in ,

Sinarkan Syawal Ceria di Rumah Bersama RTM

Meskipun tiada budaya kunjung mengunjungi pada sambutan Aidilfitri tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1, TV2, TV Okey dan radio terbitannya terus singgah di hati seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memahatkan kenangan Syawal setahun sekali dengan program terbaik siarannya.

Rayakan Syawal di RTM bersama-sama yang tersayang dengan pelbagai pilihan program terbaik antaranya telefilem hebat khas sempena Aidilfitri, drama rantaian, variasi filem pecah panggung dalam dan luar negara, program bual bicara dan majalah serta program radio yang mampu menceriakan seisi keluarga.

Tahun ini, RTM tampil dengan tema “Sinarkan Syawal Ceria di Rumah @ RTM”.

babak dalam Tuhan Lebih Tahu Aku

 TV1

Terbaik dibawakan RTM menerusi saluran TV1 himpunan telemovie bermula kisah komedi watak Ain Edruce dan Hafeez Adam dalam “Jodoh Lebaran” (24 Mei, 9.00 malam), diikuti “Syawal Yang Datang” (24 Mei, 3.05 petang) lakonan Syafie Naswip dan Amar Asyraf, “Romeo Gagap” (25 Mei, 3.05 petang) dibintangi Ungku Haris, Eyka Farhana, Hafeez Mikail, juga “Takbir Dari Belantara” (26 Mei, 3.05 petang) lakonan mantap Faizal Hussein, Badrul Muhayat, Puteri Sarah Liyana, dan Idris Mat Diah. 

Slot popular Widuri pula menayangkan drama bersiri “Memoir Karmila” arahan Bahri Umar lakonan Aedy Ashraf, Atikah Suhaime, Fahad Iman, Ikmal Amry, dan ramai lagi. Drama 13 episod ini menemui penonton mulai 28 Mei ini, setiap Khamis hingga Ahad, pukul 7.00 malam yang mengisahkan tentang Karmila yang berkawan rapat dengan Naim membuat keputusan menerima pinangan bekas kekasihnya, Isham dan meninggalkan Naim atas sebab tertentu. Namun bahagiakah Karmila menjadi isteri Isham?

Bergelak ketawa dengan sitkom raya terbitan Unit Drama TV RTM diberi tajuk “Bujang Beraya Bersama” pada 24 Mei, pukul 2.30 petang mengisahkan empat orang bujang yang terpaksa beraya di rumah sewa dan tidak dapat pulang ke kampung kerana menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Pelakon terlibat dalam sitkom ini Amar Asyraf, Pablo Amirul, Khatijah Tan dan Dayang Areeda.

Seterusnya bual bicara “Forum Perdana Ehwal Islam”(28 Mei, 9.00 malam) dengan tajuk “Hari Kemenangan” bersama panel jemputan Ustaz Haji Ehsan Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara, dan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh. Manakala tajuk “Raya Dua Zaman” pada 4 Jun ini bersama Ustaz Zaidi bin Ramli, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati, Pensyarah Kanan Universiti Malaya.

Hiburan Konsert Minggu Ini, disiarkan pukul 12.30 tengah malam iaitu “Otai Lejen” (24 Mei), “U.Ks Reunion” (25 Mei), “Ruffedge & 4U2C” (26 Mei), “Ikhlas Tapi Jauh” (28 Mei), “Exist Reunion” (29 Mei) dan “Ratu 2.0” (30 Mei).

https://flic.kr/p/2j1VsG5

TV2

Saluran TV2 berkongsi tayangan telemovie terbaharu bertemakan Syawal iaitu “Ketot Nak Raya Kat Kampung” (24 Mei, 4.30 petang) membariskan pelakon Nik Adam Mika, Watie Sadali dan Joey Daud, “Besan Sebantal” (26 Mei, 1.00 tengah hari) lakonan Dato’ Fizz Fairuz, Mimi Ernida dan Fauziah Nawi, “Kambing Golek Ramadhan” (26 Mei, 11.30 malam) watak oleh Tasha Shila dan Zain Hamid, “Man Santan” pada (27 Mei, 1.00 tengah hari) gandingan Azam Pitt dan Sissy Iman, serta “Puteri Buluh Lemang” (29 Mei, 9.30 malam) lakonan Johan As’ari dan Atikah Suhaime. 

Konsert Wings & Superfriends

Kemudiannya berhibur dengan konsert menyatukan Datuk Ramli Sarip dan Tomok dalam “Blues di Aidilfitri” (24 Mei, 8.30 pagi), muzikal “Dari Rumah Lejen” (24 Mei, 9.00 malam) menampilkan artis Wings dan Erra Fazira, “Konsert Wings and Superfriends” (24 Mei, 11.30 malam), dan “Konsert Duo Lagenda” (25 Mei, 4.00 petang). 

