in

Shuib Tinggalkan Stesen Radio Suria FM Sebab Nak Fokus Bisnes

Selepas lebih setahun menjadi penyampai di segmen Morning Morning Suria, kini kerjasama Suria FM bersama Shuib telah berakhir berkuat kuasa pada 4 Disember 2023 (Isnin) hari ini.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), “Kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik bagi Suria FM dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 lalu melibatkan kolaborasi khas dengan Shuib untuk beberapa tempoh sahaja disamping beliau ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaannya yang semakin berkembang. 

Shuib Tinggalkan Stesen Radio Suria FM Sebab Nak Fokus Bisnes

“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.

Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami.

Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,”

– Roslinda Abd Majid (DJ Lin)
Shuib Tinggalkan Stesen Radio Suria FM Sebab Nak Fokus Bisnes

Walau bagaimanapun, Suria FM turut berharap untuk terus menjalin kerjasama dengan Shuib dalam pelbagai inisiatif pada masa mendatang. Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai. 

Terus dengarkan Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat daripada 6.00 pagi hingga 10.00 pagi. 

Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengarah Filem Kini Menjadi Penjual Nasi Lemak Mohon Sokongan Orang Ramai

“Saya Tak Ganggu Hak Orang! Jangan Dengar Dari Orang Luar,” – Adami Hairi