in

Fara Salleh Mengaku Skandal Dengan Shuk Sahar Sudah Berakhir

TAKUT dengan pelbagai ugutan daripada individu tidak dikenali, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan penyampai radio, Shuk Sahar tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan.

Menurut wanita dikenali sebagai Fara Salleh, 28, dia kesal apabila isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah bertindak menyebarkan maklumat peribadinya termasuk alamat rumah dan nombor telefon bimbit.

“Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang ugut nak bunuh… sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.

“Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,”

– Fara Salleh

Dia temui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya selepas ‘diserang’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di kediamannya.

Menurut Fara kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, Rossalennah hadir ke rumahnya dan mendakwa dia menyembunyikan Shuk di dalam rumah.

Bagaimanapun Fara enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.

“Saya diserang dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan Agama Islam Selangor dan polis… biar pihak berkuasa yang periksa rumah saya.

“Selain itu saya bagi pilihan lain iaitu dengan mengajak dia melakukan panggilan video dan saya akan buat home tour… dia boleh tengok ada atau pun tidak,”

– Fara Salleh

Sementara itu ditanya sama ada dia masih menjalinkan hubungan dengan Shuk seperti yang didakwa, dia mengakui segalanya sudah berakhir.

“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!”

– Fara Salleh

Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

*Sumber: mStar

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Shuk Sahar Digantung Kerja Serta Merta Sebagai Penyampai Hot FM

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan di Malaysia