Simon Tersingkir Dari One In A Million

Pada Konsert One In A MIllion 10 April lalu, Simon telah tersingkir apabila mendapat markah terendah iaitu 7.55 peratus.

Persembahan Simon yang membawa lagu  Livin’ On A Prayer minggu lalu dikatakan ‘hambar’ Lagu Livin’ On A Prayer dan dikritik teruk oleh Paul Moss. Ini kerana Simon tidak keluar daripada bayang-bayang penyanyi asal lagu tersebut iaitu Bon Jovi.

Simon buat persembahan terakhirnya semalam menerusi lagu Ku Mohon oleh Datuk Sheila Majid.

Apa komen Simon dengan penyingkiran ini?

“Saya berasa sedih dengan penyingkiran ini dan akan merindui mereka semua. Bagaimanapun, saya tidak terkejut apabila disingkirkan pada minggu ini. Saya tidak takut apa-apa tetapi ia lebih menggalakkan saya untuk terus mara ke hadapan. Selepas ini saya merancang untuk bekerja semula seperti biasa dan menghasilkan album pertama saya yang mengandungi campuran lagu Melayu dan Inggeris.”

Kini, tinggal lima peserta iaitu Tomok, Amylea, Aweera, Esther dan Nine untuk meneruskan perjuangan mereka dalam program realiti yang dihoskan oleh Marion Caunter dan Awal Ashaari.

Bertemakan minggu bersama mentor Sheila Majid, para peserta diberi tugasan untuk menyanyikan lagu-lagu popular Ratu Jazz itu.

Amylea memulakan persembahan dengan lagu Dia, diikuti oleh Nine (Pengemis Muda), Aweera (Antara Anyer dan Jakarta), Esther (Lagenda), dan Tomok (Aku Cinta Pada Mu) manakala lagu Jatuh dinyanyikan secara berkumpulan.

Persembahan mereka dikritik oleh pengkritik tetap iaitu Syafinaz Selamat dan Paul Moss sementara Sheila Majid sebagai pengkritik undangan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Win An All Expenses Paid Trip For Two To London

Aweera Akan Lakukan Perubahan Minggu Depan