilang pembaca?
Hyper-vain. Blogger bersifat super-materialistik dan suka menulis cerita yang saya anggap merepek. Tiada isu untuk memberi seorang pembaca itu buka minda dan fikiran untuk menjadi seorang yang positif. Saya pernah terjumpa blogger yang suka paparkan muka dan badannya untuk menarik minat penggunjung (now that’s pathetic isnt’ it?)

11. Siapakah ‘target audience’ saudara sebenarnya?
Para kreatif, artist, pereka, jurugambar, pengarah seni, penulis kreatif, pemuda yang ingin mengenali kehidupan seorang pereka, dan mempelajari process rekaan, dan mendapatkan inspirasi disamping kumpulan yang menyokong gerakkan seni digital di Malaysia. Kadang-kala, saya akan sisipkan gosip industri rekaan.

12. Komen saudara tentang pengawalan selia blog di Malaysia. Apakah perlu kerajaan mengambil tindakan bagi blog yang mencetus isu sensitif.
Bagi saya, ia tidak boleh dikawal. It’s “Freedom of Speech”. Asalkan pos yang kita tulis itu tidak terlampau extreme, menghina orang atau sesuatu bangsa atau agama. Tapi Internet adalah sesuatu yang sukar dibendung dan dikawal kecuali induk ISP (Mimos & TMNet) mengawal dan meletakkan filter, yang barangkali menelan belanja mencecah jutaan ringgit :-).

13. Apakah cara anda untuk mencari khalayak pembaca / peminat anda sendiri?
Mereka datang dengan sendiri kerana minat mereka untuk membaca. Saya tidak memaksa orang meletakkan link saya di dalam blog mereka. Biasanya pengunjung saya ni adalah pengunjung tetap ataupun fan saya yang biasanya ingin melihat perkembangan kareer saya dalam dunia rekaan.

14. Adakah template atau design blog anda menarik?
Saya memang tidak mengambil serious dalam rekaan blog saya kerana yang penting, mereka rasa selesa membaca dan menghayati kandungan saya. Saya jika diberikan masa, ingin mengubah blog saya mengikut kepada standard CSS / Web version 2.0 :). Mungkin saya akan mengekalkan rekaan ringkas supaya saya dapat melayari blog saya di dalam handheld saya.

15. Antara menulis apa yang anda minat & menurut minat pembaca anda?
Perkembangan rekaan saya, life sebagai designer, realiti industri dan kerja fotografi saya yang banyak menggunakan teknik terkini seperti High Dynamic Range (HDR).

16. Setakat ini sudah berapa ‘hits’ yg telah melawat blog anda, kalau tak pun sebulan tu berapa?
Saya mempunyai pembaca umumnya sekitar 90-450 hits sehari. Biasanya hits akan turun setelah saya tidak mengemaskini selama sebulan dua. Saya tidak mahu blog saya terlalu commercial kerana saya pentingkan kualiti, bukan kepada kuantiti.

17. Sebagai penulis, pentingkah anda mengenali siapakah pembaca anda?
Penting. Kerana saya dapati banyak pelajar, para pendidik, pereka, pengarah kreatif, mahu juga professor dan kerajaan sering mengunjungi blog saya.

18. Sekarang ini, kita lihat terlalu ramai penulis dan pencipta blog yang baru sedang berjinak-jinak. Apakah pandangan saudara tentang fenomena blog yang amat memberangsangkan di Malaysia?
Ia amat memberangsangkan, tetapi saya harap mereka ada isu dan cerita positif dan menarik yang dapat memberi kepekaan kepada negara terutamanya untuk memperbaiki diri dan rohani kita.

19. Komen anda tentang peranan blog dalam pembangunan politik negara.
Blogger menjadi buah mulut dalam setiap agensi kerajaan. Seorang blogger menjadi pengaruh penting kerana internet tidak ada keterhadaannya. Personally, saya membaca blog berunsur politik, tetapi sebagai pemerhati, bukan membeli apa yang mereka sampaikan. Saya suka ambil apa yang boleh memberi kebaikan dalam diri saya, dan membuang mana yang mendatangkan pengaruh buruk.

20. Apakah kontroversi terbaru dalam dunia blog yang anda tahu?
Di samping blogger yang mempengaruhi pembaca untuk memberontak dan bersifat perkauman, saya juga ada melihat blog yang merosakkan pemikiran remaja dengan meletakkan gambar-gambar lucah (biasanya blog gay/transex melayu), blog mempelajari cara menghisap dadah, dan sebagainya.

 Ini adalah sesuatu yang kita sebenarnya perlu membenteras, kerana mereka yang buat sebegitu amat pentingkan diri, kerana orang-orang yang innocent, malah under-age juga akan terpengaruh.

21. Apakah kelebihan dan keuntungan berkomunikasi melalui blog?
Banyak keuntungannya. Bagi saya, saya dapat mempertingkatkan skill menulis saya, dan mempelajari corak pembaca saya. Saya dapat mengkaji citarasa seseorang melalui artikel yang saya ingin sampaikan.

Di samping itu, saya juga dapat mengenali lebih ramai rakan-rakan baru dan meluahkan pengalaman dan ideologi rekaan saya supaya boleh diambil oleh pembaca untuk menjadikan motivasi yang positif.

22. Kalau kamu sepohon pokok, kamu nak jadi pokok apa? Mengapa?
Sebuah Pokok kelapa. Kerana saya dapat melihat horizon yang terdampar di hadapan mata saya. Saya ingin mengamati dan merasai keindahan alam.

