in ,

Raikan Raya Secara Unik Dengan Barang Keperluan Harian Percuma Dari Celcom

Usaha dan dedikasi Celcom Axiata Berhad (Celcom) untuk menyokong semua rakyat Malaysia semasa penularan wabak COVID-19 diteruskan dengan menawarkan peluang unik bagi pelanggan untuk memenangi barangan keperluan harian percuma selama setahun daripada jumlah wang tunai terkumpul bernilai RM500,000!

Di sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan Aidilfitri yang bakal tiba, rakyat Malaysia boleh meraikan perayaan tersebut pada tahun ini dengan berbeza dan kreatif kerana syarikat telekomunikasi tersebut menawarkan peluang untuk memenangi barang keperluan harian secara percuma. 

Mulai 12 Mei 2020 sehingga 31 Julai 2020, semua pelanggan prabayar Celcom Xpax dan pelanggan pascabayar Celcom yang layak,berpeluang memenangi BARANG RUNCIT/BARANG KEPERLUAN HARIAN PERCUMA SELAMA SETAHUN daripada jumlah bernilai RM500,000 yang akan diberikan.

celcom

Untuk mengambil bahagian dan memperoleh penyertaan, pelanggan Celcom hanya perlu melakukan transaksi seperti membeli pas Internet, mendaftar pelan baru, membayar bil dan banyak lagi. Urus niaga ini boleh dilakukan secara dalam talian atau di mana-mana cawangan bluecube Celcom dan wakil Celcom yang sah. Sepanjang tempoh peraduan, dengan semakin banyak transaksi yang dilakukan oleh pelanggan di akaun mereka yang aktif, maka semakin tinggi peluang mereka untuk menang.

Untuk memastikan pemenang mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam menebus barang runcit/keperluan asas di seluruh negara, pemenang akan mendapat kredit e-dompet Boost di akaun Boost mereka. Pemenang mingguan akan menikmati kredit runcit bernilai RM100 manakala pemenang kategori satu tahun akan menerima kredit runcit RM1,000 selama 12 bulan berturut-turut, dalam aplikasi Boost. 

Pelanggan Celcom boleh memeriksa entri terkumpul mereka melalui aplikasi Celcom Life. Pemenang akan ditentukan berdasarkan penyertaan yang dikumpulkan setiap minggu (Isnin hingga Ahad) untuk Hadiah Mingguan dan setiap bulan (Mei, Jun dan Julai) untuk Hadiah kategori satu tahun. Senarai pemenang akan diumumkan di halaman kempen Raya Celcom atau dimaklumkan melalui aplikasi Celcom Life.

Selain itu, untuk meraikan semangat Ramadan dan Raya yang meriah, semua pelanggan Celcom bakal menikmati akses tanpa had untuk aplikasi WhatsApp secara percuma sehingga 30 Jun 2020, dan akses tanpa had percuma ke aplikasi Microsoft Office 365 bagi yang bekerja dari rumah sehingga 9 Jun 2020. Di samping itu, mulai 12 Mei hingga 30 Jun 2020, pelanggan Celcom juga dapat menikmati akses tanpa had PERCUMA ke MuslimPro, aplikasi mudah alih Islam dengan kandungan waktu solat yang tepat, jam azan, Al-Quran audio penuh, panduan restoran & masjid Halal, pencari arah kiblat, kalendar Hijriah Islam dan banyak lagi. MuslimPro boleh didapati di App Store (iPhone), Google Play (Android), BlackBerry World dan laman web di www.muslimpro.com.

celcom

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata ketika rakyat Malaysia menyesuaikan diri dan menghadapi situasi yang mencabar ini, Celcom menawarkan kepada pelanggannya peluang yang lebih menarik dan unik untuk mereka menyambut Ramadan dan Raya ini secara berbeza dan kreatif.

“Kami berbangga melihat rakyat Malaysia bersama-sama berjuang meratakan lengkungan wabak dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu kami ingin meringankan beban mereka dengan menyalurkan bantuan istimewa. Pelanggan kami terus aktif secara digital, sama ada dengan penstriman video untuk resipi kegemaran mereka dan pelbagai kandungan digital, sehingga berkongsi momen perayaan yang tidak dapat dilupakan. Kini pelanggan mempunyai  peluang memenangi barang runcit PERCUMA apabila mereka melakukan transaksi dengan Celcom. 

“Celcom bekerja dengan cara yang berbeza untuk memastikan pelanggan kekal berhubung, serta membolehkan pelanggan menggunakan cara baru dan kreatif untuk menyambut Ramadhan dan Raya nanti. Mari kita terus memainkan peranan kita dan meraikan Ramadan (#StaySafe #RamadanKu) dan Raya yang akan datang (#StaySafe #RayaTetapBersama) dengan rasa syukur dan sabar,” tambah Idham.  

celcom

Celcom akan menyampaikan beberapa pengumuman dalam masa terdekat ini, dan pelanggan boleh layari laman web kami di www.celcom.com.my  atau Facebook dan Twitter Celcom, untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini. 

What do you think?

982 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinarkan Syawal Ceria di Rumah Bersama RTM

Tahniah! Zul Huzaimy Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah ASWARA