in , ,

Mantan Nakhoda Kapal, Awan Lancar Single Kedua Berjudul JIWANG

Penyanyi, penulis lirik dan bekas nakhoda kapal, Awan baru-baru ini telah melancarkan single keduanya berjudul “Jiwang”. Berinspirasikan konsep cinta, single terbarunya itu dicipta dengan mengaitkan kisah kehidupan seharian dengan sedikit elemen komedi.

Dipengaruhi oleh penyanyi berbakat dan legenda seperti Jalil Hamid dan Salleh Yaacob, single kedua Awan ini ditujukan kepada rakyat Malaysia agar mereka dapat memahami dan mengambil iktibar daripadanya. 

Oleh yang demikian, penyanyi itu telah menerbitkan sebuah lagu mencuit hati yang boleh dikaitkan era media sosial masa kini. Berbeza dengan single pertamanya, yang lebih bersifat kerohanian, “Jiwang” pula lebih mirip kepada gabungan dua genre iaitu pop dan dangdut

“Dalam generasi hari ini, ramai orang yang jatuh cinta atau mengalami cinta pandang pertama hanya dengan melayari laman media sosial seseorang itu.

Ramai di antara kita yang mudah tertarik kepada ikon atau persona tertentu yang dilihat di media sosial saban hari. Dengan ada begitu banyaknya aplikasi sosial, sememangnya menakjubkan bagaimana cinta boleh ditemui tidak kira di mana sahaja dan di semua tempat.

Dan apabila seseorang itu sudah jatuh cinta, mereka seolah-olah berada di awang-awangan, dan tanpa disedari menjadi ‘Jiwang’ yang merupakan idea di sebalik lagu ini,”

– Awan

Sebagai seorang ahli muzik yang suka melakukan eksperimen, Awan merancang untuk menghasilkan lagu yang merangkumi pelbagai genre di masa depan termasuk pop, kerohanian dan juga hard rock

Mantan Nakhoda Kapal, Awan Lancar Single Kedua JIWANG

Menjelang hujung tahun ini, beliau merancang untuk melancarkan tiga atau empat lagi lagu bersama-sama dengan beberapa artis terkenal dalam arena muzik tempatan. 

Awan, atau nama sebenarnya Juhazwan Junaidi, ialah seorang bekas nakhoda kapal, penyanyi, penulis lirik, dan artis Melayu. 

Beliau juga ialah pengasas dan pengarah HeyYa Media, sebuah syarikat penerbitan muzik serta video yang menerbitkan single pertamanya The Selawat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showme Eduwav Berhad Bantu Institusi Pendidikan Dari Gulung Tikar

Fazura Lancar Aplikasi Gaya Hidup Islamik Di Alaf Baharu, MUKMIN PRO