in , ,

Siasatan Dalaman Selesai, Shuk Sahar Bersalah Langgar Terma Perjanjian di Hot FM, Kontrak Ditamatkan

Pengurusan stesen radio Hot FM mengumumkan kontrak penyampai, Shuk Sahar yang sebelum ini digantung kerja, berakhir pada 19 Febuari 2021.

KRISIS rumah tangga dan isu curang melibatkan penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya memakan diri apabila siasatan dalaman pihak pengurusan stesen itu mendapati dia bersalah. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, keputusan itu dicapai selepas pihaknya mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini (Khamis).

Sebelum ini, perkhidmatan Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, digantung pada 24 Januari lalu bagi memberi ruang kepada pengurusan Hot FM membuat siasatan dalaman terperinci terhadap isu dirinya yang tular dalam media sosial.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, berkata siasatan dalaman mendapati Shuk melanggar kontrak perkhidmatan sebagai penyampai Hot FM.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

“Ini diputuskan selepas selesai siasatan dalaman yang mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk, seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatan beliau sebagai penyampai radio Hot FM.

“Shuk sudah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Shuk mengendalikan segmen Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Shuib. Shuk juga mengacarakan program hiburan terbitan TV3 seperti I Can See Your Voice Malaysia dan Jenaka Kampung Kalut (JKK).

Baru-baru ini, pergolakan rumah tangga Shuk kembali hangat diperkatakan apabila isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera, mendakwa suaminya curang.

Menerusi beberapa entri yang dimuat naik di Instagram (IG), Sera mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Shuk juga pernah dikaitkan dengan seorang wanita, Julai tahun lalu.

Anida berkata, pengurusan Hot FM mengumumkan segmen GPH menampilkan wajah baharu mulai Isnin lalu, menerusi gandingan Fizie dan penyampai baharu, Mark Adam.

Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengunduran Shuib pada hujung Januari lalu.

“Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘​facelift’​ kepada GPH dengan kemasukan Mark. 

“Reputasi Mark sebagai penghibur versatil memberi nafas segar untuk segmen GPH. 

“Harapan kami agar pendengar terus menyokong Hot FM. Kami menjanjikan pengisian terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” katanya.

Pendengar boleh ikuti telatah gandingan baharu GPH bersama Fizie dan Mark setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pendatang Baru Kelahiran Sarawak, Assya Yen Lancar Single Berjudul DIANTARA

Betul Ke Aman Ra & Isteri Disantau Oleh 2 Wanita?