in ,

Shuib Mohon Padam Foto & Video Isteri Tak Tutup Aurat

Shuib memohon kepada orang ramai agar tidak mengeluarkan atau memuat naik foto atau video Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Pelawak dan usahawan, Shuib memohon kepada orang ramai agar tidak mengeluarkan atau memuat naik foto atau video Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, turut meminta jasa baik orang ramai agar tidak lagi menghebohkan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan.

“Saya ada permintaan di mana saya mohon kepada semua untuk tidak lagi mengeluarkan gambar atau video Allahyarham yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.

“Saya juga mohon kepada yang telah memuat naik dalam media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut.

“Dan, saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan. Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. Insya-Allah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT,”

– Shuib
Selepas Sebulan Meninggalkan Suria FM, Issey Fazlisham Kini Deejay Gegar FM

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata itu turut mengambil kesempatan dalam hantaran yang sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham isterinya.

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya.

“Sama-sama kita terus istiqamah menuju ke jalan Allah SWT. Jika rindu kepada Allahyarham, sedekahkan al-Fatihah,”

– Shuib

Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia Isnin lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Sebulan Meninggalkan Suria FM, Issey Fazlisham Kini Deejay Gegar FM

Dengar Muhyiddin Akan Letak Jawatan Esok, Najib Tampil Bagi Satu Nasihat