in , ,

Selepas Sebulan Meninggalkan Suria FM, Issey Fazlisham Kini Deejay Gegar FM

Tahniah buat Issey Fazlisham Yang Kini Menggalas Tugas Baru Sebagai Deejay Atau Penyampai di Gegar FM.

Selepas sebulan berehat meninggakan konti radio Suria FM, pelawak yang juga pelakon Issey kembali bertugas menemani para pendengar.

Berubah angin, Issey menerusi hantaran dalam Instagramnya pagi tadi memaklumkan dia kini bersama radio Gegar FM dan bersiaran ditemani rakan penyampai, Shah mengendalikan slot Gegar Pagi.

“Bismillahirrahim. Hari ni bermula satu perjalanan baru dalam hidup saya. Issey mula bersiaran di @gegar.my dalam segmen Gegar Pagi bersama @shahgegar,”

– Issey Fazlisham
Selepas Sebulan Meninggalkan Suria FM, Issey Fazlisham Kini Deejay Gegar FM

Pada hantaran sama, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 34, turut kelihatan ceria dan lebih selesa memandangkan saluran radio tersebut tertumpu kepada pendengar di negeri Pantai Timur memandangkan dia sendiri berasal dari Kelantan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata selebriti termasuk rakan penyampai radio dan pengikutnya mengucapkan tahniah dan selamat datang buat Issey.

“Huk aloh buat yang terbaik Issey. Tahniah sebab kembali menceriakan kami.

“Pergilah kau mengejar cita-citamu wahai Issey. Dah dua tahun aku tak dengar Gegar, sekarang dengar semula disebabkan kau,” tulis netizen.

Terdahulu, Issey memulakan tugasan sebagai penyampai radio Suria FM pada 6 Ogos 2018.

Pengunduran diri pelawak tersebut 16 Julai lalu mengundang sebak memandangkan dia dan dua lagi penyampai Suria Pagi, Ajak Shiro dan Fizie Ali sememangnya bersahabat baik tidak hanya di dalam konti radio.

*Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fieya Julia Kini Tampil Berhijab, Mohon Padam Foto Tak Berhijab

Shuib Mohon Padam Foto & Video Isteri Tak Tutup Aurat