in , ,

Dokumentari Dari Kuala Ke Kuala Ajak Penonton Kenali Keunikan ‘Kuala’

Setiap nama tempat yang pangkal permulaannya di sebut ‘Kuala’ memiliki keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri.

Mengambil inisiatif membuka mata masyarakat mengetahui dengan lebih dekat mengenainya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak seluruh rakyat Malaysia mengenali sejumlah besar kawasan Kuala di Malaysia menerusi sebuah program dokumentari terbaru, Dari Kuala Ke Kuala yang bersiaran mulai 23 Jun 2011, setiap Khamis, jam 3.30 petang di TV1.

Menariknya dokumentari setengah jam ini dalam 13 episod siarannya mengisi slot Aspirasi memaparkan keunikan setiap Kuala di kunjungi selain dapat mengesan sejarah yang telah ditemui sekitarnya. Lokasi yang dipilih termasuklah Kuala Gula di Taiping dan Kuala Sepetang (Perak), Kuala Selangor (Selangor), Kuala Rompin (Pahang), Kuala Muar dan Kuala Sedeli (Johor), Kuala Berang dan Kuala Terengganu (Terengganu), Kuala Linggi (Melaka), Kuala Muda (Kedah), Kuala Medang (Pahang) dan Tanjung Piai di Johor.

Kuala Medang

Keunikan Kuala Gula di Taiping, Perak menunjukkan penempatan tempatan dan pekerjaan yang didapati di Kuala Gula. Terdapat juga kesan-kesan sejarah yang telah ditemui di sekitar kawasan Kuala Gula oleh peneroka sejarah beberapa tahun dahulu. Selain itu, menerusi episod ini juga mengetengahkan tarikan pelancong yang terdapat di situ. Menarik di Kuala Sepetang pula memaparkan keunikan Kuala Sepetang, Piai dimana penempatan tempatan dan pekerjaan yang didapati di situ sebagai pengusaha sangkat ikan. Turut diketengahkan kesan-kesan sejarah yang telah ditemui seperti landasa keretapi pertama di Tanah Melayu.

Episod Kuala Selangor menunjukkan penempatan tempatan dan pekerjaan yang didapati di Kuala Selangor, seperti nelayan dan penternak kerang. Selain itu, dokumentari ini juga mengetengahkan kesan-kesan sejarah yang telah ditemui di sekitar kawasan Kuala Selangor.

Di Pahang, program ini menjelajah lokasi Kuala Rompin yang popular dengan aktivit menternak kupang dan mencari ketam. Selain itu, episod ini juga mengetengahkan sukan memancing yang terkenal di seluruh dunia, iaitu menangkap ikan layar. Manakala episod di Kuala Medang pula menunjukkan penempatan tempatan dan pekerjaan yang didapati seperti pengusaha homestay. Selain itu, dokumentari ini juga mengetengahkan industri-industri kecil yang terdapat di kawasan itu.

Dari-kuala-ke-kuala

Tiga lokasi di Johor termasuklah di Kuala Sedili, yang kebanyakannya menjadi penternak belangkas dan penangkap udang kara. Selain itu, turut mengetengahkan kesan-kesan sejarah yang telah ditemui di sekitar kawasan Kuala Sedili. Di Kuala Muar pula menunjukkan penempatan tempatan dan pekerjaan yang didapati seperti penyelam tiram. Uniknya penonton di dedahkan dengan maklumat sejarah Bandar Maharani, Muar seperti kubur bentayan. Ketika berada di lokasi Tanjung Piai, pekerjaan penduduk di situ gigih mengusahakan kelong dan menjadi nelayan laut dalam.

Usah ketinggalan menyaksikan persinggahan pogram ini mengisi tiga episod negeri Terengganu termasuklah di Kuala Berang di mana aktiviti seperti menanam jagung dan menanam tembakau giat dijalankan. Selain itu, dokumentari ini juga mengetengahkan sejarah Batu Bersurat yang dijumpai buat kali pertamanya, di Kuala Berang. Di Kuala Kemaman, program ini mendekati pengusaha ikan bilis, keropok lekor dan satar. Sebelum diakhiri episod negeri ini dengan kunjungan ke Kuala Terengganu.

Di Kuala Linggi, Melaka dokumentari ini menunjukkan penempatan tempatan dan pekerjaan seperti penjaring udang selain mengetengahkan sejarah Fort Supai, Pagar Ruyung dan tapak kaki Hang Tuah yang terdapat di Kuala Linggi sebelum episod akhir berkongsi keindahan dan keunikan di Kuala Muda, Kedah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Sayang & Cahaya Dayang Nurfaizah

New Zealand AirAsia X Ultimate NZ Action Hero Day 2