in , , ,

Shuk Sahar Digantung Kerja Serta Merta Sebagai Penyampai Hot FM

Pelawak dan pengacara, Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar atau dikenali sebagai Shuk Sahar digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap penyampai radio berusia 35 tahun itu.

Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan bahawa perkhidmatan penyampai radio, Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk digantung serta merta. 

Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial. 

Geng-Pagi-Hot-fm

Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM  selepas siasatan dalaman selesai.

Terdahulu, kisah kemelut rumah tangga pelawak itu sekali lagi memuncak apabila isterinya, Rossalenna Natassyiah Asshaferah mendedahkan kecurangan Shuk bersama wanita lain menerusi laman Instagram beberapa hari lalu.

Rossalenna mengatakan bahawa suaminya tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita sama yang pernah didakwa sebagai kekasih gelapnya sehingga terpaksa mendedahkan kejadian tersebut kepada umum.

Pasangan tersebut berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kekasih Gelap Shuk Dapat Mesej Makian Netizen Selepas Nombor Telefon Tersebar

Fara Salleh Mengaku Skandal Dengan Shuk Sahar Sudah Berakhir