in , ,

Review Hotel Crown Metropol Permata Mewah Melbourne

Australia merupakan sebuah negara yang sangat terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan. Dan di antara kota-kotanya yang paling banyak mendapat kunjungan adalah Melbourne.

Bandaraya ini tidak pernah lekang dari pilihan penginapan mewah berkat pembangunan yang pesat di kawasan tersebut. Gah sebagai salah satu kota perdagangan utama Australia, ia terus dikunjungi ribuan pelancong setiap hari. Memandangkan pilihan hotel mewah sangat banyak di situ, lokasi sesebuah hotel sahaja yang membezakan antara ratusan hotel yang tersedia.

Sudah tentu hotel yang sering menjadi pilihan adalah hotel yang terletak di tengah-tengah pusat Melbourne berdekatan kawasan perniagaan utama CBD (Central Business District) di Southbank. Di situlah tersergamnya Hotel Crown Metropol. Hotel mewah bertaraf lima bintang ini menawarkan perkhidmatan berkelas antarabangsa di samping bilik-biliknya yang anggun. Ia merupakan salah satu hotel paling popular di situ kerana ia bergabung dengan sebuah pusat membeli-belah serta sebuah kasino.

Berteraskan enam jenis bilik iaitu Luxe King atau Twin, City Luxe, Bay Luxe King, R-59 Component room, Loft serta pangsapuri, hotel ini menampilkan 658 bilik mewah buat para tamu. Kesemua bilik-bilik ini dilengkapi kemudahan terkini dan teknologi tercanggih. Bilik mandi yang luas turut mempunyai televisyen layar leper serta kemudahan internet wi-fi. Setiap bilik juga menawarkan pemandangan kota Melbourne yang menakjubkan

Ct Exterior

Hotel Crown Metropol Melbourne menyediakan perkhidmatan lima bintang sepenuhnya. Bermula dengan sebuah dewan persidangan di Crown Conference Centre yang boleh memuatkan sehingga 840 orang, ia juga mempunyai ruang mesyuarat di tingkat tiga untuk urusan perniagaan, seminar dan seumpamanya.

Kalau soal menjamu selera pula, Mr. Hive Kitchen & Bar merupakan restoran hotel ini yang menyajikan hidangan moden berilhamkan masakan Perancis. Manakala 28 merupakan skybar serta ruangan lounge paling tinggi di Melbourne (di tingkat 28 hotel ini). Ia menawarkan pemandangan terindah bandaraya tersebut dari tingkat paling atas dan sangat sesuai untuk menikmati sajian seperti sarapan pagi ataupun minum petang. Kesemua sajian di sini memang enak dengan suasana yang selesa. Selain itu terdapat juga ISIKA SPA bertaraf dunia buat tamu yang ingin memanjakan serta menenangkan diri.

Tidak lupa juga ruangan bersenam di gymnasium serta sebuah kolam renang tertutup di tingkat atas yang sangat cantik berbataskan jendela hotel yang memperagakan kegemilangan pencakar-pencakar langit di situ. Hotel ini memang tidak kalah dalam menampilkan keanggunan kota Melbourne.

Jelas terbukti, Hotel Crown Metropol adalah penginapan yang paling sesuai didiami sekiranya ingin berehat sambil berhibur dalam kemewahan. Jadi, andai singgah ke kota Melbourne pastikan hotel ini menjadi pilihan anda!

Oleh Shah Shamshiri

Ct Deluxe Room
The Waiting Room (19)
Ct Lobby_01
Crown Spa Pool Final 01
Crystal Club_05

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Hafiz Suip & Friends di Hard Rock Cafe Melaka

Samsung Hadiah TIket X-Men: Days of Future Past Percuma