in , ,

Samsung Lancar 2 Telefon Lipat Terbaru, Galaxy Z Fold3 5G & Galaxy Z Flip3 5G

Selain melancarkan jam pintar, Samsung juga melancarkan 2 buah model telefon pintar boleh lipat iaitu Galaxy Z Fold3 5G & Galaxy Z Flip3 5G. Dua buah telefon pintar ini boleh dikategorikan sebagai telefon pintar ultra premium yang dilengkapi dengan skrin dengan kadar segar 120Hz serta menerima penarafan IPX68 yang menjadikannya tahan air dan debu. Jom baca fakta menarik tentang pelancaran dua buah telefon bimbit ini.

Selain melancarkan jam pintar terbaru Galaxy Buds 2, Samsung juga melancarkan 2 buah model telefon pintar boleh lipat terbaru iaitu Galaxy Z Fold3 5G & Galaxy Z Flip3 5G.

04_06Galaxy Z Fold3, Z Flip3 Main KV(5G)_2P_CMYK_210528_L

Galaxy Z Fold3 5G

Samsung hari ini telah melancarkan telefon lipat andalan terbaru iaitu Samsung Galaxy Z Fold3 5G yang dilengkapi skrin lipat Dynamic AMOLED 2X berukuran 7.6 inci dengan resolusi 2208×1768, ketumpatan piksel 374 ppi (piksel per inci) dan sokongan stilus S Pen. Pengguna boleh mendapatkan sarung luaran yang menempatkan stilus tersebut agar ia tidak mudah hilang.

Dengan iterasi ketiga, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan pada model tahun ini bagi membaiki kekurangan yang wujud sebelum ini.

01_16_Galaxy Z Fold3 Color Combo KV(5G)_2P_CMYK_210611_L

Snapdragon 888, IPX8 & Skrin Sekunder Lebih Besar

Galaxy Z Fold3 5G dilengkapi dengan paparan AMOLED Infinity Flex Display yang bersaiz 6.2 inci yang boleh dilipat dan menjadikannya ke dalam mod tablet.

Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 5nm 64-bit Octa-Core berkelajuan maksimum 2.84GHz dengan capaian 5G, RAM 12GB dan pilihan storan 256GB atau 512GB dan bateri pula berkapasiti 4400mAh.

02_01 Q2 Product_19_galaxyzfold3_5g_handson_spen_phantomblack_L

Telefon lipat Dynamic AMOLED 120Hz 7.6″

Dari segi spesifikasi peranti dilengkapi skrin luaran 6.2″ AMOLED HD+ 120Hz, skrin dalaman boleh-lipat 7.6″ QXGA+ AMOLED 120Hz, cip Snapdragon 888, memori 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4400 mAh. Peranti menyokong pengecasan pantas 25W secara berwayar dan nirwayar 11W menerusi port USB-C.

03_11_lifestyle_galaxyzfold3_5g_phantomsliver_galaxyzflip3_5g_green_L

Kamera Swafoto Yang Menarik

Kamera utama menggabungkan sensor 12+12+12 Megapixel f/1.8+f/2.2+f/2.4 yang menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto. Kamera luaran pula sebesar 10 Megapixel f/2.2 dan akhir sekali kamera 4 Megapixel f/1.8 yang diletakkan di bawah skrin bahagian dalam.

Telefon ini juga mempunyai kamera swafoto yang menarik, di mana ia diletakkan di bawah skrin utama dan tidak mengganggu paparan dengan takuk (notch) atau lubang punch-hole. Ini membuatkan skrin utama Fold3 nampak sangat kemas dan sebarang video boleh ditonton tanpa gangguan.

01_22_galaxy z fold3_feature visual_water resistance_2p_rgb_210715_L

Kalis Air IPX8

Ia juga mempunyai rating kalis air IPX8, menjadikannya telefon pintar lipat pertama yang mempunyai ketahanan air dan debu. Bagi memudahkan pengguna dwi-skrin serentak, Samsung telah bekerjasama dengan pelbagai pembina aplikasi untuk membenarkan penggunaan multi-tugas (multitasking) dalam banyak aplikasi.

03_15_galaxy z fold3 lifestyle kv(5g)_gaming_2p(rgb)_210716_L

Apakah Pembaharuan?

