in ,

Showcase Eksklusif Bersama Anuar Zain di Grand Hyatt Singapore

Kepada warga negara Singapura dan Malaysia yang tidak puas dengan kelantangan suara jantan Anuar Zain di Esplanade tahun lalu, haaa… kali ini, Anuar Zain kembali turun menggegarkan bumi Singapura dengan lagu-lagu popularnya dan kali ini lebih kepada lagu yang berentak balada.

Peminat pastinya tak lepaskan peluang ini kerana Anuar Zain akan membawa kelainan dalam persembahannya di mana nyanyiannya akan diiringi dengan iringan piano! Bayangkan sendiri Anuar Zain menyanyikan lagu Ketulusan Hati dengan hanya iringan piano!… Pergh! Pasti satu persembahan yang mengkagumkan. Rugi kalau tak saksikannya secara live! Gerek sei!

Persembahan eksklusif Anuar Zain ‘Up Close and Personal’ Showcase di Singapura akan menemui peminat…

Tempat:
Grand Ballroom, Grand Hyatt Singapore

Tarikh:
7 Mac 2009

Masa:
1.30 –  5.00 petang

Harga Tiket:
$128, $188 dan $248

Tiket boleh dibeli mulai 16 Februari 2009.

*S$248 Holders are entitled to a ‘Meet and Greet’ Session AFTER the show.
*Light Refreshments will be served for all ticket holders.
* Tickets will be released at 12.00PM on the 16 Feb 2009

For more information, please log on to our Official Website for ‘Bersama Anuar Zain’ at www.melayu-sg.com

Budiey: Kemungkinan besar kalau ditaja oleh penganjur, Budiey akan turut ke Singapura untuk menonton showcase Anuar Zain di sana. Jadi, alang-alang Budiey dah ada kat sana, apa kata kita buat gathering perjumpaan bersama pembaca setia Sensasi Selebriti dari Singapura. Budiey cadang nak bawa 5 helai T-shirt eksklusif dan goodies lain untuk pembaca Singapura. Itu pun kalau korang semua sudi jumpa dengan Budiey. Love u all!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sertai Peraduan Berparti Bersama Selebriti Sayang You Can Dance Brands

Peraduan Jom Menonton Filem Eden Lake