in ,

Showcase Jinbara di Ruums KL & Lagu Lirik Lelaki Ini Anuar Zain

Esok, tanggal 17 Ogos 2007, Jumaat, kumpulan rock separa metal, JINBARA akan tampil dalam satu showcase di Ruums Bar and Club, Life Centre Kuala Lumpur. Jinbara dianggotai oleh Tia (vokal), Anjang (gitar utama), Akin (bass), Cepot (gitar/vokal) dan Ahtan (drum). Showcase diadakan bersempena dengan pelancaran album edisi khas mereka yang dipakej semula berjudul Patah Pusing. Album yang diedarkan oleh Warner Music sudah pun berada di pasaran sejak 19 Julai lalu. Selain persembahan live Jinbara, penonton showcase ini juga akan dihidangkan dengan persembahan kumpulan Minda yang telah menghasilkan album Bawaku Ke Langit.

Dibungkus bersama VCD bonus yang mengandungi video muzik lagu hits Jinbara dari album Suatu Evolusi iaitu Kasihnya Laila dan klip video Farhana (Puteri Bumi Kenyalang). Pata Pusing telah mengukuhkan kedudukan Jinbara dalam dunia muzik apabila single pertamanya Farhana menjadi siulan dan pernah dibawa oleh Ebi di Konsert Final Akademi Fantasia.

Muat turun nada dering lagu Farhana berjaya mencapai 50 ribu langganan dalam masa 4 bulan. Malah lagu tersebut telah menduduki carta teratas di beberapa stesen radio tempatan seperti ERA, HOT FM dan Suria FM. Lagu itu pernah kekal dalam carta ERA selama 25 minggu dan merupakan salah sebuah lagu yang menduduki tangga pertama di carta mingguan Sabah FM paling lama, iaitu lapan minggu berturut-turut. Eh nak tanya, apa beda band Amuk dan Jinbara? Lagu depa cam nak sama je, kan?

Peminat-peminat yang ingin mendapatkan pas masuk showcase Patah Pusing boleh mendapatkan tiket percuma melalui pembelian album (CD dan kaset) tersebut.

Letto dah, Unggu dah, Nidji dah, Marcell pun hari Ahad ni kat Planet Hollywood… cuma saya tertanya-tanya bilakah Anuar Zain yang sedang hangat dengan lagu Lelaki Ini akan muncul di Showcase di Planet Hollywood atau di Hard Rocks. Rindulah nak tengok showcase Anuar Zain kat Planet Hollywood. Ni asyik nak kena tunggu Minggu Setiausaha baru dapat tengok show Anuar Zain. Mungkin selepas raya kot Anuar akan buat show yang gempak sikit. Sebab lagu dan lirik Lelaki Ini Anuar Zain memang digilai oleh penggemar lelaki bersuara jantan itu. Lagu Lelaki Ini adalah sebuah lagu kesinambungan dari lagu Keabadian Cinta. Liriknya ada menyebut tentang lelaki ini yang sentiasa merindu dan memuja sehingga tidak tertanggung dan tidak terhitung oleh rasa. Sesiapa ada lagu dan lirik Lelaki Ini sila hantarkan kepada saya untuk dipromosikan di Sensasi Selebriti. Terima kasih.

[tags]Jibara, jinbara, jimbara, showcase jinbara ruums kl, ruums bar and clubs, life centre kuala lumpur showcase, gambar jinbara, gambar kumpulan jinbara, tia, anjang, akin, cepot, ahtan, album terbaru jinbara, lirik lagu jinbara, lirik lagu farhana, lirik lagu terbaru jinbara, lirik lagu lelaki ini anuar zain, muattutun ringtone jinbara farhana, download mp3 lelaki ini, warner muzik, gambar konsert jinbara, ungu, letto gambar, vcd bonus, mp3 lelaki ini, lagu lelaki ini download maxis ringtone, torrent lelaki ini, lelaki ini songs, Jinbara Tabs, bawaku ke langit album, album suatu revolusi, anuar zain Bercium, gambar anuar zain berpeluk bagai nak rak, kasihnya laila, anuar zain, gambar anuar zain, kisah anuar zain cute hensem, foto anuar zain bogel, farhana si gadis ayu, gambar anuar zain kekasih, anuar zain bertunang, anuar zain wedding, skandal anur zain, lagu lelaki ini anuar zain, album terbaru anuar zain, lirik lelaki ini anuar zain, pencipta lagu lelaki ini, Jinbara Mp3 Download, carta era, biseksual cerita sejarah, kisah hidup biseksual, metroseksual anuar zain, persona anuar zain, kereta pesona, pesona bintang anuar zain[/tags]

gambar anuar zain

gambar wajah anuar zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Datuk Siti Nurhaliza & Syarifah Amani dalam JANGAN TIDUR LAGI

Gambar Kekasih Yasmin Hani, Don Nazar Mustaffa Bekas Suami Haflin