Pembaharuan paling besar tahun ini ialah rekaan tubuh yang lebih berkotak pada bahagian sisi. Pada posisi tertutup juga ia kelihatan lebih kecil kerana rekaan engsel yang turut dikemaskini. Ini turut membenarkan peranti buat pertama kalinya melepasi piawaian IPX8 buat pertama kali dalam sejarah peranti boleh-lipat keluaran Samsung. Pengguna tidak perlu risau mengenai percikan air atau peranti tenggelam untuk jangka masa yang pendek dengan piawaian ini.

03_23_lifestyle_ecosystem_galaxy fold3_watch4 classic_buds2_2p_rgb_210722(1)_L

Spesifikasi Penuh

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy Z Fold3:

  • Skrin utama Dynamic AMOLED 2X 7.6 inci 120Hz, resolusi 2208×1768
  • Skrin luaran Dynamic AMOLED 2X 6.2 inci 120Hz, resolusi 2268×832
  • Dilindungi Gorilla Glass Victus
  • Cipset Qualcomm Snapdragon 888 5G
  • RAM 12GB
  • Storan dalaman UFS3.1 256GB atau 512GB
  • Kamera utama 12MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 12MP
  • Kamera swafoto 4MP (pada skrin utama), berada di bawah skrin
  • Kamera swafoto 10MP (pada skrin luaran)
  • Bateri 4,400mAh
  • Pembesar suara stereo Dolby Atmos
  • Sokongan dwi-kad SIM
  • Pilihan warna Phantom Green, Phantom Black dan Phantom Silver
  • Dimensi: 128.1 x 158.2 x 16.0mm (dibuka), 67.1 x 158.2 x 16.0mm (dilipat)
  • Berat 271g
Samsung Lancar 2 Telefon Lipat Terbaru, Galaxy Z Fold3 5G & Galaxy Z Flip3 5G

Menyokong Penggunaan Stylus S-Pen Fold Edition

Peranti juga menyokong penggunaan stylus S-Pen Fold Edition buat pertama kali menerusi kerangka khas yang ditawarkan. Pada waktu yang sama stylus S-Pen Pro juga boleh digunakan dengan ciri tambahan seperti sokongan bluetooth dan mengubah tambatan dengan lebih pantas. S Pen Pro juga lebih panjang berbanding S Pen Fold Edition.

Tahan Lasak

Tiada kerisauan skrin akan mengalami kerosakan kerana wujudnya lapisan kaca UTG pada skrin boleh lipat sementara skrin luaran pula dengan Gorilla Glass Victus yang tahan lasak. Kerangka baharu yang membolehkan ia menjadi tongkat untuk peranti berdiri juga ditawarkan buat pertama kali diperbuat daripada bahan kulit

Kesemua ciri Fold2 dikembalikan seperti Flex Mode digunakan untuk merakam video, menonton video atau menyertai telesidang. Sudut skrin boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna mengikut situasi ia digunakan. Pengimbas cap jari fizikal pada sisi dan sokongan audio Dolby Atmos juga dikekalkan seperti model terdahulu.

02_02 Q2 Family_01_galaxyzfold3_5g_family_phantomgreen_phantomblack_phantomsilver_L

Dijual dengan Harga RM7,630

Peranti akan dijual 27 Ogos ini dengan harga bermula dari $1,799.99 (~RM 7630) untuk model 12/256GB dalam pilihan warna Phantom Black, Phantom Silver dan Phantom Green. Kami difahamkan ia akan ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Pada waktu yang sama Samsung turut menawarkan Galaxy Z Fold3 5G Tom Browne Edition dalam jumlah terhad . Versi ini akan mempunyai kemasan, teman antaramuka dan aksesori tambahan (Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds2 ) dengan rekaan serta aksesori yang eksklusif.

Snapdragon 888, Sokongan S-Pen dan Kamera Bawah Skrin

Galaxy Z Fold3 5G ditawarkan dalam 3 warna menarik iaitu Phantom Black, Phantom Green dan Phantom Silver yang akan dijual bermula dari 27 Ogos 2021 yang berharga dari USD1,700.00.

Galaxy Z Flip3 5G

Selain Galaxy Z Fold3 5G, Samsung turut melancarkan sebuah lagi telefon pintar lipat yang lebih kecil iaitu Samsung Galaxy Z Flip3 5G, peranti skrin boleh-lipat dengan rekaan lebih padat dan kecil.

03_11_lifestyle_galaxyzflip3_5g_lavender_L

Skrin Lipat Berukuran 6.7 inci

Telefon ini mempunyai mekanisme lipatan clamshell dengan skrin lipat Dynamic AMOLED 2X Infinity Flex Display berukuran 6.7 inci yang mempunyai resolusi Full HD+ (2640×1080).

