in , ,

Showcase Hafiz Suip & Friends di Hard Rock Cafe Melaka

Berita baik untuk peminat Hafiz Suip, buat pertama kalinya penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-7 ini bakal perform bersama kawan-kawannya Hard Rock Cafe Melaka pada 22 Jun 2014, jam 9 malam. Persembahan yang dinamakan HAFIZ & FRIENDS itu akan menampilkan kawan seperjuangan Hafiz Suip iaitu Akim Ahmad dan Hazama di mana mereka akan bergabung di satu pentas.

Harga tiket pra jualan berharga RM60 dan RM70 (At The Door). Untuk membeli tiket, anda boleh hubungi +606 2925188.

Budiey tak pasti nak pergi ke Melaka ke tidak, rasa macam jauh je tapi kalau ada teman okay jugak. Boleh temankan Budiey drive ke sana sebab memang nak tengok persembahan Hafiz ni. Budiey juga belum pernah menjejakkan kaki di Hard Rock Cafe Melaka.

Hard Rock Cafe Melaka terletak di 28, Lorong Hang Jebat, Bandar Melaka. Satu sidang media akan berlangsung di Hard Rock Kuala Lumpur pada 22 Mei 2014 jam 3 petang.

Hafiz & Friends Hard Rock Melaka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Daya Tarikan ‘Stunt’ Angry Birds Yang Memukau

Review Hotel Crown Metropol Permata Mewah Melbourne