in , ,

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Ara Johari & Masya Masyitah

Untuk penghujung bulan Oktober ini, Budiey dengan kerjasama Tony Roma’s akan terus menganjurkan peraduan LEPAK & MAKAN bersama selebriti yang bakal diadakan di Restoran Tony Roma’s, cawangan Melawati Mall. Untuk kali ini, giliran dua orang penyanyi remaja Ara Johari & Masya Masyitah. Buat peminat, tunggu apa lagi! Inilah masanya nak hangout dengan  Ara Johari & Masya Masyitah!

Untuk bulan ini, ada tiga orang selebriti akan ditampilkan bersama korang makan-makan! Nah tunggu apa lagi, sertai peraduan mudah ini!

Pada awal 17 Oktober 2018 lalu, Budiey telah berjaya mengadakan pertemuan 10 orang peminat Syamel di LEPAK & MAKAN di Tony Roma’s. Budiey sangat happy sebab segala perancangan berjalan lancar. Syukurlah segalanya berjalan lancar. Tahniah buat 10 orang pemenang.

Untitled

Ternyata, acara makan malam yang cukup santai meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir. Selain dapat menikmati hidangan terbaru dari restoran terkemuka ini, semua nampak sangat gembira dapat berbual-bual bersama Syamel.

Untuk pengetahuan pembaca, dalam sebulan, Budiey akan menganjurkan dua sessi makan dan lepak secara santai bersama selebriti. Jadi,inilah masanya untuk korang mengenali dan bergambar dengan lebih dekat dengan artis pujaan anda!

Untuk setiap sesi tu, seramai 5 orang Budieyators akan dipilih untuk makan-makan sampai kenyang bersama seorang selebriti. Setiap pemenang dapat bawa seorang teman. Amacam?

Ara Johari

Okay, untuk makan malam seterusnya, sesi ke-5… giliran Ara Johari dan juga Masya Masyitah pula.

Ara Bunga

ARA JOHARI

Penyanyi remaja wanita yang sedang meningkat naik ini menapak populariti apabila terpilih menjadi salah seorang finalis Akademi Fantasia 2016 (AF 2016) dan peserta AF Megastar. Kemudian, Ara pernah tercalon sebagai Artis Baru Terbaik (Wanita) di Anugerah Planet Muzik 2017.

Pemilik nama Nurfarrah Izzatie Johari, 20, atau lebih mesra dengan panggilan Ara ini kembali menggegarkan industri hiburan tanah air sekali lagi dengan sebuah single terbaru berjudul PAKU.

Ara Bunga

Finalis Akademi Fantasia 2016 (AF 2016) ini mula mendapat perhatian sejurus berakhirnya rancangan pertandingan nyanyian televisyen realiti terbabit kerana vokal lantang lagi bertenaga telah memukau penonton. Bakat yang dipamerkannya setiap kali membuat persembahan di atas pentas dari konsert minggu pertama sehingga konsert akhir di mana beliau mendapat tempat keempat.

Single ‘Warkah Untukku’ nyanyian Ara pada konsert akhir AF 2016 ternyata menjadi hit serta merta dan sering dimainkan di corong-corong radio muzik tempatan serta menjadi siulan anak-anak muda di luar sana dengan tontonan melebihi 10 juta di laman sesawang YouTube.

Jika dalam single terdahulu, Ara memilih genre balada rock yang sememangnya sesuai dengan vokal beliau, kini dengan single PAKU, beliau mempertaruhkan lagu yang lebih rancak, diadun pula dengan kemantapan serta kehebatan dinamik vokal beliau.

MASYA MASYITAH

Masya Masyitah Menerusi Lagu MAWAR TERBIAR

Pada tahun lepas, Masya berjaya mengharumkan nama Malaysia setelah dinobatkan pemenang tempat kedua bagi kategori vokal sewaktu bertanding di Hong Kong International Music Festival 2016 dengan menyanyikan lagu penyanyi popular dari Taiwan iaitu Wang Lee Hom yang berjudul ‘Ni Bu Zhi Dao De Shi’ selain fasih dan mahir bertutur dalam bahasa Mandarin kerana mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah.

