in ,

Show Up Close & Personal ANUAR ZAIN di Menara KL

“UP, CLOSE & PERSONAL” BERSAMA ANUAR ZAIN di MENARA KUALA LUMPUR

Buat julung kalinya, Anuar Zain yang merupakan penyanyi lelaki tersohor tanahair akan mengadakan persembahan di Menara Kuala Lumpur bersempena dengan ‘Up, Close & Personal’ @ Menara Kuala Lumpur. Acara ini akan turut dihiburkan dengan celoteh pelakon popular Afdlin Shauki, selaku pengacara pada majlis tersebut.

anuar zain

Para peminat Anuar Zain bakal menyaksikan persembahan hebat dan eksklusif beliau pada 15 dan 16 Julai 2011 di Mega View Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur dari ketinggian 288 meter. Majlis makan malam eksklusif ini di adakan bersempena dengan sambutan Festival Kuala Lumpur yang diraikan sepanjang bulan Julai.

“‘Up, Close and Personal @ Menara Kuala Lumpur’ adalah acara yang memberi ruang kepada para peminat untuk menyaksikan persembahan artis pujaan mereka secara peribadi dengan lebih rapat dan mesra” kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Kami memilih Anuar Zain sebagai artis lelaki pertama mengegarkan ‘Up, Close & Personal’ ini kerana beliau merupakan di antara artis lelaki yang terbaik buat masa kini dengan populariti dan aura beliau yang tersendiri. Di samping itu juga, para peminat Anuar Zain berpeluang menyaksikan keindahan panorama 360 darjah Kuala Lumpur sambil dihiburkan dengan alunan muzik dan suara penyanyi pujaan ramai ini,” tambah beliau lagi.

Harga untuk menyaksikan persembahan hebat ini bermula dari RM500.00 seorang. Ianya terhad kepada 250 orang tetamu yang terawal membeli tiket bagi setiap hari tersebut.

Di samping berhibur, tetamu juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah daripada produk kecantikan berjenama bernilai RM5,000.00 secara keseluruhannya.

Kepada semua wargakerja Telekom Malaysia, Rakan-rakan Niaga dan para peminat Anuar Zain yang ingin membuat tempahan dan menyaksikan persembahan eksklusif beliau bolehlah menghubungi:

Aishah: 019 262 4987
Tan Poh Im: 013 333 1222
Talian Umum: 03 2020 5444 / 03 2020 5499

ANUAR ZAIN POSTER 2 (4)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ancient Aliens New Highlights June 2011

Sekitar Konsert Lafazkannya dengan Stail Cornetto