in ,

Pra Pelancaran Festival Filem Malaysia ke-24

Pra Pelancaran FFM24 Berjaya Walaupun Kurang Sokongan

KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) selaku pengarah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Jurey Latiff Rosli mengakui berpuas hati dengan kejayaan majlis pra pelancaran festival itu walaupun kurang mendapat sokongan pelakon popular tanah air.

Kata Jurey Latiff, sebagai penganjur acara besar itu pada tahun ini, kejayaan majlis berkenaan yang menghimpunkan kira-kira 500 hadirin adalah pencapaian awal yang boleh dibanggakan.

FFM

Barisan penggiat seni berbilang bangsa yang hadir pada malam pra pelancaran Festival Filem Malaysia ke-24 di Kompleks Kraf, di sini, malam Isnin.

“Ini adalah kali pertama Gafim anjurkan FFM dan kebetulan pula saya baru tujuh hari memegang jawatan Presiden Gafim.

“Sebagai permulaan, saya berasa bangga kerana kami berjaya menghimpunkan kira-kira 500 karyawan, artis dan penaja pada acara ini,” katanya yang ditemui pada sidang media pra pelancaran FFM24 di Kompleks Kraf, di sini, malam Isnin.

FFM
Jurey Latiff Rosli

Tambahnya, walaupun majlis itu agak lesu tanpa kehadiran para pelakon popular tanah air, sokongan daripada artis-artis Cina, India dan sebilangan artis Melayu adalah satu kepelbagaian yang memberikan pembaharuan pada imej FFM.

“Saya akui majoriti pelakon popular tidak hadir pada malam ini mungkin kerana mereka terikat dengan jadual seni masing-masing.

“Bagaimanapun, kita mendapat sokongan yang baik daripada artis-artis veteran, segelintir pelakon Melayu dan paling membanggakan ramai artis Cina dan India yang hadir.

“Majlis ini diadakan untuk meraikan anak seni dan penggiat filem kita. Saya harap mereka akan turun beramai-ramai pada majlis perasmian dan malam festival nanti,” katanya.

FFM
Harun Salim Bachik

Pada itu, Pengerusi FFM24 yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, walaupun agak kecewa kerana ketiadaan bintang-bintang popular pada majlis tersebut, dia tetap optimis dalam memastikan kejayaan penganjuran tahun ini.

“Kalau dilihat pada sambutan dingin artis-artis popular kita pada malam ini, saya tidak nafikan agak kecewa tetapi penganjuran ini mesti diteruskan. Kami masih ada tempoh tiga bulan lagi untuk menyuntik kesedaran di kalangan penggiat seni dan menggerakkan jentera promosi festival ini,” katanya.

Jelas Harun lagi, hanya lapan artis popular saja yang muncul pada malam pra perasmian itu walaupun 88 orang telah mengesahkan kehadiran masing-masing sebelum ini.

FFM

Antara barisan artis veteran yang hadir. (Dari kiri) Jamaludin Mat, Aspalela Abdullah, Sofia Ibrahim, Maimunah Ahmad dan Datuk M Daud Kilau.
Selain malam pra pelancaran, beberapa aktiviti lain yang dirancang menjelang festival itu termasuklah majlis berbuka puasa, rumah terbuka Aidilfitri, siri jelajah promosi, karnival “walkathon”, pertandingan golf amal, majlis makan malam dan malam penghargaan sekretariat dan penaja FFM24.

Sehingga 25 Isnin lalu, pihak sekretariat telah menerima 28 buah filem yang akan bertanding dalam festival kali ini iaitu kurang satu filem berbanding 29 penyertaan pada tahun lalu.

Daripada jumlah 28 filem yang diterima, pihak Metrowelth mendahului senarai apabila mencalonkan lima buah filem dalam FFM24.

Kemuncak FFM24 yang akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).- via Mstar Online

Berikut ini senarai pencalonan yang diterima untuk FFM24 sehingga 25 Julai lalu.

Astro Show/Double Vision

1. Sini Ada Hantu

Skop Production

1. Khurafat

2. KL Gangster

MDAG Marketing

1. Libas

Metrowelth

1. Kembar Siang

2. Kongsi

3. 321 Cinta

4. Sekali Lagi

5. Flat 3A

KRU Studios

1. Hikayat Merong Mahawangsa

2. Karak

Lineclear Motion Picture

1. Ratu The Movie

2. Raya Tak Jadi

Tayangan Unggul

1. Cun

2. Tolong Awek Aku Pontianak

Tayangan Unggul/Hanmania

1. Seru

Cineworks

1. Dilarang Masuk

Excellent Picture

1. Senjakala

Primeworks Studio

1. Penunggu Istana

2. Nur Kasih The Movie

3. Klip X 3GP

Galaksi Seni

1. Momok Jangan Panggil Aku

White Merpati Ent.

1. Rasuk

Cinematic Picture

1. Karipap-Karipap Cinta

Empat Semudra Plantation

1. Al-Hijab

Genius Parade

1. Sumpahan Puaka

Artistik Picture

1. Toyol Nakal

Pengedaran J.A.S

1. …Dalam Botol

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The 2011 Barclays Asia Trophy

SINGGAH SAHUR 2011