in ,

Betul Ke Aman Ra & Isteri Disantau Oleh 2 Wanita?

Lagi kes melibatkan selebriti disihir! Selepas Aeril Zafrel dan Andi Bernadee memaklumkan diri mereka telah disihir, terbaru penyanyi rap popular, Aman Ra dan isteri pula dikatakan mengalami nasib yang sama.

Pendedahan itu dibuat oleh isteri Aman, Natiqah Rahmat yang berkongsi berita tersebut di laman Instagram miliknya sebentar tadi. Berdasarkan hantaran tersebut, difahamkan terdapat seorang wanita yang disapa oleh Natiqah sebagab ‘Mama’ memaklumkan bahawa mereka (Natiqah dan Aman) telah disihir.

Betul Ke Aman Ra & Isteri Disantau Oleh 2 Wanita?

Dua Wanita Dalang Sihir

Ketika Natiqah bertanyakan kepada ‘Mama’ mengenai siapakah dalang disebalik amalan syirik itu, wanita tersebut memberi bayangan bahawa ia terdiri daripada dua orang wanita selain turut memberi perincian mengenai anggota tubuh badan mereka yang telah disihir.

Betul Ke Aman Ra & Isteri Disantau Oleh 2 Wanita?

Dalam hantaran itu, Natiqah mengambil kesempatan untuk berterima kasih atas doa dan semangat yang dtitipkan buatnya.

“Terima Kasih Semua Untuk Doa-Doa Dan Kata Semangat. I Can’t Thank Enough. Saya Sangat Sangat Hargai. Untuk Saya Doa Tu Besar Sangat Hadiah Dari Anda Semua” Tulisnya.

Terdahulu, Natiqah mendakwa suaminya telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain termasuklah pelantun Bangun itu sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siasatan Dalaman Selesai, Shuk Sahar Bersalah Langgar Terma Perjanjian di Hot FM, Kontrak Ditamatkan

tony fernandes airasia-2020

Sambutan Tahun Baharu Cina Dimeriahkan Dengan Kod Promosi RM8 oleh airasia