in , , ,

Pelancaran Samrah Aidilfitri di Sungei Wang Plaza

Petang redup 3 September lalu, Budiey dijemput untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Samrah Aidilfitri anjuran Sungei Wang Plaza. Ikut kebiasaannya di bulan puasa ni, event akan start jam 6.30 petang, tapi untuk majlis ini, acara start jam 5 petang. Kiranya, pada masa Budiey sampai di Concourse Level, Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang tu, media dah ramai datang. Tinggal nak tunggu beberapa orang artis je sampai, kemudian event pun bermula dengan disaksikan pengunjung gedung membeli belah itu.

Istimewanya, kali ini artis dari Metadome akan menemani anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih shopping baju raya. Huhu… kalau dilihat dari air wajah anak-anak ini, memang diorang ni happy sebab dilayani oleh artis terkenal seperti Liyana Jasmay, Imran Ajmain, The Fabulous Cats dan juga Nurul.

Ini gambar diorang sebelum dapat baju raya dan kasut raya ni…. monyok je sebab letih berpuasa~

Dan… ini dia gambar selepas diorang dapat hadiah… GUMBIRA~! Raya tahun ni lebih happening~

Tapi Nurul dan Liyana memang sentiasa ceria. Berseri-seri wajah diorang.

Okay ni nak promote sikit~harap sudi baca~

Mau shopping sempena raya? Apa kata kita shopping di Sungei Wang Plaza. Dari 3 September hingga 19 September ini, macam-macam aktiviti diadakan untuk pelanggan. Yang penting, ada Aidilfitri Bazaar~ di mana korang dapat beli macam-macam untuk persediaan menyambut raya. Selain itu, pengunjung pasti terhibur dengan Samrah Aidilfitri Dance & Drama Showcase oleh Swatari. Nak hadiah wang tunai sehingga RM500 shopping voucher? Sertai contest Little Arabian Prince & Princess pada 12 September jam 5 petang. Fuh… aku ni promote kaw kaw nih~ Budiey suka shopping gak kat Sungei Wang Plaza sebab pilihannya banyak. Parkson dan Metrojaya pun ada kat sini~

Jenuh gak ambik gambar diorang~ Mmm, tengok ni Imran Ajmain dan Cat Farish…. sedang bertafakur. Mmm… Adeep lak buat muka selamba dan blur dia~

Kira-kira dalam 21 orang anak yatim yang bertuah dapat merasai kenangan bershopping. 10 orang perempuan dan 11 orang lelaki yang berusia dalam 9 hingga 12 tahun. Diorang dibahagi kepada artis-artis~

Paling ramai dapat anak angkat sementara ni ialah Cat Farish… Tengok nih, betapa ramainya anak Cat. Murah rezeki Cat~

Jiwa penyayang Cat tergambar dari gambar ini.

“Pilihlah mana satu yang awak nak, hari ni Pakcik Cat belanja~”

“Yang ni memang sesuai… cantek~”

Harap dapat menjadi contoh kepada artis lain. Bila lagi kita nak kongsikan kaseh sayang kita kepada anak-anak yang memerlukan ni. Tak gitu, Cat.

4 artis wanita yang hadir: Nurul, Liyana Jasmay, Zizi dan Wangi dari The Fabulous Cats.

Ternyata, kegembiraan ini dikongsi bersama. Terima kasih juga kepada Celcom yang menjadi penaja utama.

Selain artis Metadome, sumbangan duit raya dan goodie bag dihulurkan oleh Encik Johar Arifin Baki, Pengurus Kompleks Sungei Wang Plaza dan Encik Azlan Ismail, Naib Presiden Wilayah Tengah Celcom.

Mata Budiey tergamam tengok deko-deko menarik di sekitar ruang legar Sungei Wang Plaza ni… temanya adalah padang pasir ala Timur Tengah. Sesuailah dengan perkataan SAMRAH tuu!

Selepas pelancaran, ada show tarian dari Swatari dan pembahagian goodie bag serta duit raya kepada anak yatim, kami pun ikut artis naik atas Parkson untuk shopping untuk budak-budak ni~

 

Suka tengok Liyana Jasmay ni… memang mesra sangat dengan budak-budak ni. Dilayannya macam adik sendiri.

Liyana: “Peace to Abang Budiey…”

Liyana ni nampak kurus tapi dia kata berat dia dah naik 2 kilo. Dari 39kg, sekarang dah 41kg.

Sebelum naik tingkat 3 tu, Liyana ajar diorang ni jaga kebersihan tangan… disapunya losen kat tangan untuk elak dari dijangkiti penyakit H1N1.

Wangi pun nampak dah biasa dengan kanak-kanak~

Imran Ajmain sedang mencari baju Melayu… jenuh gak sebab banyak sangat pilihan. Rambang mata jadinya.

Imran akan pulang beraya di Singapura pada tahun ni. Pastinya, bila dah bergelar penyanyi popular, suasana beraya tu dah lain sikit. Bila nak buat rumah terbuka kat Malaysia, Imran?

imran ajmain

Okay semua, kasi pose cun sikit~ ini candid sebenarnya. Diorang tak ready lagi.

Tahun depan kita borong satu Sungei Wang ni pulak ek~

liyana jasmay

Sentiasa cute tersenyum manja, Liyana Jasmay katanya sentiasa sibuk menerima undangan berbuka puasa. Oh ya, tahniah atas kejayaan kamu di Festival Filem Malaysia Ke-22. Kehadiran Liyana dalam industri hiburan bukannya mahu menandingi sesiapa. Mmm, itukan satu persaingan sihat~!

Selepas shopping, kami pun ke tingkat LG untuk berbuka puasa di Pak Hailam Kopitiam.

Sebelum tu Budiey sempat snap Zizi, Wangi dan geng The Fabulous Cats~

Zizi bakal beraya di Sabah selama 2 minggu. Zizi akan balik 14 September ni. Tiket flight dah ada. Tak sabar katanya dah beraya.

Ini dia Wangi yang sentiasa berbau harum~. Wangi akan pulang beraya . Dah 6 bulan bersama The Fabulous Cats. Wangi terbang balik ke Jakarta pada 16 September ini dan diberi cuti selama 6 hari sahaja~

Kepada korang semua, dinasihat kalau nak bershopping, shopping la masa weekdays… bukan apa nak elakkan jammed dan terlalu sesak nanti. Dijangka Sabtu dan Ahad ini, jalan Tunku Abdul Rahman akan penuh dengan orang ramai. Satu lagi, nak elak daripada dijangkiti oleh kuman H1N1. Tu aje. Pesanan masyarakat dari Budiey~

Nak shopping, pilihlah Sungei Wang Plaza~!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

awie

Showcase Wings Up Close & Personal Hard Rock Cafe

Trivia: Sandal Putih Siapa?