in ,

Showcase Wings Up Close & Personal Hard Rock Cafe

awie

Hard Rock Café Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan anda kumpulan rock gergasi tersohor tanah air, WINGS – up, close & personal dalam persembahan istimewa satu malam sahaja pada 04hb Oktober 2009 pada pukul 11.00malam. WINGS, adalah satu nama kumpulan yang cukup gah dan begitu tersohor sekali di dalam industri muzik tanah air akan menggegarkan buat julung kalinya di Hard Rock Café Kuala Lumpur.

Tidak perlu dipersoalkan lagi WINGS salah satu kumpulan yang berjaya menempat di hati peminat mereka dari dulu hingga ke hari ini. Kehebatan mereka tidak perlu dipertikaikan lagi malahan mereka masih berdiri teguh dengan kedudukan mereka dan ia cukup sukar untuk digugat sesiapa pun.

Pengalaman 22 tahun di persada seni ini telah melayakkan mereka dinobatkan sebagai barisan artis yang dihormati dan disanjungi. Sehingga ke hari ini lagu-lagu dari kumpulan lagenda tanahair ini masih lagi kedengaran berkumandang di radio dan tetap menjadi siulan ramai. WINGS masih lagi menyengat dan malam tersebut sudah pasti mampu membuktikan sejauh mana kebenarannya!

WINGS Up Close & Personal di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

4hb Oktober 2009, Ahad

11.00 malam

Persembahan eksklusif ini akan memperlihatkan kesemua anggota kumpulan WINGS berpadu tenaga untuk menghiburkan setiap peminat yang hadir pada malam tersebut yang pastinya tidak menghampakan. Awie (vocal), Joe (gitar), Eddie (gitar bass) dan Black (drum) akan menggegarkan pentas utama di Hard Rock Café dengan membawa anda semua kembali mengimbas zaman kegemilangan mereka dengan lagu-lagu hits klasik seperti Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Misteri Mimpi Shakila, Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati, Penaka, Inspirasi Taming Sari, Jerangkung Dalam Almari, Intan Ku Kesepian dan banyak lagi!

“Kami begitu berbesar hati apabila dijemput untuk mengadakan persembahan dan menggegarkan pentas buat pertama kalinya di Hard Rock Café Kuala Lumpur . Ianya bagaikan satu perghormatan yang cukup besar sekali buat WINGS. Di sini, kami berpeluang untuk bertemu dan berkomunikasi bersama peminat-peminat secara dekat, di dalam suasana penuh intimasi. Kami akan pastikan pada semua peminat yang hadir akan terhibur dengan persembahan ini”, jelas Awie gembira.

Kami berpeluang untuk berhadapan dengan peminat-peminat kami secara lebih dekat. Pasti kami akan menghiburkan semua peminat-peminat yang hadir dengan persembahan yang memukau dari kami” tambah Joe (pemain gitar).

“Kami cukup berbangga sekali apabila kumpulan rock gergasi, WINGS memberi persetujuan untuk membuat persembahan buat julung kalinya di Hard Rock Café Kuala Lumpur. Jadi buat anda semua di luar sana, jangan lepaskan peluang ini untuk menonton WINGS beraksi dan pasti mampu menggegarkan malam minggu anda!” ujar jurucakap Hard Rock Café Kuala Lumpur .

Bagi peminat-peminat WINGS di luar sana , jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan kumpulan ini menggegarkan pentas utama Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 04hd Oktober 2009, bermula pasa pukul 11.00malam.

Bayaran masuk untuk menyaksikan persembahan ini adalah RM60 termasuk satu minuman percuma. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-27155555. Hard Rock Café Kuala Lumpur terletak di Wisma Concorde, Jalan Sultan Ismail.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Trivia: Gadis Berkebaya Putih dan Berkain Batik Di KLCC

Pelancaran Samrah Aidilfitri di Sungei Wang Plaza