in ,

Siapa Pemenang R U Tough Enough 2018?

R U Tough Enough? Kini Kembali, Kali Ini Untuk Mencari Insan Paling Gagah di Asia Tenggara!

Adakah rakyat Malaysia paling gagah di Asia Tenggara? Inilah yang ingin dibuktikan oleh Fisherman’s Friend dan KIX HD. Pertandingan tahunan R U Tough Enough? dibawa kembali oleh KIX HD (Saluran Astro 729) dengan kerjasama Fisherman’s Friend, dan acara tahun ini sememangnya lebih hebat daripada edisi lalu.

Peserta akhir dari enam negara di Asia Tenggara – Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam akan bertanding merebut gelaran “Southeast Asia’s Toughest” dan berpeluang memenangi hadiah utama bernilai US$15,000 (RM61,900)!

RUTE 2017 winner Vincent Mallang in action during one of the circuit challenges in RUTE 2017 (2)

Fisherman’s Friend dan KIX HD sedang mencari peserta lelaki dan wanita yang mempunyai kekuatan fizikal, kecekalan mental dan ketahanan emosi untuk bersaing dengan peserta dari lima negara lain demi membuktikan mereka adalah yang paling gagah. Pengambilan peserta untuk menyertai R U Tough Enough? Southeast Asiaakan bermula dari sekarang hingga 15 Oktober melalui laman web rasmi: www.KIX-TV.com/tough. Pemohon juga boleh mendaftar melalui aktiviti Tough Trooper di bandar masing-masing.   

“Setiap tahun R U Tough Enough? berkembang dari segi skop, saiz dan penyertaan dan kini kami sungguh gembira dapat membawa pertandingan ini ke peringkat Asia Tenggara.”

“Kami sedang mencari insan paling gagah di Asia Tenggara dan amat teruja menjemput semua orang yang mempunyai cerita tentang kegagahan untuk menyertai kami! Ia bukan hanya pertarungan tubuh badan tetapi juga kekuatan minda, dan kami mengalu-alukan semua peserta yang gagah untuk turut serta dan tunjukkan kehebatan mereka!”  


Betty Tsui, Timbalan Presiden Programming untuk KIX.

Pada tahun ini, Duta R U Tough Enough? Southeast Asiayang dipilih adalah seorang jurulatih kecergasan Malaysia yang dinamik: Ishaq Vadillo. Sebagai seorang anak muda yang membantu keluarganya yang menghadapi masalah kesempitan kewangan, beliau seringkali diberitahu bahawa beliau terlalu muda dan juga tidak diendahkan. Namun begitu, beliau tetap berusaha melakukan pelbagai kerja sebelum mula berminat terhadap bidang kecergasan.

Beliau menasihati semua peserta R U Tough Enough? supaya “Cabarlah diri sendiri; mana tahu, anda mungkin mencungkil bakat terpendam untuk mencapai kejayaan yang besar. Semuanya bermula dengan kecekalan dan ketekunan.”

Ishaq Vadillo, R U Tough Enough Southeast Asia 2018 Advocate (2)

R U Tough Enough? Southeast Asiadibuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Untuk menyertainya, anda boleh memohon secara dalam talian di www.KIX-TV.com/toughselewat-lewatnya 15 Oktober atau di roadshowTough Trooper di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Calon yang terpilih akan dijemput untuk sesi ujibakat tertutup dan empat finalis akan dipilih untuk mewakili Malaysia bersama pemenang edisi 2017, Vincent Mallang, seorang jurulatih kecergasan dari Sarawak. Seterusnya, semua finalis akan berentap dalam acara “Final Showdown” di Sunway Pyramid pada 2 Desember.    

Sejak pelancarannya di Malaysia pada tahun 2014, R U Tough Enough?telah melebarkan sayapnya ke Filipina, Thailand, dan Indonesia. Pada tahun ini, pertandingan ini diadakan buat pertama kalinya di Singapura dan juga akan diperkenalkan ke Vietnam. Sepanjang program ini berlangsung, ia telah menarik minat beribu-ribu peserta dari pelbagai negara dan telah menobatkan ramai juara yang membuktikan sambutan hangat pertandingan ini di Asia Tenggara.   

R U Tough Enough? Southeast Asiadipersembahkan oleh Fisherman’s Friend, gula-gula tekak yang kuat dengan faedah tambahan, dan rakan kecergasan Celebrity Fitness, rakan penyiaran Astro, penaja lokasi Sunway Pyramid, dan rakan hotel rasmi Dorsett Grand Subang.  

Dapatkan maklumat terkini tentang pertandingan melalui saluran media sosial KIX HD termasuk Facebook: facebook.com/KIXAsia, Twitter: @KIXAsia, dan Instagram: @KIXAsia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Ara Johari & Masya Masyitah

Siaran ONE CHAMPIONSHIP 2018 di RTM