in ,

Sarah Hildebrand Rindu Mahu Bertemu Bapa di Amerika Syarikat

Pelakon Sarah Hildebrand meluahkan rasa bersyukur kerana ayahnya dalam keadaan baik walaupun AS menjadi antara negara tertinggi kes pandemik COVID-19.

Pelakon, Sarah Hildebrand, 31, berdoa pandemik COVID-19 segera berakhir supaya dapat terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu bapanya. Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, berkata kali terakhir bertemu bapanya pada Februari, tahun lalu.

“Saya merancang melawat ayah, awal tahun ini. Bagaimanapun, segala-galanya terpaksa ditunda apabila wabak COVID-19 menular seluruh dunia.

“Sejujurnya, saya rindukan ayah. Perasaan rindu sukar digambarkan dengan kata-kata, lebih lagi saya dan ayah sangat rapat, sejak kecil.

Saya juga pernah membesar dan menetap AS bersama ayah,”

– Sarah Hildebrand
Sarah Hildebrand Rindu Mahu Bertemu Bapa di Amerika Syarikat
Sarah Hildebrand Rindu Mahu Bertemu Bapa di Amerika Syarikat

Bagaimanapun, Sarah bersyukur, ayahnya dalam keadaan baik walaupun AS menjadi antara negara tertinggi kes pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah, ayah sihat dan selamat. Kami sering berhubung menerusi aplikasi Whatsapp dan Facetime untuk melepaskan rindu,”

– Sarah Hildebrand

Pelakon Pujaan Hati Kanda itu berkata, dia bukan sahaja mahu bertemu bapanya, malah menziarahi keluarga suaminya, Otto Gillen di AS.

“Kali terakhir saya berjumpa keluarga Otto pada Ogos, tahun lalu. Jadi, saya berharap diberikan rezeki pulang ke AS untuk menziarahi ayah dan keluarga mentua.

“Besar harapan saya COVID-19 dapat dikawal supaya perjalanan saya dan suami ke AS dipermudahkan,”

– Sarah Hildebrand

Sarah Hildebrand kini sedang menghabiskan penggambaran drama Tunggu Dulu Cinta sebanyak 26 episod.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sindiran Sinis Luca Sickta dalam YANG INI YANG ITU

Selain Galaxy Note 20, Samsung Bakal Perkenal Galaxy Buds Live