in ,

Showcase Sayang & Cahaya Dayang Nurfaizah

Selebriti Dayang Nurfaizah raikan album baru, ‘Sayang & Cahaya’
Persembahan istimewa ‘Sayang & Cahaya’ dianjurkan bersama Maybank Berhad & Hard Rock Cafe Malaysia, bagi menyokong Majlis AIDS Malaysia

Penyanyi tersohor Malaysia, Dayang Nurfaizah, adalah seorang selebriti serba-boleh yang merupakan salah seorang dari 13 barisan Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia yang aktif sejak tahun 2008 dan begitu komited dalam usaha mengurangkan kemudaratan HIV/AIDS di Malaysia.

Bersempena dengan pelancaran album terbaru Dayang Nurfaizah, Sayang & Cahaya, Dayang bersama-sama dengan Maybank Berhad dan Hard Rock Café Kuala Lumpur, bagi memberi sokongan padu kepada Majlis AIDS Malaysia (MAM), akan mengadakan Persembahan ‘Sayang & Cahaya’ bertempat di Hard Rock Café Kuala Lumpur. Hadir sama pada majlis persembahan ini adalah Y Bhg Tan Sri Mohd Zaman Khan selaku Presiden Majlis AIDS Malaysia dan disaksikan oleh peminat-peminat setia Dayang, rakan-rakan artis dan media, para jemputan dari pihak Maybank Berhad dan hadirin lain.

Dayang Nurfaizah

“Majlis AIDS Malaysia yang memulakan program Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia pada April 2009 atas tujuan untuk mendapatkan sokongan dari golongan masyarakat untuk inisiatif-inisiatif berkaitan dengan HIV and AIDS menerusi program sokongan selebriti. Gabungan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menangkis stigma dan diskriminasi terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV. Saya berbangga untuk menyatakan bahawa komitmendan dedikasi Dayang telah memberi kesan perubahan yang hebat dalam meningkatkan taraf hidup Orang Malaysia Yang Hidup Dengan HIV dan menyebarkan kesedaran terhadap isu-isu yang berkaitan dengan HIV/AIDS,” menurut Y Bhg Tan Sri Mohd Zaman Khan di dalam ucapannya.

Objektif utama persembahan Sayang & Cahaya ini adalah untuk Dayang mempromosi album terbarunya dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap jangkitan HIV & AIDS serta juga memupuk kesedaran kepada masyarakat terutamanya remaja betapa pentingnya cara hidup yang sihat, selamat dan bertanggungjawab sebelum terlambat. Menurut statistik yang baru dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan majoriti kes jangkitan HIV yang berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 20-49 tahun ialah sebanyak 88.7%.

“Saya merasakan bahawa ini merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang artis; dan juga tanggungjawab sebagai seorang insan untuk membantu mereka yang memerlukan sebaik mungkin. Alhamdulillah, dengan bakat yang telah dianugerahkan kepada saya, saya dapat membantu secara tidak langsung dalam memupuk kesedaran bagi menghentikan stigma dan diskriminasi terhadap mereka yang menghidapi HIV & AIDS. Ini juga demi menggalakkan orang ramai untuk belajar serba sedikit mengenai HIV & AIDS supaya mereka dapat melindungi diri dan orang yang tersayang,“ kata Dayang di sidang akhbar pelancaran album ‘Sayang & Cahaya’.

“Kami ingin merakamkan sekalung tahniah kepada dayang diatas pelancaran album barunya dan pecapaian terbaik dalam kerja-kerja amalnya bagi membantu mereka yang memerlukan. Saya bagi pihak Maybank dengan sukacitanya amat gembira kerana dapat berkerjsama secara rapat bersama Dayang serta menyokong inisiatif-inisiatif MAM selaras dengan misi Maybank dalam menginsankan perkhidmatan kewangan kami serta memberi yang terbaik kepada golongan masyarakat, dan dalam hal ini, dengan memberi fokus pada agenda yang berkaitan dengan kesihatan dan program kesihatan ,” kata B Ravintharan, Ketua Ketua Bahagian Kad Kredit dan Pinjaman Tidak Bercagar, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank.

Dayang juga adalah jurucakap rasmi untuk rumah perlindungan bagi kanak-kanak yang hidup dengan HIV / AIDS dibawah payung MAM. Beliau juga berkongsi pentas dengan rakan artis, Winnie K bagi acara “It Begins With You” di Berjaya Time Square pada 7 Mei 2011. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan jumlah pembantu perawat HIV & AIDS yang berdedikasi di negera ini; untuk mengubah pemikiran masyarakat kita terhadap Orang-orang yang Hidup dengan HIV; dan yang paling utama memberi inspirasi masyarakat untuk membuat kelainan.

Di dalam album terbaru ini juga , Dayang turut memuatkan dan mempersembahkan lagu “KU TEMU CAHAYA” yang dicipta khas sebagai lagu tema Yayasan AIDS Malaysia. Dayang akan diiringi oleh pemain-pemain muzik tersohor Malaysia di bawah bimbingan Pengarah Muzikal, Faizal Uzir @ Lok U. Gabungan mantap ini akan memperlihatkan penghayatan irama muzik yang indah dan keikhlasan beliau sebagai Selebriti Sokongan Riben Merah. Lagu-lagu Dayang yang dimuatkan dalam album ini pasti akan memberi semangat , nafas baru dan seterusnya cahaya kepada kehidupan mereka yang mendengarnya.

Album Dayang, Sayang & Cahaya juga akan dijual pada hari persembahan ini dan pihak penganjur telah menyediakan satu minuman mocktail merah yang (tidak mengandungi alkohol) istimewa yang diberi nama khas, ‘Sayang & Cahaya’, pada showcase berkenaan di mana sebahagian dari jualan minuman mocktail merah istimewa ini pada hari tersebut akan disalurkan kepada Majlis AIDS Malaysia untuk menyuntik dana untuk meneruskan program-program Majlis yang sedia ada dalam membantu golongan yang terjejas oleh HIV/AIDS.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan Showcase Dayang – Sayang & Cahaya bertempat di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 2 Julai 2011, jam 4 petang. Bayaran masuk bagi showcase istimewa ini adalah RM50.00 (termasuk satu minuman mocktail merah Sayang & Cahaya).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hard Rock Cafe di talian 03-27155555.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Zealand AirAsia X Ultimate NZ Action Hero Day 1

Adam Lee | 23

Dokumentari Dari Kuala Ke Kuala Ajak Penonton Kenali Keunikan ‘Kuala’