Dengan bahagian sisi kini lebih rata dengan bahagian engsel dikemaskini bagi membolehkan peranti mempunyai saiz fizikal lebih nipis pada kedudukan tertutup. Skrin boleh-lipat sebesar 6.7″ Dynamic AMOLED 2X FHD+ menyokong kadar segar semula 120Hz secara adaptif lengkap dengan lapisan kaca UTG generasi terbaru. Satu perbezaan antara Fold3 dan Flip3 ialah, pada peranti ini sokongan stylus S Pen tidak diberikan.

01_120Galaxy Z Flip3_Feature visual_Water resistance_2P_CMYK_210715_L

Skrin Luaran Lebih Kecil

Ia turut mempunyai skrin luaran yang lebih kecil iaitu skrin Super AMOLED berukuran 1.9 inci dengan resolusi 512×260. Walaupun kecil, skrin luaran ini adalah empat kali ganda lebih besar berbanding skrin luaran pada Galaxy Z Flip yang pertama.

Pada panel luaran terdapat skrin mini sebesar 1.9″ AMOLED yang lebih besar berbanding 1.1″ tahun lalu. Skrin luaran menggunakan kaca Gorilla Glass Victus yang lebih tahan lasak menentang hentakan. Ia boleh digunakan untuk memaparkan notifikasi penting, membaca mesej, menjadi skrin untuk swafoto dan hadir dengan widget untuk mengakses beberapa tetapan penting. Sekiranya anda memiliki Galaxy Watch4, skrin luaran ini boleh dipadankan dengan skrin pada tangan pintar terkini dengan Wear OS ini.

Dilengkapi dengan 8 Widget

Samsung juga menyertakan lapan widget ke dalam skrin luaran berkenaan seperti muzik, cuaca, jadual, penggera, rakaman suara, pemasa, statistik Samsung Health, dan pengawal Galaxy Buds.

02_01_B2_Product_07_galaxyzflip3_5g_accessory_cream_L

Tiga Warna Pilihan

Apabila dilipat, telefon ini mempunyai saiz yang sangat kompak dan mudah diletakkan dalam poket atau beg. Ia juga ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu kuning Cream, hitam Phantom Black, ungu Lavender dan hijau. Samsung turut menawarkan warna eksklusif untuk pelanggan Samsung.com iaitu putih, merah jambu dan kelabu.

Namun begitu Samsung Galaxy Z Flip3 berkongsi cip Snapragon 888, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 3300 mAh. Pengecasan berwayar adalah hanya 15W dengan nirwayar pula 10W serta pengecasan berbalik 4.5W.

Kamera utama pada bahagian belakang adalah kombinasi 12+12 MP f/1.8+f/2.2 (sudut lebar dan ultra sudut lebar)dan kamera swafoto pula sebesar 10 MP f/2.4. Kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar f/1.8 dan lensa ultra sudut lebar f/2.2.

Samsung-Galaxy-Z-Flip3-5g-H.jpg.webp

Dari segi spesifikasi, tiada perubahan dilakukan pada spesifikasi kamera, RAM dan bateri pada Z Flip3 berbanding Z Flip 5G tahun lalu. Malahan sedikit mengejutkan lubang kamera juga dikekalkan tidak seperti pada Z Fold3 5G yang menggunakan teknologi kamera bawah skrin.

03_04_lifestyle_galaxyzflip3_5g_cream_L

Ia juga menyediakan pengimbas cap jari di sebelah sisinya, sama seperti model sebelum ini.

Spesifikasi Penuh

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy Z Flip3 5G:

  • Skrin utama Dynamic AMOLED 2X Infinity Flex Display 6.7 inci, resolusi 2640×1080
  • Skrin luaran Super AMOLED 1.9 inci, resolusi 512×260
  • RAM 8GB
  • Storan dalaman UFS3.1 128GB atau 256GB
  • Kamera utama 12MP + kamera ultra-lebar 12MP
  • Kamera swafoto 10MP
  • Bateri 3,300mAh
  • Pembesar suara stereo Dolby Atmos
  • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
  • Rating kalis air IPX8
  • Perisian OneUI 3
  • Pilihan warna Cream, Phantom Black, Lavender dan Green
  • Dimensi: 72.2 x 166.0 x 6.9mm (dibuka), 72.2 x 86.4 x 17.1mm (dilipat)
  • Berat 183g
01_101Galaxy Z Flip3 KV(5G)_2P_CMYK_210607_L

Lipatan Lebih Kemas & Nipis

Pada Galaxy Z Flip3 5G mekanisme lipatan ditambah baik lagi bagi membolehkan lipatan yang lebih kemas sekaligus membuatkan peranti menjadi lebih nipis pada kedudukan tertutup. Selain itu bahagian sisi juga lebih rata supaya lebih selari dengan rekaan Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Tab S7. Tiada lagi kerisauan jika teperangkap di dalam hujan kerana Galaxy Z Flip3 5G melepasi piawaian IPX8 buat pertama kalinya.

