in

SINGGAH SAHUR 2011

Tidak lama lagi semua umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan suci Ramadan yang penuh keberkatan dan makna. Selaras dengan konsep “Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima”, TV3 meneruskan inisiatif untuk beramal demi kebajikan masyarakat dengan mengekalkan program tradisi Ramadannya, Singgah Sahur, kini kembali untuk musim ketujuh.

Sehubungan itu, majlis pelancaran program SINGGAH SAHUR 2011 bakal berlangsung pada 1 Ogos (Isnin… hey hari jadi Budiey!) dan turut disempurnakan dengan kehadiran Menteri Kesihatan Malaysia, Y. Bhg. Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Y. Bhg. Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Episod pertama yang akan bersiaran secara langsung selama sejam ini bakal dikendalikan oleh personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Nurul Syuhada, Nor Azzura dan Fiza Sabjahan. Agenda majlis turut memuatkan lawatan VVIP ke wad kecemasan dan bersalin, sesi temuramah bersama pakar pemakanan, acara gotong-royong dan memasak bubur Asyura bersama sukarelawan Puteri UMNO.

Singgah Sahur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pra Pelancaran Festival Filem Malaysia ke-24

Gambar Pembaca di MTV World Stage 2011