FILM BERANGKAT

Nantikan tayangan filem tempatan dan antarabangsa seperti filem “Suamiku Encik Perfect 10” (24 Mei, 2.00 petang), “Adiwira ku” (24 Mei, 9.30 malam), “My Spy” (25 Mei, 1.00 tengah hari), “Berangkat” (26 Mei, 4.00 petang), “Transformers : The Last Knight” (26 Mei, 8.30 malam), “Ombak Rindu” (27 Mei, 3.30 petang), “Zero” (27 Mei, 8.30 malam), “Operation Mekong” (28 Mei, 8.30 malam), “Haji Backpackers” (29 Jun, 3.00 petang), “Koki-Koki Cilik” (30 Mei, 9.30 malam), dan “Pannaiyarum Padminium” (31 Mei, 9.30 pagi).

TV OKEY

Lapan telemovie baharu disiarkan saluran TV Okey iaitu “Pen Merah Pen Biru” (23 Mei, 8.00 malam) lakonan Azrel Ismail dan Azar Azmi, “Maaf Zahir Batin… Tak Jadi” (24 Mei, 3.00 petang) gandingan Idris Khan dan Octovia Manrose, “Tuhan Lebih Tahu Aku” (28 Mei, 8.00 malam) mempertemukan Janna Nick dan Redza Rosli, dan “Istidraj” (29 Mei, 8.00 malam) lakonan Mustafa Kamal dan Mimi Ernida.

Seterusnya telemovie “Madu” (2 Jun, 8.00 malam) lakonan Amerul Affendi dan Norkhiriah, “Salam Buat Ibu” (3 Jun, 8.00 malam) pula menampilkan Amar Asyraf dan Aishah Azman, “Ustazah Express” (5 Jun, 8.00 malam) lakonan bersama Isyariana dan Ashraf Muslim juga “Misi Santan Kampung Semangkuk” (6 Jun, 8.00 malam) lakonan Datin Nina Juren, Aleza Shadan dan ramai lagi.

RADIO RTM 

Pendengar setia radio saluran RTM diajak bersantai dengan program disediakan NASIONALfm iaitu siaran langsung malam raya, “Raya di Hati”, 9.00 malam diikuti drama “Salam Dari Hati”, (24 Mei, 12.15 tengah hari), dokumentari “Nur-Hikmah Covid-19 (24 Mei, 2.15 petang), dan “Sesuci Lebaran” (24 Mei, 9.15 malam).

TRAXXfm menarik tumpuan dalam kalangan penggemar stesen radio Inggeris dengan program “Reflection: Celebrating Eidul Fitri State of Taqwa” (23 Mei, 7.45 malam), “Reflection: The Purpose of Aidil Fitri” (25 Mei, 7.45 malam) dan “Reflection: Eidul Fitri Returning to Fitrah” (26 Mei, 7.45 malam).

Pengisian AiFM tertumpu kepada dua slot “Ai Aksi” iaitu temu bual pada 25 Mei, 8.15 pagi dan 9.15 pagi fokus kepada tip raya juga “Ai Relaks” (25 hingga 27 Mei, 1.15 petang) serta “Kasih Sayang di 893” (25 Mei, 1.15 petang).

Seterusnya ASYIKfm tampil dengan dua dokumentari iaitu “Di Sebalik Musibah Ada Hikmahnya Menanti di Sana” (23 Mei, 8.30 malam) dan “Mengharungi Sinar Aidil Fitri” (24 Mai, 12.30 tengah hari). Berhibur juga dengan “Sketsa Muhibah Pelbagai Dialek” keudara pada 15 hingga 30 Mei, 12.30 tengah hari.  

Dikenali dengan tagline Menggamit Kenangan, Radio Klasik mencuri perhatian pendengarnya dengan siaran drama khas Aidilfitri bertajuk “Rendang Papa” (24 Mei, 12.00 tengahari), sketsa “Cubit-Cubit Manja” (24 dan 25 Mei, 8.30 pagi), dan ceramah “Safeenatus Syawal” (23 Mei, 9.00 malam). Turut dijanjikan siaran program “Konsert Raya Pop Yeh-Yeh” (24 dan 25 Mei, 2.30 petang) dan “Semalam di Selat Tebrau” (27 dan 28 Mei), showcase artis Wany Hasrita dan Amir U.K’s.

Selain daripada itu, radio-radio negeri juga turut menyediakan program-program khas masing-masing sepanjang Aidilfitri ini.

What do you think?

83 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kolaborasi Media Prima & Celcom Bangkit Semangat Sambutan Ramadan & Syawal 

Raikan Raya Secara Unik Dengan Barang Keperluan Harian Percuma Dari Celcom