01_055ef-pf711t_008_set-cut_all_210719(4)_L

Flex Mode Dikekalkan

Ciri terdahulu seperti Flex Mode dikekalkan untuk membolehkan ia diletakkan pada permukaan meja untuk telesidang tanpa kerangka khas. Dengan ini  peranti boleh diletakkan di atas meja dalam kedudukan huruf L bagi memudahkan proses mengambil swafoto.

Samsung-Galaxy-Z-Flip3-5g-case.jpg.webp

Samsung Galaxy Z Flip3 5G akan mula ditawarkan di pasaran tertentu bermula 27 Ogos ini pada harga bermula $999.99 (RM4240) sebuah dalam warna Cream, Lavender, Phantom Black, Green, Pink, Grey dan White.

01_092Galaxy Z Flip3  Lifestyle KV(5G)_Pocketability_1P(CMYK)_210720_L

S Pen Untuk Samsung Galaxy Z Fold3

Sokongan stylus S Pen Fold Edition diberikan buat pertama kali. Ini menjadikan ia peranti skrin boleh-lipat pertama yang mempunyai sokongan stylus. Tetapi dengan skrin boleh-lipat amat sensitif kepada tekanan tidak seperti skrin kaca, Samsung menggunakan penyelesaian kreatif untuk mengelakkan stylus menyebabkan kerosakan.

02_03 Q2 Eco System_03_galaxyzfold3_5g_spen_phantomblack_galaxybuds2_graphite_L

Dilengkapi Mata Getah dan Penyerap Tekanan

Mata pena S Pen Fold Edition diliputi lapisan getah untuk mengelakkan ia dari mencalarkan permukaan skrin. Sebagai langkah keselamatan sekunder, stylus yang sama dilengkapi spring pada bahagian dalam untuk menyerap tekanan yang berlebihan ketika S Pen digunakan. Dengan dua sistem ini isu skrin boleh-rosak akan dapat dielakkan.

Oleh itu sekiranya anda bercadang menggunakan S Pen lama dari siri Note dan S21, harus diingatkan ia tidak direka untuk digunakan secara selamat pada skrin boleh-lipat Z Fold3.

Siaran Akhbar

Perubahan Baharu dalam Inovasi Mudah Alih: 

Merungkai Dunia Anda dengan Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G

Samsung menetapkan standard baharu bagi pengalaman mudah alih dengan telefon pintar boleh lipat premium

Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini memperkenalkan perubahan baharu dalam inovasi peranti boleh lipat dengan dua telefon pintar baharunya, Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G. Kedua-dua peranti adalah telefon pintar boleh lipat premium yang dibina dengan hasil rekaan dan inovasi andalan yang digemari dan diharapkan oleh pengguna Samsung. Peranti generasi ketiga yang menentukan kategorinya tersendiri ini menggabungkan penambahbaikan utama seperti yang diminta oleh pengguna telefon pintar boleh lipat Samsung—menjadikannya lebih tahan lama dengan pengalaman yang lebih optimum daripada rekaan sebelumnya. Dari reka bentuk ikonik hingga ke hiburan yang mengasyikkan, Z Flip3 dan Z Fold3 menawarkan kepada pengguna cara baharu yang unik untuk bekerja, menonton dan bermain. 

Bagi mereka yang memerlukan peranti utama untuk produktiviti dan hiburan yang mempesonakan, Z Fold3 adalah pusat kuasa multi-tugas sebenar dengan prestasi pada tahap lebih baik, Paparan Infinity Flex 7.6-inci[1] tanpa gangguan, dan mempunyai sokongan S Pen[2] yang pertama kali buat peranti boleh lipat. Bagi mereka yang menginginkan peranti penuh gaya berserta pelbagai fungsi, Z Flip3 adalah peranti ideal dengan reka bentuknya yang anggun, kompak, dan bersaiz poket, dilengkapi dengan ciri-ciri kamera yang ditambah baik, serta skrin lebih besar[3] yang dibina untuk penggunaan pantas walau di mana sahaja berada. 

