in , ,

Showme Eduwav Berhad Bantu Institusi Pendidikan Dari Gulung Tikar

Covid-19 memberi kesan yang teruk kepada institusi pendidikan khususnya kepada pengusaha-pengusaha di peringkat tadika dan taska. Disebabkan pandemik, tahun lalu sahaja kira-kira 3,000 pusat pendidikan itu terpaksa ‘gulung tikar’.

Bagi mengatasi perkara ini daripada berterusan membuatkan Showme Eduwav Berhad terpanggil untuk  menjalinkan kerjasama dengan lima syarikat berkaitan pendidikan dan latihan dalam usaha memperkasakan semula sektor pendidikan awal kanak-kanak yang ‘lumpuh’ akibat penularan Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Showme Eduwav Berhad, Redzuan Abdul Aziz berkata, kolaborasi itu bertujuan membentuk satu kerjasama antara pemain-pemain sektor pendidikan dengan memanfaatkan kepakaran masing-masing.

Showme Eduwav Berhad Bantu Pengusaha Institusi Pendidikan Daripada 'Gulung Tikar'
MoU antara (dari kiri) Principal Red, CEO Showme Eduwav Bhd. bersama Dr. Sazali Abdullah CEO Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd.

“Kerjasama ini adalah untuk mencari jalan ‘pemulihan’ yang dapat mengurangkan keciciran pendidikan awal di kalangan kanak-kanak di negara ini. Usaha itu akan memberi tumpuan kepada penyediaan kandungan pendidikan digital dan latihan bagi menaik taraf kemahiran guru-guru taska dan tadika swasta,”

– Redzuan Abdul Aziz

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Showme Eduwav Berhad dengan Pilihan Bestari Sdn. Bhd, Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn. Bhd. dan  Keedsflix International Sdn. Bhd.

Manakala Memorandum Perjanjian (MoA) pula turut ditandatangani bersama ECCE Educator Training Academy Sdn. Bhd., Pipakids International Sdn. Bhd. dan Helsinki International Schools Group dari (Finland).

Majlis dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Nazree Mohd Yunus; Penolong Naib Canselor USIM, Prof Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin; Ketua Pegawai Operasi Showme Eduwav Berhad, Engku Nur Zakiah Syed Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pipakids International, Myra Max Henry Siwalette.

Showme Eduwav Berhad Bantu Pengusaha Institusi Pendidikan Daripada 'Gulung Tikar'

Hadir sama Pengarah Keedsflix International Sdn. Bhd., Azri Jemani, Pengarah ECCE Educator Training Academy Sdn. Bhd., Azura Hanim Mohamed Zubir, Pengarah Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn. Bhd., Dr. Sazali Abdullah dan Pengarah Pilihan Bestari Sdn. Bhd., Faridah Abdullah.

Majlis diteruskan dengan makan malam dan sesi perkongsian serta penyampaian sijil kepada 30 daripada 60 peserta program Edupreneur Group Coaching. Program selama enam bulan ini terbuka untuk pengusaha institusi pendidikan seluruh Malaysia bagi membuka minda mereka dalam mengembangkan perniagaan.

Redzuan yang juga dikenali sebagai Principal Red berkata, kerjasama dengan Keedsflix International Sdn. Bhd. melibatkan penyediaan kandungan pendidikan digital bagi membolehkan pihak tadika atau taska meneruskan pembelajaran secara online atau offline (rakaman).

Showme Eduwav Berhad Bantu Pengusaha Institusi Pendidikan Daripada 'Gulung Tikar'
Asri Jemani, Chief Marketing Officer Keedsflix International Sdn. Bhd., Azura Zubir, CEO ECCE Educator Training Academy Sdn. Bhd., Principal Red @ Redzuan Abd.  Aziz. Myra Max Henry Siwalette, CEO Pipakids International Sdn. Bhd., Dr Sazali Abdullah, CEO Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn. bhd.

“Sepanjang pandemik, kita tengok banyak tadika yang terpaksa menutup operasi kerana tidak dapat menjalankan pengajaran kerana tidak bersedia dengan pendidikan secara online.

“Keadaan ini menyebabkan ramai ibu bapa yang tidak mahu membayar yuran persekolahan dan akhirnya menjejaskan operasi tadika, taska dan sekolah swasta hingga mereka `gulung tikar’.

“Dibawah bimbingan kami, peserta turut diperkenalkan dengan sistem pendidikan yang lengkap mengikut apa yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menghasilkan silibus yang menepati keperluan,”

– Redzuan Abdul Aziz

Selain itu kata beliau, pihaknya turut melihat kepada usaha pemerkasaan kemahiran tenaga pengajar di institusi pendidikan kanak-kanak melalui kerjasama dengan rakan kolaborasi, ECCE Educator Training Academy Sdn. Bhd.

Showme Eduwav Berhad Bantu Pengusaha Institusi Pendidikan Daripada 'Gulung Tikar'
Termeterai sudah MoU dan MoA antara Showme Eduwav Bhd. dengan pengusaha taska, tadika dan sekolah swasta.

Pada majlis itu, Keedsflix International Sdn. Bhd. turut menaja 1,000 ID (akaun pendidikan) percuma yang bernilai RM199,000 kepada USIM untuk diberikan kepada pelajar daripada keluarga B40 dan juga asnaf.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Keedsflix International Sdn. Bhd., Azri Jemani berkata, ID berkenaan menawarkan program pengajian secara online yang setiap satu berharga RM199 untuk tempoh setahun.

“Program E-Learning Keedsflix membantu bukan sahaja ibu bapa yang memiliki anak-anak berumur antara tiga hingga lapan tahun tetapi boleh dilanggan untuk memperkukuh operasi tadika sedia ada,”

– Azri Jemani

Showme Eduwav Berhad yang merupakan syarikat pendidikan berpengkalan di Terengganu, turut mengumumkan sasaran ke pasaran Bursa Saham Malaysia pada tahun 2025 (Road To IPO 2025).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafidz Roshdi & Adam Lee Bersaing Demi Harta Dalam HARITH FAYYADH

AWAN

Mantan Nakhoda Kapal, Awan Lancar Single Kedua Berjudul JIWANG