in

Siaran Luar Rumah Terbuka JoHaRa Pagi ERA 2016

Seperti tahun-tahun lalu, JoHaRa Pagi ERA tidak pernah jemu untuk menceriakan pagi anda! Tahun ini, mereka bakal menganjurkan Siaran Luar Rumah Terbuka JoHaRa sama seperti tahun-tahun lalu.

Pada hari tersebut, JoHaRa turut meraikan 40 tetamu istimewa sempena Syawal yang mulia ini. Rumah Terbuka JoHaRa yang di anjurkan secara sederhana ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim bersama para artis, tetamu istimewa dan juga pihak media dalam meraikan Aidilfitri.

Turut memeriahkan lagi majlis tersebut, adalah barisan artis tempatan yang semestinya akan menceriakan suasana, antaranya Hyperact, Forteen, Caliph Buskers, Azhael, Syamel AF, Firman AF, Sufi AF, Dr Ezani (Masterchef), Imelda (Masterchef), Imran Ajmain, Sazrin, Zahid, Wani Kyrie, Achey dan ramai lagi!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iklan Hari Raya Aidilfitri 2016 TNB LEPAS TU

Siri Komedi Terbaru VICE PRINCIPALS di HBO