in , ,

Pendatang Baru Kelahiran Sarawak, Assya Yen Lancar Single Berjudul DIANTARA

Meskipun negara sedang menghadapi ancaman Covid-19 dan pandemik, tapi tidak mematahkan semangat Assya untuk berjuang dalam bidang seni dan nyanyian, Assya memiliki kualiti suara yang unik dan mempunyai raut wajah yang cantik sekali gus, gadis berketurunan Melanau ini mempunyai pakej yang lengkap untuk berada di dalam industri tanahair.

Selain mempunyai bakat dalam nyanyian, Assya juga seorang model, ini menarik perhatian syarikat rakaman Hotsound Record untuk memanggil Assya menjadi artis naungan mereka, dan lagu DIANTARA ciptaan komposer muda, Aliff Hassan, Muluk & Hariz, menjadi pilihan untuk diberikan kepada Assya.

Assya Yen

Diantara adalah lagu yang mengisahkan kesedihan dan kekecewaan yang kuat selepas ditinggalkan seseorang  yang dicintai tanpa apa apa alasan dan jawapan, lagu sedih yang berentak pop balada ini dapat memberi pendengar menghayati bait bait lirik sedih yang dibawakan oleh suara yang unik dari Assya Yen, dan berharap lagu ini dapat diterima oleh semua masyarakat dan radio radio tempatan

Lirik Video “Diantara – Assya Yen” telah di riliskan pada 14 Februari 2021 boleh di layari di Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=0DvgbPydkdM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tri.be | 19

Kumpulan Idola K-Pop Wanita Korea TRI.BE Lancar Single Berjudul DA LOCA

Shuk Sahar 150X150 1 | 20

Siasatan Dalaman Selesai, Shuk Sahar Bersalah Langgar Terma Perjanjian di Hot FM, Kontrak Ditamatkan