Terbaru, selepas tampil dengan single ‘MAWAR TERBIAR, Masya Masyitah bekerjasama pula dengan tiga jejaka untuk single terbaru yang lebih rancak berjudul HALIMUNAN.

Satu percubaan yang sangat berani dari penyanyi jelita ini. Lagu ini menguji kebolehan vokal Masya yang bersuara lantang.

MASYA MASYITAH HALIMUNAN

Kali ini penyanyi wanita bersuara lantang ini bekerjasama dengan tiga orang jejaka berbakat iaitu Omar K, Blaine Bakri dan juga John Jeevasingham selaku komposer dan penulis lirik ‘Halimunan’. Genre yang dibawakan untuk lagu ini agak berlainan dari lagu Masya yang sebelumnya.

Lagu ini lebih berentak ‘pop’ yang mana dirasakan lebih bersesuaian dengan umur serta trend muzik terkini.

Jadi, kepada korang yang menjadi peminat atau pengikut setia Ara Johari dan Masya Masyitah, jangan lupa sertai peraduan ini ya.

MASYA MASYITAH HALIMUNAN

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Ara Johari & Masya Masyitah di Restoran Tony Roma’s

Anda menjadi peminat setia dengan Ara Johari dan Masya Masyitah? Tak pernah jumpa dan makan-makan bersama beliau? Haa, ini adalah peluangnya.

Budiey ingin mencari 5 orang peminat tegar penyanyi berbakat besar, Ara Johari dan Masya Masyitah untuk Lepak & Makan Bersama di Restoran Tony Roma’s pada 31 Oktober 2018.

Semasa dinner tu, pemenang bertuah berpeluang untuk borak-borak sambil makan kenyang-kenyang, boleh ambik gambar sepuas hati dalam suasana santai yang lebih intimate bersama Ara Johari dan Masya Masyitah.

Korang ingin hadir di acara santai ini sambil menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh Tony Roma’s? Jom sertai peraduan ini. Tak susah pun sebenarnya.

Senang sahaja. Anda hanya perlu hanya jawab soalan di bawah sahaja.

Jangan lupa tag @budiey @arajohari @masyitah_masya @trmalaysia pada posting di Instagram tersebut. Posting dengan caption PALING kreatif akan mendapat peluang untuk menang pass ke acara ini dan anda akan dapat menang 2 pass, haaa bolehlah bawa kawan seorang untuk menemani anda.

Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Ingat hashtag ini: #LepakMakanAraMasyaTonyRomas #budiey #budieyators #tonyromas

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang konsert ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Jawab soalah ini:

Ara Johari & Masya Masyitah berada di sebuah pengurusan yang sama. Namakan pengurusan tersebut.

Anda juga perlu buat satu posting samada gambar & video di Instagram anda berkenaan acara santai ini. Jangan lupa tag @budiey @arajohari @masyitah_masya @trmalaysia serta hashtag: #LepakMakanAraMasyaTonyRomas #budiey #budieyators pada posting tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan juga. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang 2 pass!

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui E-MEL bersama jawapan pada soalan di bawah.

Slogan: Saya mahu makan dan lepak bersama Ara Johari & Masya Masyitah di Tony Roma's kerana.... (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Ara Johari & Masya Masyitah 

Tarikh tutup peraduan:

30 Oktober 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau panggilan telefon.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Tony Roma’s dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan restoran dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Ara Bunga

Masya Masyitah Menerusi Lagu MAWAR TERBIAR

Masya Masyitah Menerusi Lagu MAWAR TERBIAR

Copy of MasyitahMasya 12

Lagu PAKU Ara Johari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu BIDADARI Ismail Izzani

Siapa Pemenang R U Tough Enough 2018?