in ,

Sertai Peraduan Berparti Bersama Selebriti Sayang You Can Dance Brands

Menari bertemankan para bintang bersama BRAND’S®     

Pada jam 11 pagi, 12 Februari lalu, Budiey telah menghadiri satu sidang media pelancaran peraduan filem Sayang You Can Dance anjuran BRAND’S® di GSC Mid Valley. Dua orang pelakon filem ini iaitu Dafi dan Syarifah Amani telah hadir untuk menyerikan lagi majlis. Filem Sayang You Can Dance akan menemui penonton pada 12 Mac depan. Jadi, sempena dengan satu parti bersama Dafi dan pelakonnya, Brands telah menganjurkan satu peraduan.

Ada persembahan tarian dari penari filem ini.

Dafi melakukan gimik sebagai tanda pelancaran peraduan BRAND’S®

bersama orang besar BRAND’S®, Mr Koh Joo Siang.

Jika anda pernah mengimpikan untuk berdansa penuh bergaya di pentas tarian bersama para selebriti Malaysia seperti Dafi, Sharifah Amani, Carmen Soo, serta bintang pujaan Indonesia, Samuel Rizal, kini anda berpeluang untuk melakukannya, semuanya atas inisiatif Pati Ayam BRAND’S®.  

Sebagai salah satu penaja bagi filem remaja yang begitu dinanti-nantikan tayangannya, Sayang You Can Dance, yang bakal menjengah pawagam pada 12 Mac ini,  Pati Ayam BRAND’S® bakal menganjurkan sebuah peraduan yang akan berlangsung sehingga 28 Februari, di mana dua keping tiket ke tayangan perdana dan parti selepas itu bersama para pelakon pada 6 Mac, kini dibuka untuk dimenangi. Terdapat 100 keping tiket tayangan perdana waktu malam untuk dimenangi dan 200 keping lagi tiket  tayangan Sayang You Can Dance akan dihantar kepada para pemenang. Tiket-tiket ini hanya sah di semua Pawagam GSC di Semenanjung Malaysia.   

Peraduan ini diadakan sebagai pengenalan bagi tayangan filem Sayang You Can Dance dan dilancarkan secara rasmi hari ini di pawagam GSC Mid Valley oleh Encik Koh Joo Siang, Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn Bhd, dengan penampilan khas oleh pelakon-pelakon seperti Sharifah Amani dan Dafi serta pengarah filem ini, Bjarne Wong.  

Bagaimana untuk menang?

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu berkongsi Saat Hebat dengan BRAND’S® terbaik anda dan menghantar dua penutup botol Pati Ayam BRAND’S® 42g bersama-sama dengan kod bar yang ada pada pek berisi 6 botol Pati Ayam BRAND’S® 42g.

Butiran penuh mengenai peraduan ini boleh didapati pada borang peraduan yang disertakan bersama pek promosi Pati Ayam BRAND’S®.   

Filem yang diarahkan oleh Bjarne Wong ini lengkap dengan semua elemen romantik, muzik dan pergerakan tarian rentak funky yang bukan sekadar menghiburkan malah menimbulkan perasaan teruja kepada para penonton. Filem yang begitu dinanti-nantikan ini memiliki barisan pelakon hebat yang mampu memberikan lakonan berkesan yang akan selalu diingati. 

 

Encik Koh Joo Siang, Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn Bhd berkata, “Penajaan filem ini memang amat wajar bagi kami, kerana ia menampilkan Dafi –salah seorang bintang utama dalam kempen televisyen BRAND’S®. Dafi adalah seorang anak muda yang berbakat besar dan kami berharap agar rakyat Malaysia akan terus menyokong industri perfileman tempatan serta artis-artis tempatan dengan menontonnya di pawagam di seluruh negara. Peraduan ini juga memberi ganjaran kepada para pelanggan setia kami kerana mereka bakal menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan lagi menyeronokkan yang tidak akan hadir selalu.”  

Pati Ayam BRAND’S® yang merupakan satu-satunya pati ayam di pasaran yang terbukti secara saintifik mempunyai manfaat kesihatan seperti yang disokong oleh beberapa penyelidikan saintifik dan klinikal yang dijalankan di lebih 10 buah universiti, mengaitkan pengambilannya dengan peningkatan keseluruhan bagi kejelasan mental dan kesihatan fizikal.  

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.brandsworld.com.my atau hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan BRAND’S® di talian 1800-88-6226.

Budiey: Terlalu rushing pagi tadi sebab tu lah tak dapat temu dan bual bersama Dafi dan Nani, kena nonton prebiu flem Burn After Reading. Sebuah filem yang memeningkan tapi menguji kecerdasan minda. Oh, cakap pasal kecerdasan minda, tadi masa pelancaran contest Brands nih, banyak jugak Budiey teguk Pati Ayam Brands, nak cuci minda, kasi tajam sikit. Orang kata, kalau minum Brands dapat mencerdaskan minda, betul ke?

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. perasan jugak iklan si dummy Dafi main break dance ..

    cam best je cite ni..

    bukan pe, saya lebih suke nak tengok lakunan si ciut meut Syarifah Amani tu 🙂

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Imran Ajmain Rakam Lagu Bersama Nabil & Diana Danielle

Showcase Eksklusif Bersama Anuar Zain di Grand Hyatt Singapore