in , ,

Dikecam Tak Boleh Nyanyi ‘Live’, Rupanya Arwah Ayah Amy Search Dah Pesan

Walaupun dilempar kata-kata sinis seperti dianggap sudah tidak boleh menyanyi dengan baik, vokalis Search, Amy, tetap berpegang teguh pada nasihat arwah ayahnya.

Amy yang bertahan lebih empat dekad dalam pentas muzik rock mengakui, nasihat Abdul Rahman Omar membuat dia selalu berlapang dada dengan segala kritikan dan tohmahan yang sampai.

Katanya, azimat yang diberi arwah ayahnya itulah menjadi penguat semangat untuk menempuh dugaan sepanjang tempoh menjadi penghibur sehingga usianya mencecah 64 tahun pada 28 Julai ini.

“Arwah ayah berkata, jika hari ni saya popular, tak mustahil suatu hari nanti apabila usia dah meningkat atau tidak berkemampuan menyanyi, orang akan caci.

“Ayah juga sering mengingatkan saya agar berjiwa besar menerima segala komen,” katanya.

Namun, Amy tidak pasti mengapa segelintir pihak mempertikaikan kemampuannya sebagai penyanyi gara-gara tindakan menghulur mikrofon kepada peminat ketika membuat persembahan.

Jelasnya, menghulur mikrofon itu bukanlah sesuatu perkara baru atau kerana vokalnya ‘pancit’ malah sudah menjadi kebiasaan dia mengajak peminat menyanyi bersama.

“Saya tak pasti mengapa disebabkan tindakan beri mikrofon kepada peminat orang dengan mudah menyimpulkan saya tak boleh menyanyi,” katanya.

Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran buku ke-11 penulis Ashikin M di Petaling Jaya kelmarin.

Enggan kata-kata negatif menguasai minda, penyanyi Aku Dah Bosan itu menyifatkan persembahannya pada Konsert Endemik Search, di Zepp Hall, Kuala Lumpur selama dua hari berturut-turut itu sebagai pencapaian luar biasa.

Konsert yang dibawakan LOL Asia itu turut dijayakan tiga pemuzik otai lain iaitu Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal yang juga anggota asal kumpulan rock legenda berkenaan.

Pun begitu, kata Amy, dia dan seluruh pasukan yang beraksi di Zepp Hall itu berdepan kesulitan apabila mengalami demam dan seperti sakit-sakit badan sebelum persembahan.

“Tapi alhamdulillah, ketika konsert itu, semuanya baik-baik saja,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas kehadiran keluarga pemain dram Search, Allahyarham Yazit Ahmad, pada konsert tersebut, Amy berkata, dia menghargai hubungan akrab yang terjalin antara mereka.

“Kami sangat akrab dengan keluarga Allahyarham Yazit. Isterinya, Ramlah dan anaknya, Shafiqa memberi sokongan dan datang ke konsert kami.

“Selain itu, banyak perkara saya tolong selesaikan. Contohnya, bayaran royalti seperti dipesan arwah. Jika ada show di mana-mana, sejak arwah sakit, kami beri bahagiannya kepada keluarga dia.

“Ni tanggungjawab. Saya pernah berjanji ketika arwah sakit. Saya katakan pada kawan-kawan, ni tugas kita,” katanya.

Lagi pesanan dari Ayah Amy

“Ini famili aku. Gmbo ni gmbo masa Hari Raya. Hmpir stiap kali raya kite org akn amik utk kenangan. Ayah meninggal awal 90an kire slps meletop nya lgu Isabella. Dgn lgu tu juga ayah dn emak merestui profesion aku. Stiap kali nk balik kl bila cium tngn ayah, dia akn pesan, be humble my son. Satu lgi ayah pernah pesan… ” jika satu hari ada di antara kamu yg berebut rebut soal hak hingga jdi satu pertelingkahan, pergi lah, jauhi lah, hindari lah kerna di situ yg ada hnya kerugian. Yg tinggal hnya kutukan dn cacian. Kamu jgn jdi golongan org2 yg rugi, yg jln nya sngt sempit apa lgi pemikiran nya. Sedangkn kamu ada jln luas dn redha lah dgn kenyataan Nya. Jdi lah manusia yg humble kerna kamu tk punya apa di dunia ini. ” Aku masih ingt pesanan ini. Alfatihah buat ayah..”

Amy Search Mengadap Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi rock tersohor negara, Amy Search.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman hadir bersama gitaris, Hillary Ang dan Man Kidal serta pemain bass, Nasir Daud.

Pada pertemuan bersama Sultan Johor, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain daripada kumpulan Search.

Pada 4 dan 5 Jun lalu, Amy mengadakan Konsert Search Endemik 2022 yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur selama lebih dua jam dengan dendangan 22 buah lagu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dj Lin | 20

Kesihatan Ibu Merosot, Dj Lin Mohon Doa Dari Semua

Shuk Sahar 150X150 1 | 21

Shuk Sahar Kongsi Momen Terakhir Berada Di Rumah Mewah