in , ,

Hafidz Roshdi & Adam Lee Bersaing Demi Harta Dalam HARITH FAYYADH

Harith dan Fayyadh ialah adik beradik tiri yang mempunyai perwatakan yang bertentangan. Harith ingin mendalami ilmu agama manakala Fayyadh meminati dunia glamor. Apabila hanya salah seorang daripada mereka yang akan mewarisi harta Dato’ Ainon, bagaimanakah Harith dan Fayyadh berhadapan dengan ujian ini?

Terbaharu di slot Akasia, Harith Fayyadh akan menemui penonton TV3 bermula 1 April 2022, setiap hari,  pukul 6.58 petang. Drama bersiri 15 episod ini diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Ayie Mustafa, nukilan skrip oleh Dr. Mohd Shahremy Ikmal dan Mama Bella serta menampilkan pelakon – pelakon handalan iaitu Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Fauziah Nawi, Badrul Muhayat dan Shamsul Ghau Ghau. 

Poster Harith Fayyadh

Harith (Hafidz Roshdi) dan Fayyadh (Adam Lee) merupakan adik-beradik tiri berlainan bapa. Harith merupakan anak sulung Arisa (Dynas Mokhtar) hasil perkahwinannya dengan Bakri manakala Fayyadh merupakan anak Arisa bersama Kamal (Hasnul Rahmat), pemandu peribadinya yang dikahwini setelah kematian Bakri. Arisa tidak pernah mencintai Kamal namun mereka berkahwin di atas cadangan ibu Arisa, Dato’ Ainon (Fauziah Nawi). 

20 tahun berlalu, kini Harith dan Fayyadh sudah dewasa. Walaupun mempunyai minat yang lain, mereka mengambil jurusan perniagaan di atas permintaan Dato’ Ainon. Harith ingin mendalami ilmu agama. Harith aktif dalam aktiviti persatuan dan kerja amal. Di hujung minggu, Harith mengikuti kuliah Ustaz Razak. Fayyadh lebih cenderung dengan dunia glamor dan minat dalam bidang fesyen. Selain melibatkan diri dalam modeling, Fayyadh juga sering menghabiskan masa dalam bersosial. 

Hafidz Roshdi
Hafidz Roshdi

Fayyadh kemudiannya berkahwin dengan Vivy (Cahaya Nilam) manakala Harith pula masih dalam fasa mengenali Sarah (Nad Zainal), anak kepada Ustaz Razak. Dato’ Ainon kemudiannya telah menetapkan syarat bahawa Harith dan Fayyadh perlu mempunyai anak jika ingin mewarisi segala hartanya. Masing-masing terkejut. Sejak daripada itu, hubungan kedua beradik yang dahulunya akrab mula berantakan. 

Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Harith Fayyadh untuk mengetahui kesudahan kisah dua beradik ini yang akan mula bersiaran pada 1 April 2022 menerusi slot Akasia pada setiap hari, pukul 6.58 petang.

Nad Zainal Bertudung
NAD ZAINAL
Cahaya Nilam
Cahaya Nilam

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lee Minho

Artis Korea Lee MinHo Sertai Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sebagai Duta CUCKOO

Eduwav | 21

Showme Eduwav Berhad Bantu Institusi Pendidikan Dari Gulung Tikar