in

Show Bobby Kimball Toto di Hard Rock

Bobby Kimball, penyanyi utama dari kumpulan TOTO yang telah banyak memenangi Grammy Awards akan membuat persembahan khas di Hard Rock Cafe pada 29 November 2008 ( Sabtu), pada pukul 11 malam.
 
Persembahan istimewa ini adalah sempena menyambut kemeriahan pembukaan wajah baru Hard Rock Cafe dan ulang tahunnya yang ke-17. Hard Rock Cafe telah membelanjakan sebanyak RM3 juta untuk pengubahsuian dalaman and luaran yang lengkap dan berwajah baru. Hard Rock Cafe telah dibuka semula dengan wajah baru pada 9 November 2008.

3034855762 Be8D772B01 O | 4
 
Bobby Kimball akan mendendangkan lagu-lagu hits dari kumpulan TOTO seperti “Rosanna”, “Africa”, “Hold The Line” dan banyak lagi lagu-lagu klasik lain yang telah membuatkan TOTO menjadi Kumpulan No. satu popular dan kumpulan rock yand paling laris jualan albumnya di Amerika.
 
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan Bobby Kimball mengegarkan pentas ” baru” Hard Rock Cafe.  Ia sudah pasti mampu mengegarkan malam Sabtu anda!!Jumpa anda di sana !

Bayaran Masuk bagi “Bobby Kimball ( from the legendary Group Toto) live di Hard Rock Cafe” ialah RM40, termasuk satu minuman.

Hard Rock Café Kuala Lumpur terletak di Jalan Sultan Ismail. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03- 2715 5555.

3034017865 Ff050384A2 O | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL

Video Pierre Andre Diterjah Zubir Berita Harian Part 2