in , ,

Shuk Sahar Kongsi Momen Terakhir Berada Di Rumah Mewah

PELAWAK Shuk Sahar akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada rumah miliknya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor selepas ia berjaya dijual kepada pemilik baharu.

Berapa bulan lalu, pelawak Shuk Sahar memaklumkan mahu mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Perkara tersebut disahkan oleh Shuk sendiri dan memberitahu dia kini sedang sibuk dengan proses mengemas barang-barang di rumah tersebut.

“Betul saya telah jual rumah itu. Sekarang tengah sibuk mengemas barang,” katanya ringkas.

Terdahulu, bekas penyampai radio Hot FM ini berkongsi video kerja-kerja membawa keluar dan memindahkan perabot di kediaman berkenaan.

Menerusi ruangan kapsyen, Shuk mengucapkan selamat tinggal kepada rumahnya itu dan berharap kehidupannya lebih baik selepas ini.

“InsyaAllah ada yang lebih baik. Selamat tinggal Fareea (nama perumahan tersebut),” tulisnya.

Sementara itu meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen masih bercakap tentang isu curangnya sebelum ini dan menganggap rumah tersebut terpaksa dijual gara-gara perbuatannya itu.

“Bila aniaya isteri, Allah tunjuk terus kifarahnya. Semoga dipermudahkan urusan.

“Cari semula mana kebahagian kamu. Perjuangkan demi anak dan masa depan. Orang ketiga itu hanya ujian diberikan oleh Allah.

“Bila buat tak fikir masa akan datang. Bila dah terjatuh baru nak menyesal,” komen netizen.

Status hubungan Shuk dan Sera terus jadi tanda tanya.

Dalam satu perkongsian di laman sosial miliknya sebelum ini, Shuk pernah mendedahkan dia berdepan dengan kesukaran akibat kontroversi curang terhadap isterinya.

Gara-gara itu dia berhajat untuk menjual rumah tersebut yang ketika itu bernilai RM1.2 juta.

Status rumah tangga Shuk dan dan isteri, Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas wanita itu mahu memfailkan perceraian pada November tahun lalu.

Dalam video dikongsikan itu, turut memaparkan proses memindahkan barang rumah dari kediaman dua tingkat tersebut. Shuk turut menyertakan kapsyen mengatakan bahawa mungkin ada rezeki lebih baik di masa akan datang.

Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berterusan meninggalkan komen mengenai isu kecurangannya serta mengatakan ianya balasan kerana curang dengan isterinya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen bersimpati dengan nasib pelawak itu serta berharap Shuk belajar di atas apa yang berlaku.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dikecam Tak Boleh Nyanyi ‘Live’, Rupanya Arwah Ayah Amy Search Dah Pesan

Siaran Langsung “Iris Wanita”, Bual Bicara Terbaharu