in , ,

Shuib Marah Sikap Tak Sensitif Youtuber

Aisar Khaled Mohon Maaf Selepas Dikecam Buat ‘Content’ Lawat Pusara Siti Sarah

Pelakon yang juga personaliti media sosial, Aisar Khaled menerima pelbagai kecaman serta menimbulkan amarah orang ramai gara-gara memuat naik satu hantaran video melawat pusara penyanyi terkenal,Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Video yang dikongsi di laman YouTube itu disifatkan orang ramai sebagai tindakan yang tidak menjaga sensitiviti keluarga Allahyarhamah Sarah apabila Aisar dikatakan turut menawarkan wang wang tunai bernilai RM100 kepada pemenang bertuah.

Dalam video itu, kelihatan Aisar meluru ke arah pagar pusara penyanyi itu disemadikan dan kemudian berpatah balik berjalan ke keretanya semula.

Setelah menerima pelbagai kecaman,Aisar akhirnya memadam video berkenaan dan tampil memohon maaf secara terbuka.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Aisar akui akan kekhilafannya dan beranggapan bahawa dirinya tidak berfikiran panjang mengenainya. Jelasnya, dia tidak lagi akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

“Saya telah pun padam video tersebut. Saya minta maaf sangat atas keluarga arwah serta tidak berfikiran jauh sebelum memuat naik video tersebut.

“Oleh hal demikian, saya tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Minta Maaf lagi sekali, sedar kesilapan saya,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Aisar pernah dikecam berikutan memakai baju yang ketat ketika menerima suntikan vaksin, COVID-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abang Siti Sarah Terpaksa Ditidurkan, Paru-Paru Tidak Berapa Baik

Samsung Lancar 2 Telefon Lipat Terbaru, Galaxy Z Fold3 5G & Galaxy Z Flip3 5G