Aweera Akan Lakukan Perubahan Minggu Depan

DIpetik dari Portal GUA:

Aweera Berlagak Diva?

Sejak minggu kegemilangannya di mana dia dianugerahkan imuniti selepas mendendangkan lagu “Gemilang”, setiap percubaan Aweera gagal memuaskan hati juri.

Didedah para juri sendiri, Paul Moss dan Syafinaz, faktor utamanya keengganan Aweera untuk mengambil nasihat yang diberikan dan mencuba cara nyanyian dan genre muzik selain rock 80-an.

“Dia berbakat tetapi dia perlu mengikut peredaran masa. Namun apa yang kita cakapkan tidak diendahkan kerana dia merasakan itulah yang diinginkan peminatnya,” luah mereka berdua.

Tetapi, menurut tuan empunya diri, bukannya dia tidak menerima teguran. Cuma dia bimbang disebabkan lagu itu banyak pengikutnya, jika terlalu merubah lagu itu ia akan kedengaran lain.

“Tak salah nak tukar rentak asal tapi benda ini perlu dilakukan secara perlahan. Saya taknak kelam kabut kerana saya masih baru. Saya menerima teguran juri dan belajar dari kesilapan. Berilah saya masa untuk berubah. Minggu depan saya akan lakukan lebih lagi. Sekarang ini saya tengah mengumpulkan bahan-bahan untuk memberi kelainan,” jelas Aweera.

Tapi tak bahaya ke menunggu sehingga begitu hampir ke penghujung pertandingan untuk melakukan perubahan?

“Tengoklah minggu depan, pasti ada kelainan. Saya akan berubah dengan lebih ketara. Saya masih baru dan perlu belajar dari orang yang lebih berpengalaman. Jadi saya terima komen-komen juri.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Simon Tersingkir Dari One In A Million

Suki Kedekut Kerjasama?