Saya ingin ‘survive’ dan mempelajari rentak kehidupan alam yang penuh dengan cabaran dan dugaan dan saya ingin menolong mereka yang memerlukan. Banyak hasil yang boleh dibuat dengan menggunakan pokok kelapa. Dengan pohon batangnya, ia dapat dijadikan jambatan.

Sepertimana juga dengan saya, saya ingin melihat dan membantu orang kreatif untuk melangkah lebih jauh didalam arena yang serba luas ini.

23. Saudara nampaknya begitu aktif mencipta reka laman web. Bagaimana anda mencari / mencuri masa untuk berblog dan bekerja pada masa yg sama?
Saya ini seorang yang workaholic. Saya sudah membiasakan diri saya dengan multi-tasking disebabkan oleh pengalaman kerja saya pada masa lampau (Pengiklanan Interaktif). Saya dapat mengendalikan masa dan perolehan kerja lebih dari pekerja-perkerja normal kerana semangat saya untuk membuat hasil kerja dan rekaan. Saya biasanya mengagihkan masa saya terutama dalam menghasilkan karya selepas waktu pejabat atau sekiranya saya cuti.

Even dalam penerbangan, saya akan hasilkan sekurang-kurangnya 2 karya / lukisan. Bagi saya juga, saya menganggap kerja pejabat sebagai satu komitmen yang perlu dititikberatkan. Yang penting, saya dapat menghantar tepat pada masanya. Selepas itu, saya akan buat kerja-kerja lain. Tidak pernah saya pertikaikan buku lukisan saya, mahu juga komputer kerana saya mampu mempelajari benda-benda baru dari laman web.

Saya ingin mengatakan yang kerja saya bukan mudah, kerana ia melibatkan penulisan proposal, persembahan slaid, penulisan surat, membuat analisis, maklumbalas email, hingga ke rekaan logo yang diberi pada pukul 11 dan perlu dihantar pada pukul 2 petang. Banyak cabarannya, tetapi alhamdulillah, saya dapat mengawal dan mengahihkan kerja saya accordingly.

24. Apakah cabaran seorang penulis blog seperti anda?
Cabaran untuk berfikir bagaimana ingin menulis secara kreatif tanpa membuat pembaca terlalu keliru atau tidak faham dengan terma atau bahasa yang digunakan. Tetapi jika dikatakan persaingan, saya tidak ada ataupun kurang, kerana blog saya unik, dan tidak terdapat pada blogger yang lain.

25. Apakah pengalaman pahit yang pernah anda lalui dalam dunia blog?
Ceritakan juga pengalaman manis, kalau adaā€¦ rasanya to be acknowlege. Blog saya dihargai oleh golongan-golongan cendikiawan dan juga ahli politik membaca blog saya. Saya juga tahu pengunjung blog saya datang dari Dreamworks, Holllywood, Google dan kebanyakkannya universiti-universiti di negara Eropah dan asia.

26. Adakah anda pernah digoda oleh pembaca yang telah jatuh cinta dengan anda?
Kalau ada, adakah anda menerimanya atau mengambil kesempatan? Buat masa ini, tidak pernah. Saya rasa banyak orang yang jatuh cinta dengan rekaan saya ataupun fotografi saya. Sebenarnya, itu yang saya inginkan šŸ™‚

27. Pernahkah anda menerima surat layang dari pembaca yang membenci tulisan anda?
Pernah, all the time. Dahulunya saya ada shoutbox. Kini terpaksa diturunkan kerana banyak yang suka mencaci saya secara personal, bukan professional. Banyak juga orang suka membandingkan kehidupan peribadi saya dengan kerjaya saya.

Bagi saya, work is work, personal is personal. Jangan dicampur-adukkan. Biasanya, perkara sebegini normal untuk orang seperti saya ataupun orang yang ingin memberikan impak positif dalam dunia rekaan atau sebagainya. Sebagai info, yang tak suka dengan saya biasanya bangsa saya sendiri šŸ™‚ jeng jeng jeng.

28. Ceritakan keadaan blog atau karier anda sebagai pereka web pada masa 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun akan datang?
Mungkin blog saya tidak akan dikemaskini secara biasa, kerana saya akan lebih kerap ke luar negara untuk melakukan tugas-tugas volunteering untuk PBB / UN / UNICEF ataupun research. Saya mungkin akan lari dari bidang saya.

Saya tidak akan bergelar pereka laman web, tetapi ingin digelar lagenda dalam seni reka digital Malaysia terutama dalam membangkitkan seni tradisional kepada bentuk digital, yang sudah 7 tahun saya mempertahankan. Saya berharap selagi ada kemampuan saya, saya akan mempelajari trend terbaru reka dan akan senantiasa berkongsi dengan mereka yang ingin belajar dari saya.

29. Untuk tahun 2007, apakah azam baru anda dalam membangunkan blog anda?
Saya ingin banyak meletakkan karya dan dokumentari interaktif didalam blog saya. Mungkin saya akan kurangkan penulisan cinta mahupun perkara yang terlalu peribadi dan fokus lebih kepada dunia rekaan dan proses rekaan.

30. Adakah anda berpuas hati dengan blog anda sekarang?
Alhamdulillah, semuanya okay! Sekian terima kasih

Baca temubual eksklusif Budiey yang lain:

1. Temubual bersama Waiem.

2. Temubual bersama Pakcik MMA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dayang Nurfaizah | 19

Isu Plagiat Blog, Di Mana Etika Media Kewartawanan?

Siti Nurhaliza 1 | 20

Ramalan Anugerah Bintang Popular 2006 dari Budiey Dot Com