in ,

Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival

Tahniah! Budiey nak ucapkan sekalung tahniah kepada penerbit filem Chermin, Ummi Khaltoum Abdullah dari Starry Eye Productions Sdn Bhd kerana atas dua kejayaan. Pertamanya, filem Chermin catat sejarah menjadi filem pertama ditayangkan di Festival PIFAN dan keduanya, Chermin dapat 11 nominasi di FFM 20. Walaupun tak tahu berjaya ke tidak, tapi dah masuk nominasi tu dah kira okay lah. Daripada jadi macam filem Qabil Khushry Qabil Igam yang tidak mendapat satu nominasi pun kecuali dalam filem terbaik. Kesian kan? Kempunan lak katanya tak dapat masuk bertanding.

Setelah ditayangkan di tayangan premiere antarabangsa di Udine Far East Film Festival di Itali dalam slot istimewa filem seram, filem Chermin baru-baru ini telah ditayangkan pula di Puchon International Fantastic Film Festival di Korea. (Baca betul-betul ya, Puchon, bukannya Puchong!). Ini menjadikan filem arahan Zarina Abdullah ini antara filem pertama dari Malaysia yang ditayangkan di festival tersebut. Kira pecah rekod dan sejarah jugaklah kan. Sekurang-kurangnya, ada lah juga sesuatu yang dibanggakan walaupun mendapat sambutan dan kutipan yang agak sederhana di Malaysia. The Puchon film festival atau lebih dikenali sebagai PIFAN merupakan antara festival yang menjadi platform bagi genre filem seantaro Asia dan festival tersebut adalah yang terbesar dan paling prestij di Korea. Tahun ini sahaja sebanyak 215 buah filem ditayangkan daripada 33 negara telah mengambil bahagian. Selaku penerbit filem Chermin, Ummi Khaltoum Abdullah berada di Korea bersama dengan pengarah Zarina Abdullah untuk mewakili filem ini dan mereka telah mendapat respon yang memberangsangkan dari orang Korea sendiri.

Foto Zarina Abdullah Dan Ummi Khalthum

“It was the first time the audience in Korea had ever seen a film from Malaysia and they were very impressed with the production value of the film and were intrigued by the rich culture of Malaysia since many Koreans have recently chosen Malaysia as a top holiday spot.”

Filem lakonan Natasha Hudson, Deana Yusof Khatijah Tan dan Farid Kamil ini telah berjaya menerima 11 pencalonan di Festival Filem Malaysia 2007. Budiey di Sensasi Selebriti ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua penggiat filem negara. Bertemu anda di Pulau Pinang Sabtu ini!

[tags]ucapan tahniah, filem Chermin, Ummi Khaltoum Abdullah, Starry Eye Productions Sdn Bhd, Festival Filem Malaysia 20, FFM 20, pemenang ffm 20, ulasan acara ffm20, Udine Far East Film Festival, Festival PIFAN, nominasi, tayangan premiere, sinopsis filem 1957, genre horror, zarina abdullah, Natasha Hudson, Deana Yusof Khatijah Tan, Farid Kamil, video klip deana yusof bercium, Kabhi Khushi Kabhie Gham, natasha hudson bercerai, kisah perceraian natasha hudson, perkahwinan lisdawati, zamarul, farid kamil bercinta irma, IIUM, UITM, sajay dutt prison, sanjay dutt bersalah di penjara 6 bulan, bombay, pulau pinang, mukhsin, pemenang ffm 20, senarai pemenang ffm 20, gosip terkini, gambarartis.blogspot.com, jamie lynn spears pregnant, katie holmes new haircut, emma watson naked, gambar anak gee pegang anjing[/tags]

Festival Filem Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase ‘SEMUSIM’ Bersama Marcell Di Planet Hollywood

Happy Birthday to Budiey!