“Dengan Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3, Samsung sekali lagi menetapkan semula jangkaan dengan telefon pintar boleh lipat yang memperkasa pengguna dengan fleksibiliti dan versatiliti yang diperlukan dalam dunia yang bergerak pantas pada hari ini, kata Dr. TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics. “Sebagai perintis dan peneraju industri dalam kategori boleh lipat, kami bangga untuk membina inovasi dalam legasi kami dengan mencipta Z Fold3 dan Z Flip3. Peranti ini melengkapkan pengguna dengan teknologi yang membuka cara baharu bagi memaksimumkan dan menikmati setiap momen dengan ekosistem yang dibina berdasarkan keterbukaan dan inovasi. 

Rekaan Lebih Canggih Dibina untuk Tahan Lama

Pengguna Samsung mengharapkan peranti boleh lipat yang direka dapat bertahan lama. Oleh sebab itu peranti generasi Galaxy Z ini dibina dengan rekaan yang tiada tandingan. Buat pertama kalinya pada telefon pintar boleh lipat, Z Fold3 dan Z Flip3 dilengkapi dengan IPX8[4] menjadikannya rintang air, jadi pengguna tidak perlu lagi bimbang jika terperangkap dalam hujan. Kedua-dua peranti ini juga dibina dengan Armor Aluminium baharu kami—aluminium terkuat yang pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy—berserta Corning® Gorilla® Glass Victus™ yang paling utuh untuk melindunginya daripada calar dan jika ia terjatuh tanpa sengaja. Selain itu, kedua-dua peranti mempunyai filem pelindung baharu diperbuat daripada PET[5] yang boleh regang dan lapisan panel paparan yang dioptimumkan menjadikan Skrin Utama 80% lebih tahan lama berbanding peranti sebelumnya. 

Samsung meneruskan legasinya dalam menerajui peranti boleh lipat dengan proses yang sangat rapi dan teliti untuk mencipta peranti yang boleh dipercayai dan mampu mengekalkan prestasinya walaupun selepas beberapa tahun digunakan. Revolusi Hideaway Hinge, yang diperkenalkan pertama kali pada Galaxy Z Flip, membolehkan peranti kekal berada pada kedudukannya di sebarang sudut untuk pengalaman pengguna yang inovatif dengan mod Flex[6]. Terima kasih buat teknologi Sweeper yang ditambah baik, bulu di Hinge kini lebih pendek, membantu untuk menangkis habuk dan partikel kecil lain bagi mengekalkan ketahanan peranti untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar. Z Fold3 dan Z Flip3 juga menjalani ujian lipatan yang sukar, disahkan oleh Bureau Veritas, untuk menahan lipatan sebanyak 200,000 kali[7]. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 5nm AP yang terbaharu dan keserasian jalur 5G[8] untuk pengalaman terbaik di dalam dan luar. 

Galaxy Z Fold3 5G: Produktiviti dan Hiburan Terunggul 

Buka lipatan Z Fold3 untuk tenggelam dalam pengalaman menghiburkan seperti menonton teater dan terus asyik menonton kandungan kegemaran anda pada Paparan Infinity Flex 7.6-inci tanpa gangguan—hasil teknologi kamera paparan Bawah kami yang terbaharu. Dengan piksel minimum yang diaplikasikan di atas lubang kamera, Z Fold3 memaparkan kawasan tontonan tambahan agar pengguna mendapat kanvas yang tidak terputus untuk aplikasi kegemaran mereka. Dengan teknologi paparan Eco² terbaharu yang diterapkan pada skrin, ia 29%[9] lebih cerah dan hanya menggunakan sedikit tenaga[10]. Alami pengalaman menatal yang lebih lancar dan interaksi peranti lebih pantas dengan kadar segar semula adaptif Super Smooth 120Hz pada kedua-dua Skrin Utama dan Penutup.

Buat pertama kali pada siri Galaxy Z, Samsung membawa teknologi siri Note kesayangannya ke Z Fold3—fungsi S Pen. Pengguna dapat memanfaatkan ciri-ciri S Pen yang dioptimumkan sepenuhnya pada skrin boleh lipat mereka, sangat sesuai untuk individu yang multi-tugas dan aktif. Pada Skrin Utama Z Fold3 yang besar, ia lebih mudah untuk pengguna mencatat nota semasa membuat panggilan video atau menyemak senarai tugasan sambil membaca e-mel, dan Z Fold3 juga dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti mereka dengan menggunakan S Pen kegemaran peminat kami. S Pen untuk Z Fold3 terdapat dalam dua pilihan: S Pen Fold Edition dan S Pen Pro[11]. Kedua-duanya mempunyai hujung Pro direka khas yang boleh ditarik semula dengan teknologi had daya untuk melindungi Skrin Utama Z Fold3 agar tiada kerisauan semasa menggunakan S Pen. Ini adalah pengalaman S Pen terbaik Samsung, dengan kependaman lebih rendah untuk komposisi kehidupan sebenar—memastikan aktiviti mencatat nota dan menghantar mesej menjadi pengalaman yang lancar dan intuitif.

Bagi mereka yang mementingkan produktiviti juga akan menikmati ciri-ciri mod Flex yang dipertingkatkan pada Z Fold3, yang membolehkan anda melakukan lebih banyak perkara dalam satu masa sekaligus, seperti melakukan panggilan video pada bahagian atas skrin peranti sambil memeriksa nota mesyuarat di bahagian bawah. Dengan Multi-Active Window[12] yang diperbaharui pada Z Fold3, ia lebih mudah untuk melakukan rancangan makan malam melalui teks sambil memeriksa jadual kalendar anda, semuanya dilakukan pada skrin besar peranti. Dan kini pada Z Fold3, pengguna boleh mengambil jalan pintas dan membuka semula aplikasi dengan cara yang sama hasil penambahbaikan App Pair. Di samping itu, mereka juga dapat menggunakan Taskbar[13] baharu Z Fold3 untuk menukar aplikasi dengan cepat tanpa perlu kembali ke layar Utama. 

Z Fold3 dibina dengan reka bentuk yang berkilat, nipis dan lebih ringan untuk lebih mudah dibawa daripada Galaxy Z Fold2. Ia hadir dengan tiga pilihan warna klasik: Phantom Black, Phantom Green, dan Phantom Silver.

Galaxy Z Flip3 5G: Keseimbangan Gaya, Fungsi, dan Keseronokan Tanpa Henti yang Ideal

Z Flip3 memperkasa pengguna untuk mengekspresikan diri dengan pilihan warna terang, reka bentuk yang anggun, dan ciri-ciri premium. Dengan pilihan empat warna yang bergaya—Cream, Green, Lavender, dan Phantom Black—ditambah dengan gelung cengkam bergaya yang baharu dan sarung bertali[14] menjadikannya lebih mudah untuk dipegang dan dilipat, Z Flip3 adalah peranti untuk ekspresi diri sebenar. Bagi mereka yang mencari lebih banyak pilihan untuk menyesuaikan dengan gaya tersendiri, Samsung.com membawakan warna eksklusif, seperti Gray, Pink, dan White[15].

Skrin Penutup yang direka semula kini bersaiz empat kali lebih besar[16] dan menjadikannya lebih mudah untuk memaparkan notifikasi dan mesej tanpa perlu membuka Z Flip3. Pengguna boleh sentiasa mengikuti jadual mereka, memeriksa cuaca, dan memantau jumlah langkah harian mereka dengan widget Skrin Penutup yang baharu atau menyelaraskan gambar hiasan Skrin Penutup dengan Galaxy Watch4 Classic baharu mereka untuk gaya yang sepadan. Dan dengan Samsung Pay yang dibina terus di Skrin Penutup, ia tidak pernah semudah ini untuk anda melihat kedai kopi terdekat di mana sahaja. 

Z Flip3 juga direka untuk memberikan pengguna kemampuan terbaik untuk merakam dan berkongsi kenangan. Dilengkapi dengan beberapa ciri kamera terbaharu kami, pengguna boleh menggunakan gambar swafoto bebas-tangan yang lebih menakjubkan dengan mod Flex. Atau mereka boleh membiarkan peranti tersebut berlipat dan dapat merakam gambar dengan pantas—dan kini, bahkan boleh merakam video—langsung dari Skrin Penutup menggunakan Quick Shot yang dipertingkatkan dengan hanya dua kali klik pada kekunci kuasa Z Flip3. Selain itu, menatal skrin dan perkongsian juga sangat lancar, terima kasih kepada kadar segar semula adaptif 120 Hz[17] yang baharu pada Z Flip3.

