in ,

Showcase ‘SEMUSIM’ Bersama Marcell Di Planet Hollywood

Terkenal dengan kehebatan beliau membuat persembahan, suara yang cukup unik dalam mendendangkan lagu-lagu berentak R&B dan soul serta mempunyai kreadibiliti sebagai seorang penghibur yang cukup unggul, Marcell akan mengegarkan pentas utama Planet Hollywood pada 19 Ogos 2007 (Ahad) ini. Persembahan yang akan bermula pada pukul 10.00 malam ini bakal menyaksikan kehebatan artis kelahiran Bandung, Indonesia ini menghiburkan peminat-peminat beliau yang ada di Malaysia ini, di dalam suasana yang penuh intimasi, hanya di Planet Hollywood.

marcell semusim flyer

Dengan mengadakan persembahan istimewa ini, Marcell akan berdiri sebaris dengan artis-artis terkemuka Indonesia lain yang pernah mengadakan persembahan di pentas utama Planet Hollywood. Di antarnya ialah Dewa, Ungu, Peterpan, Radja, Kris Dayanti, Rossa, Ratu, Ruth Suhanaya dan Samsons!

marcell photo

Marcell atau nama sebenarnya Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, merupakan di antara penyanyi yang cukup berbakat besar Indonesia. Lagu-lagu beliau yang kebanyakannya berentak urban-tempo terbukti berjaya hinggap di hati pendengar-pendengar muzik bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia juga! ‘Hanya Memuji; sebuah lagu berentak up-beat yang dinyanyikan bersama seorang lagi penghibur terkemuka di Indonesia; Shanty berjaya menambat hati peminat-peminat muzik berentak R&B dan soul di kedua-dua buah negara ini. Tidak lama selepas itu, lagu beliau yang berjudul ‘Semusim’ pula berjaya menggambit hati pendengar muzik tempatan dan cukup kerap sekali diputarkan di corong-corong radio.

Apa yang perlu di banggakan sekali ialah apabila lagu tersebut berjaya mengisi carta-carta radio, seiring dengan lagu-lagu tempatan yang lain! Sehingga hari ini, Marcell sudah melahirkan 3 album di bawah label Warner Music Indonesia. Album pertama beliau berjudul ‘Marcell’ pada tahun 2003 berjaya mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari peminat-peminat tempatan dan melihatkan kepada sambutan yang diberikan itu, Marcell kemudiannya tampil dengan album kedua beliau setahun selepas itu. ‘Marcell- REPACKAGE’ yang dilahirkan pada tahun 2004 juga berjaya mendapat sambutan yang cukup baik dari para peminatnya di luar sana. Pada tahun yang sama juga, Marcell tampil dengan album ketiga beliau yang berjudul ‘Marcell- DENGANMU’. Ketiga-tiga album ini sudah cukup untuk membuat diri Marcell di kenali di luar sana. Terbukti sudah, sesungguhnya Marcell mempunyai bakat yang cukup besar di dalam arena muzik Indonesia dan umpama mutiara, Marcell makin bersinar dari hari ke hari!

“Saya cukup teruja apabila diberi peluang untuk menghiburkan para peminat saya yang ada di Malaysia. Saya menjanjikan untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk mereka semua. Jumpa ada di sana!”, jelas Marcell dengan gembiranya. 

Marcell sendiri juga menjemput penyanyi berbakat besar tanah air; Dayang Nurfaizah untuk membuat penampilan istimewa di dalam showcase beliau ini nanti. Pada malam itu juga, Marcell akan diiringi oleh barisan pemuzik terkenal tanah air yang cukup berbakat dan di ketuai oleh Sham Kamikaze, selaku Pengarah Muzik bagi malam tersebut!

Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan Marcell ini, di mana anda semua akan dihiburkan dengan lagu-lagu istimewa dari album-album beliau yang terdahulu. Berbekalkan dengan lontaran vokal yang terbaik dan aura persembahan yang cukup unik, sudah pasti ia mampu memukau malam minggu anda! Di antara lagu-lagu popular beliau yang akan dinyanyikan pada malam tersebut termasuklah ‘Semusim’, ‘Firasat’ dan banyak lagi! Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini untuk menonton Marcell, live di Planet Hollywood pada 19 Ogos 2007 ini, pukul 10.00 malam!

Untuk keterangan lanjut atau pertanyaan mengenai pembelian tiket, sila hubungi 03-2144 6602.

Saksikan video youtube Hanya Memuji, lagu Shanti featuring Marcell:

Tarikh/ Hari:
19 Ogos 2007 (Ahad)

Masa:
10.00 malam

Tiket:
RM 50.00 termasuk satu minuman (Berdiri)
RM 70.00 termasuk satu minuman (Duduk)

* Persembahan hanya untuk mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

[tags]Persembahan Live MARCELL, Planet Hollywood, album semusim marcell, R&B songs, download mp3, songs writer, soul songs, Bandung, culture, shock culture, Dewa, Ungu, Peterpan, Radja, Kris Dayanti, Rossa, Ratu, Ruth Suhanaya, Samsons, Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, lagu Hanya Memuji, Shanty, lagu duet, ringtone, pholiphonic, digital music, produk digital, unlimited maxis, Warner Music Indonesia, repackage album, lirik persis mutiara, Dayang Nurfaizah, Sham kamikaze, pengarah muzik, firasat, nujum pak belalang, teka teki, pantun karam singh walia, sanjay dutt dipenjara, sanjay dutt bom dipenjara, tella dan jojie, video klip marcell, youtube marcell, myspace marcell[/tags]

marcell photos

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert Ungu di Ruums Life Centre Kuala Lumpur 9 Ogos

Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival