in , ,

Abang Siti Sarah Terpaksa Ditidurkan, Paru-Paru Tidak Berapa Baik

Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang disahkan positif COVID-19 dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, sejak semalam, dilaporkan tidak ‘berapa baik’.

Shuib Sepahtu dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru Ahmad Firdous oleh kakak iparnya, kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Semalam, saya ada maklumkan di Instagram (IG) mengenai keadaan abang ipar yang dimasukkan ke ICU dan ditidurkan pada jam 5 pagi.

“Pada jam 11 pagi, kakak ipar hubungi dan beritahu keadaan Ahmad Firdous tidak berapa baik.

“Doktor menjelaskan situasi dialami abang ipar hampir sama dengan arwah Siti Sarah… Paru-paru abang ipar tidak baik,” katanya selesai majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk Allahyarham Siti Sarah yang dikendalikan secara virtual, malam tadi.

Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, memberitahu, Siti Sarah rapat dengan abangnya itu.

“Semoga Allah memberi kemudahan kepada abang ipar. Dia baik orangnya dan sangat rapat dengan arwah isteri.

“Semoga dengan bacaan Yassin dan doa pada malam ini (tadi), abang ipar terus diberi kekuatan untuk bangun dan berjuang… Insya-Allah,” katanya.

Shuib berkata, dua kakitangannya turut disahkan positif COVID-19.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, akibat COVID-19, pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lan Pet Pet Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Selepas Dituduh Berurusan Jual Beli ‘Barang’

Shuib Marah Sikap Tak Sensitif Youtuber