Z Flip3 sangat sesuai untuk bersantai dan menonton vlog YouTube atau rancangan TV secara bebas tangan. Terima kasih kepada Pembesar Suara Stereo Z Flip3 yang baharu dan dipertingkatkan dengan Dolby Atmos®, anda mendapat bunyi yang mengasyikkan dengan kejelasan, kedalaman dan kesan spatial yang luar biasa, tidak kira apa yang anda tonton atau dengarkan. Dan ciri Panel Mod Flex yang baharu menjadikan aplikasi kelihatan lebih baik dan mudah digunakan. Apabila peranti dilipat separuh, Panel Mod Flex memberi anda cara baharu untuk berinteraksi dengan Z Flip3, menawarkan pengalaman menonton yang lebih selesa dengan memindahkan video ke separuh bahagian atas skrin dan kawalan pertunjukan—seperti kecerahan dan kekuatan suara—ke separuh bahagian bawah.

Pengalaman Boleh Lipat yang Optimum Membuka Jangkaan Baharu

Dengan siri Galaxy Z, pengguna akan mendapat akses untuk lebih banyak aplikasi yang memanfaatkan sepenuhnya skrin boleh lipat. Samsung memperluas kerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Google, Microsoft, dan banyak lagi, agar pengguna dapat menikmati lebih banyak aplikasi yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Kerjasama yang berkesan dengan aplikasi Microsoft Teams: Nikmati pengalaman pertemuan yang dioptimumkan berdasarkan mod Flex siri Galaxy Z anda bersama-sama dengan kekuatan Office dan Teams. Untuk produktiviti terbaik di tempat kerja, mod dwi-panel Microsoft Outlook untuk Samsung boleh lipat membolehkan pengguna membaca e-mel penuh sambil melihat pratonton yang lain di sisi, seperti pengalaman desktop. Untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan, ciri Labs[18] baharu Samsung menawarkan kepada pengguna kemampuan untuk mengoptimumkan lebih banyak aplikasi ke skrin yang boleh dilipat ketika mereka memerlukannya.

Selain itu, Samsung terus memikirkan semula bagaimana pembangun aplikasi dapat mencipta pengalaman pengguna yang luar biasa dari mana sahaja. Untuk memberi mereka lebih banyak pilihan selain memastikan pengoptimuman berkualiti tinggi, Samsung menyokong Remote Test Lab (RTL)[19], yang memberi pembangun aplikasi kemampuan untuk memasang dan menguji aplikasi mereka secara langsung dalam masa nyata, walau di mana sahaja mereka berada.

Galaxy Buds2: Buds dengan Bunyi Premium dan Selesa Diguna untuk Semua

Turut menyertai Siri Galaxy Z adalah Galaxy Buds2 – direka untuk keselesaan dipakai sepanjang hari, dan memberikan kualiti bunyi premium membuatkan anda asyik ketika anda mendengar audio menggunakannya, di mana sahaja anda berada. Sebagai salah satu edisi terbaharu untuk barisan Galaxy Buds–Galaxy Buds2 menyertai Galaxy Buds Live dan Galaxy Buds Pro, memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk memenuhi keperluan mereka. Sebagai sebahagian daripada ekosistem Galaxy, Galaxy Buds2 menjadi pasangan sempurna untuk telefon pintar, tablet, atau jam pintar Galaxy anda. 

Sama ada anda menggunakan Galaxy Buds2 untuk mendengar muzik atau menyertai panggilan persidangan, anda mempunyai semua ciri yang diperlukan untuk tenggelam ke dalam dunia anda sendiri. Pembesar suara dua hala yang dinamik menghasilkan nada tinggi yang jernih dan bass yang mendalam, sementara Pembatalan Bunyi Hingar Aktif membantu menyekat bunyi bising yang tidak diingini. Sekiranya anda perlu mendengar suara di persekitaran anda, hanya sesuaikan semula dengan tiga tahap bunyi persekitaran yang boleh dilaraskan[20]. Dan sekarang suara anda akan lebih jelas semasa membuat panggilan, terima kasih kepada penyelesaian berasaskan pembelajaran mesin baharu yang menyaring pelbagai bunyi latar belakang yang mengganggu.

Galaxy Buds2 adalah fon telinga tanpa wayar Samsung yang paling kecil dan ringan namun mempunyai bentuk melengkung ikonik. Untuk kesesuaian yang lebih sempurna, kami telah membangunkan ‘Earbud fit test’ di aplikasi Galaxy Wearable. Pilih dari empat warna kontemporari[21]—Graphite, White, Olive dan Lavender—untuk mempamerkan gaya peribadi anda, dan lengkapkan pakej dengan sarung aksesori pihak ketiga[22].


