in ,

Kolaborasi Media Prima & Celcom Bangkit Semangat Sambutan Ramadan & Syawal 

Situasi Perintah Kawalan Pergerakan sejak tercetusnya pandemik Covid-19 telah mengubah cara norma kehidupan kita. Begitu juga dengan pengisian program yang perlu diubahsuaikan mengikut kesesuaian keadaan di samping dapat memenuhi cita rasa penonton dan rakan-rakan penaja dalam sambutan bulan Ramadan serta Syawal ini.

Menyemarakkan lagi keinginan penonton dalam menyambut bulan Ramadan ini, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) telah berkolaborasi dengan Celcom Axiata Berhad (Celcom) dengan menyediakan beberapa kandungan menarik yang padat dengan informasi dan pengisian seperti Dari Dapur Saya Ke Dapur Anda, Tanyalah Ustaz, Air Tangan Abang, Reka Raya, Indahkan Raya dan Nadi Negara. Selain menonton di TV3, penonton juga boleh menyaksikannya menerusi laman sesawang www.tonton.com.my

Poster Air Tangan Abang

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia, Encik Michael Chan, “Bagi pihak stesen TV, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Celcom Axiata Berhad (Celcom) di atas kolaborasi yang berterusan bersama MPTN dalam menyediakan pelbagai kandungan menarik, istimewa buat penonton setia kami dan juga pelanggan setia mereka. Kolaborasi antara sebuah konglomerat media terulung di Malaysia (MPTN) dan salah syarikat telekomunikasi terbesar di dunia (Celcom Axiata Berhad) ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat positif rakyat Malaysia memulakan norma kehidupan baharu dengan yakin. Mesej suntikan semangat ini dapat dilihat menerusi program-program tajaan rakan penaja kita ini dan sambutan bulan Ramadan dan Syawal masih dapat diteruskan secara bersederhana dan penuh bermakna. ”

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad pula berkata, “Sebagaimana yang kita maklum, Ramadan dan Hari Raya tahun ini disambut oleh rakyat Malaysia dalam keadaan yang berbeza serta masih berwaspada terhadap wabak COVID-19. Namun begitu, melalui keterhubungan dan teknologi terkini, Celcom sentiasa bersama rakyat Malaysia dan menyemarakkan suasana perayaan dengan lebih kreatif dan unik. Selain menggunakan platform digital yang kami miliki, kerjasama ini adalah salah satu cara kami menyokong dan menyuntik nilai positif di kalangan rakyat Malaysia, mengajak mereka untuk meraikannya dengan cara tersendiri serta menyemai semangat sebenar di dalam Ramadan dan Syawal yang mulia ini.”

Tanyalah Ustaz (8)

Berikut ialah sinopsis dan info tentang pengisian program yang dipersembahkan oleh Celcom di TV3: 

  1. Dari Dapur Saya Ke Dapur Anda, 4 episod, mulai 29 April 2020, setiap hari Rabu, pukul 6.00 – 6.30 petang 

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dengan kerjasama Motion Content Group, saksikan  keletah selebriti popular Sharifah Shahirah mencuba pelbagai resipi menarik yang terdapat di dalam internet untuk hidangan keluarganya pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Sharifah Shahira
  1. Tanyalah Ustaz (5 kapsul berdurasi 2 minit setiap satu)

Ikuti perbincangan topik dan surah-surah yang dapat diamalkan di bulan Ramadan bersama dengan Ustaz Ahmad Izzhar yang disiarkan menerusi program Tanyalah Ustaz di TV3 pada 8 Mei, 9 Mei, 15 Mei, 22 Mei dan 24 Mei 2020, pukul 6.30 pagi. 

  1. Air Tangan Abang (4 kapsul berdurasi 2 minit setiap satu), bersiaran pada 9 & 16 Mei (Pesan Makan, 5.32 petang) dan 10 & 17 Mei 2020 (Apa Nak Makan Ni? 6.00 petang)

Terpikat dengan lelaki bujang yang berkerjaya dan pandai memasak? Air Tangan Abang memaparkan persiapan hidangan berbuka puasa atau bersahur yang enak daripada empat selebriti lelaki bujang yang popular iaitu Imran Fauzi, seorang ahli farmasi yang akan menyediakan Shepherd’s pie; Neoh Freako, jurutera penerbangan dengan menu istimewanya, nasi ayam basil; Dr Hafiz Zainal, seorang doktor gigi yang akan menyediakan chicken buttermilk: dan pelakon popular Syazuwan Hassan yang akan memasak nasi dengan ayam goreng kunyit.  

  1. Reka Raya (4 kapsul berdurasi 2 minit setiap satu), bersiaran dalam program Wanita Hari Ini, 12.00 – 1.00 petang pada 2 Mei, 9 Mei, 16 Mei, 23 Mei 2020.

Dapatkan tips-tips menarik tentang fesyen daripada Rozita Che Wan (episod 1) dan Bon Zainal (episod 2) di mana mereka akan memberi nafas baharu kepada baju-baju raya lama dengan sentuhan magis masing-masing. Selain itu, Faiz dan Mumtaz dari Reka Temoor (episod 3 & 4) akan berkongsi idea menarik tentang dekorasi rumah untuk Hari Raya yang bakal menjelang. 

  1. Indahkan Raya (4 kapsul berdurasi 2 minit setiap satu), bersiaran dalam program Wanita Hari Ini, 12.00 – 1.00 petang pada 8 Mei, 15 Mei, 22 Mei dan 1 Jun 2020

Mari mengintai dan mengetahui bagaimana selebriti tanah air membuat persiapan untuk Hari Raya dan juga menyambut Hari Lebaran di rumah dengan mengamalkan penjarakan sosial di dalam tempoh sekarang. Antara selebriti yang dipaparkan dalam kapsul ini ialah Aishah Azman, Syafi Tee, Bell Ngasri dan Ezzaty Abdullah. 

  1. Nadi Negara (4 kapsul berdurasi 2 minit setiap satu), bersiaran pada 15 Mei, 22 Mei, 29 Mei dan 5 Jun 2020

Nadi Negara membolehkan kami mengucapkan terima kasih dan mengekspresi penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang telah banyak melakukan pengorbanan demi kesejahteraan dan keselamatan kita. Sebuah lagu raya bersempena dengan program Nadi Negara telah digubah oleh Dato’ Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios dan akan dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. 

Kesemua program adalah diterbitkan oleh Primeworks Studios. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan program-program menarik tajaan Celcom di TV3 sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Ingin tahu lebih lanjut tentang kempen Setulus Ikhlas sepanjang bulan Ramadan dan Syawal? Pastikan anda mengikuti laman sesawang rasmi kempen Setulus Ikhlas iaitu www.bharian.com.my/setulusikhlas dan www.ohbulan.com/setulusikhlas. Ia turut memuat naik pelbagai maklumat program menarik sepanjang bulan Ramadan dan Syawal serta juga paparan video eksklusif, artikel dan berita tentang selebriti popular tanah air. 

Gunakan tanda pagar #SetulusIkhlas, #RamadanMasihOn dan #RayaMasihOn dalam menghangatkan lagi perbualan media sosial anda! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Laksana Prosedur Tanpa Sentuhan Bagi Perjalanan Penting

Sinarkan Syawal Ceria di Rumah Bersama RTM