[1] Diukur secara menyerong, ukuran Skrin Utama Z Fold3 ialah 7.6” dalam bentuk segi empat tepat dan 7.4” apabila diukur mengikut sudut lengkung; kawasan tontonan sebenar berkurang kerana sudut lengkungnya. 

[2] S Pen dijual berasingan. Hanya Skrin Utama Z Fold3 mempunyai kemampuan S Pen. Hanya sesuai dengan Edisi S Pen Fold dan S Pen Pro. Semua jenis S Pen atau stylus pen yang tidak direka untuk Z Fold3 (termasuk yang dihasilkan oleh pengeluar lain) boleh merosakkan skrin. 

[3] Berbanding Galaxy Z Flip 5G.

[4] IPX8 adalah berdasarkan keadaan ujian untuk rendaman dalam air pada kedalaman sehingga 1.5 meter pada masa sehingga 30 minit. Tidak digalakkan untuk penggunaan di pantai atau kolam renang. Tidak rintang debu. 

[5] Polyethylene terephthalate

[6] Mod Flex disokong pada sudut antara 75° and 115°. Untuk kemudahan anda, ia mungkin agak sukar untuk mengekalkan mod Flex semasa bergerak disebabkan gegaran atau pergerakan lain. Disyorkan agar telefon kekal pegun apabila dalam mod Flex. 

[7] Hasil ini disokong oleh Bureau Veritas, peneraju dunia dalam perkhidmatan ujian, pemeriksaan dan pensijilan. 

[8] Memerlukan sambungan rangkaian 5G yang optimum, terdapat di pasaran terpilih. Semak dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi anda untuk ketersediaan dan butiran. Kelajuan muat turun dan penstriman mungkin berbeza mengikut penyedia kandungan, sambungan pelayan dan faktor lain. 

[9] Berbanding Galaxy Z Fold2.

[10] Berdasarkan ujian dalaman dan diukur berdasarkan panel paparan. 

[11] S Pen Pro sesuai dengan peranti yang menyokong S Pen (Z Fold3, S21 Ultra, Galaxy Note series, Tab S7 FE, Tab S7/7, Tab S6 Lite, Tab S6, Tab S4, Tab S3, Tab Active Pro, Tab Active3, Tab Active2, Tab Active, Tab A 8.0 2019 dengan S Pen, Tab A 10.1 2016 dengan S Pen, Tab A 9.7 dengan S Pen, Tab A 8.0 2015 dengan S Pen, Note Pro – 12.2, Note 8.0, Note 10.1 2012/2014, Galaxy Book Pro 360, Galaxy Book Flex2, Galaxy Book Flex S Pen, Galaxy Book Flex 5G, Galaxy Book Flex α S Pen, Galaxy Book 10.6, Galaxy Book 12.0, Chromebook Plus V2, Chromebook Pro, Notebook 7 spin, Notebook S51 Pen, Notebook 9 Pen, Notebook 9 Pro). 

[12] Multi Active Window berfungsi dengan beberapa aplikasi terpilih; aplikasi sesuai melalui pembangun pihak ketiga.

[13] Memerlukan penetapan Labs pada peranti Samsung Galaxy anda.

[14] Aksesori dijual berasingan.

[15] Warna eksklusif dalam talian boleh didapati di Samsung.com dalam 30 pasaran terpilih bermula 11 Ogos 2021.

[16] Berbanding Galaxy Z Flip 5G.

[17] Hanya boleh didapati pada Skrin Utama.

[18] Memerlukan penetapan Labs pada peranti Samsung Galaxy anda.

[19] www.developer.samsung.com/remote-test-lab

[20] Ciri-ciri termasuk Pembatalan Bunyi Hingar Aktif dan suara sekeliling memerlukan sambungan Bluetooth®. Tetapan dan ciri-ciri lanjutan termasuk kekuatan suara sekeliling diaktifkan melalui aplikasi Galaxy Wearable di Android dan aplikasi Galaxy Buds PC di Windows. Aplikasi Galaxy Wearable di Android memerlukan Android 7.0 atau ke atas dan 1.5GB RAM atau ke atas, boleh didapati di Galaxy Store atau Google Play Store. Aplikasi Galaxy Buds PC memerlukan Windows 10 atau ke atas, boleh didapati di Microsoft Store.

[21] Warna yang tersedia berbeza mengikut pasaran. 

[22] Sarung aksesori pihak ketiga yang tersedia berbeza mengikut pasaran, penyedia, dan peruncit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuib Marah Sikap Tak Sensitif Youtuber

Bekas Bintang K-Pop, Seungri Dihukum Penjara 3 Tahun